CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2937|Reply: 2

Dr M tidak akan maafkan Najib kerana hilangkan RM42 bilion 1MDB

[Copy link]
Post time 25-4-2015 01:17 PM | Show all posts |Read mode
OLEH MD IZWAN
Published: 25 April 2015 11:39 AM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disambut pada pada forum ‘Bicara Negarawan’ di Kelab K, Taman Melawati, Selangor, pagi ini. Beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab persoalan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) malah mempersoalkan ketelusan laporan audit yang dibuat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 April, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya tidak akan memaafkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana bertanggungjawab menghilangkan RM42 bilion wang melalui syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, jumlah wang yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan.
"Kita tidak boleh lagi maafkan, kita mesti tumpukan kepada perkara (1MDB) ini.
"Kalau kita tak hentikan, ia akan terus berlaku," kata Dr Mahathir semasa forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.
Dalam dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang, Dr Mahathir sekali lagi mendakwa Najib tidak menjawab persoalan melibatkan 1MDB malah mempersoalkan ketelusan sama ada laporan audit yang dibuat seperti diarahkan perdana menteri sendiri.
Kelab K yang dahulu dikenali sebagai Kelab Century Paradise merupakan tempat awal Dr Mahathir bertemu rakyat pada 2006 semasa mengkritik pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. – 25 April, 2015.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2015 03:49 PM | Show all posts




Kelab Che Det

Saya terikat.. Takkanlah saya nak binasakan anak orang yang saya terhutang budi..
Tapi lama kelamaan, saya tengok makin tak kena, saya terpaksa tegur
Saya fikir, fikir, dan fikir... Saya fikir sendiri, saya tak tanya isteri saya (disambut gelak tawa audience), saya rasa hilang 42 billion duit kerajaan.. Itu saya tak boleh biarkan..




Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 12:12 PM | Show all posts
Mmmmmm.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.883874 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list