CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] TERKINI: Kenaikan gaji hingga 40 peratus penjawat awam kategori rendah – Anwar. UTAMA: Gaji penjawat awam naik 15 peratus, pendapatan menyeluruh lebih RM2,000 - PM

  [Copy link]
Post time 3-5-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat btl pmx ni bermain kompang yerk. Mmg Dr dahulu beliau mmg begitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn pmx ni last2 jd mcm sy ulamm dah la deme ni da bwk kuar kalkulator kira2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 3-5-2024 09:42 AM
kena fhm..dlm skim dg rata2 semua dh 41 utk fresh graduate..
jd klu takat 44,48 mmg kerah kudrat s ...

X jugak chuols...skolah aku ad gred 48, tp tugas...alahaii...sekadar pgg klas. Jd ketua panitia pun x. Sbb pandai kipas pentadbir. Aku yg gred 44.. guru kelas, ketua panitia, ketua projek,penyelaras tmk,klo di listkan...panjang la... Alasan aku org muda, reti ict... Hello.... Ape guna ko naik jwtn, tp x reti ict? Mengajar bkn bru2. Xkn guna ict pun...x reti2...pastu ble aku tya, dia kata awak kan nk naik dg48 x lme lg. Fuh..alasan .... Tp markah prestasi aku tetap rendah dr org yg jawatan sket. Tp nasib baik masih 90.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 06:04 AM | Show all posts
Edited by rykall at 4-5-2024 06:06 AM

Keje gomen level Pegawai Gred 41 ke atas sangat penat ye. Macam2 KPI diberikan. Itu kena capai, ini kena capai. Stress level makin tinggi. Tapi sedihnya bila orang awam sebut gomen tak perform yang tak habis2 di jenamakan yang jaga kaunter. Kadang kesal juga persepsi orang awam ni. Ramai juga pegawai yang mental, sakit, tak sejahtera sebab keje terlalu tekanan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 3-5-2024 11:26 AM
selaku salah seorang penjawat awam baru 5tahun bekerja dan pernah kerja swasta selama 7tahun...i oll ...

Laki aku pun xnk masuk gomen..suka swasta lg..sbb gaji dan bonus
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lurve82 at 4-5-2024 07:51 AM
rykall replied at 4-5-2024 06:04 AM
Keje gomen level Pegawai Gred 41 ke atas sangat penat ye. Macam2 KPI diberikan. Itu kena capai, ini  ...


Buat xtau je la…aku rs servis kaunter dh sgt bagus skrg ni..utc tu kumpul 1 tmpt lg..lgpun skrg ni dh byk ke arah sistem online…sistem online tu kena perkasakan lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku 7 beradik. 6 org keje gomen profesional tp kitaorg berlainan kem…jgn ckp pki kabel plak …mak aku dh recce2..huntung jd mak aku..elaun anak2 bg naik…pencen arwah abah pun dpt
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kaseh80 replied at 1-5-2024 12:26 PM
Purcaya ka???????

Rakyat lagi percaya pd yg pegang kuasa dr yg tiada kuasa tp sembang tinggi sampai ke langit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 10:13 AM | Show all posts
Yang duduk berborak pasal JUSA kerajaan dalam ini acik2 kerani swasta ke dek? yang gaji minima RM 1500 tolak kwsp tolak socso tinggal RM 1300?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 12:32 PM | Show all posts
phoenix_panik replied at 3-5-2024 06:04 PM
skim M ptd plg cpt naik
5 taun dh boleh naik
skim lain ada belas tahun br naik ke gred seterusnya

Sekarang skim M ptd dah jadi lambat naik. IKut bakul. I ada kawan2 yang nak naik 48 pun ambil dekat 14 tahun? IKut batch. Ada yang cepat ada yang lambat. Kadang tak faham kenapa setengah orang dengki dgn PTD. Hakikatnya diorang buat dasar mmg banyak kerja. Selalu balik lewat juga. Gaji  macam pegawai lain juga. Cuma tak dinafikan diorang mudah pegang jawatan tinggi mcm KSU. Hampir semua KSU adalah PTD.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul sampai 40%?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 4-5-2024 07:50 AM
Aku 7 beradik. 6 org keje gomen profesional tp kitaorg berlainan kem…jgn ckp pki kabel plak …mak a ...


Fuh adik beradik mostly kija gomen... ayah pesara gomen... i rasa ni mmg inspired by parents lah..

Mcm aku ni pun lebih kurang.. arwah ayah dulu keje navy pastu berenti, keje kapal (tanker) oil n gas... pastu berenti bisnes sendiri jadi contractor..

Last2 kesemua anak2 & menantu2 keje oil n gas...  takde pun dari kitorg inspired nak keje gomen
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
phoenix_panik replied at 3-5-2024 06:04 PM
skim M ptd plg cpt naik
5 taun dh boleh naik
skim lain ada belas tahun br naik ke gred seterusnya

Aku rasa badan berkanun, glc glic pun sedappppp gaji okeh.. mcm LHDN, EPF, PERKESO tu...

Jangan pandang sipi je depa duk diam, padahal berkepuk2... jangan tertipu, diorang diam dont rock the boat je..

Takde sapa2 ke nak melondeh pasal gaji geng2 badan berkanun glic glc ni

Asik puak lanyard hijau je kena keji kena kecam..
Tak adil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2024 03:16 PM | Show all posts
Pihak pertikai naik gaji penjawat awam lupa negara aman kerana jasa polis, tentera, bomba - Anwar

Mei 4, 2024 @ 12:14pm

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
bhnews@bh.com.my



Perdana Menteri hadir pada Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Perkarangan Lost World of Tambun, Sunway City, Ipoh. - NSTP/L MAnimaran


IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang mempertikai keputusan kerajaan menaikkan kadar gaji penjawat awam, dengan menekankan peranan serta pengorbanan khusus pasukan keselamatan dalam memastikan negara aman serta selamat.

Memberi contoh anggota beruniform seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), selain polis dan tentera dalam konteks itu, Perdana Menteri berkata peranan dimainkan mereka itu tidak sewajarnya dilupakan.

"Saya ingin ingatkan bukan sahaja kepada pasukan (keselamatan dan beruniform), tetapi kepada masyarakat umumnya yang kadang-kadang berleter, mengeluh dan pertikai beberapa keputusan bila kita hendak berikan tambahan upah, gaji dan pengiktirafan kepada perkhidmatan dan penjawat awam khususnya dalam keadaan ekonomi sekarang.

"Dia lupa negara ini aman, selamat daripada kebakaran, selamat daripada tanah runtuh... semuanya kerana perkhidmatan dan pengorbanan (JBPM). Kita lupa negara ini aman, selamat kerana yang mengawal itu tentera, polis, bomba. Semua itu secara automatik ada jabatan yang bertanggungjawab, tetapi kadang-kadang simpati dan kefahamannya kurang.

"Pembangunan ekonomi dan pengiktirafan negara luar membuat pelaburan di negara ini selain dari kerana politik stabil adalah kerana negaranya aman. Ia termasuk pelaburan RM10.5 bilion yang diumumkan sendiri oleh Microsoft dua hari lalu... bukan saya yang umumkan," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 (SHAB 2024) Peringkat Kebangsaan di Tambun, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.


Gesa rakyat tolak pemimpin kritik kenaikan penjawat awam

Anwar dalam pada itu mengulangi gesaan agar rakyat menolak pemimpin khususnya daripada kalangan Ahli Parlimen yang mengkritik, bahkan menentang keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam tanpa alasan munasabah.

"Saya tahu ada yang mengkritik daripada kalangan Ahli Parlimen yang menyatakan mungkin kenaikan itu tidak akan diluluskan (menerusi persidangan Parlimen). Saya nak tengok muka mana yang nak menentang kenaikan elaun dan gaji perkhidmatan awam.

"Kalau ada orang yang berani menentang ini tanpa alasan munasabah, kita humbankan mereka dalam pilihan raya akan datang... yang kita lakukan ini (kenaikan) walaupun ekonominya tidak begitu baik, tetapi sekarang sedang berkembang.

"Ekonomi malap kadang-kadang adalah kerana pemimpin menyakau, hutang berlonggok-longgok, kontrak yang patut RM200 juta jadi RM250 juta. (Jadi) pasal apa nak bebankan keluarga bomba... itu masalah yang saya warisi dan saya kena selesaikan," katanya.

Kata Perdana menteri lagi, kadar lebih 13 peratus peningkatan gaji penjawat awam yang diumumkan sebelum ini hanya secara menyeluruh, namun peningkatannya akan menyaksikan kadar yang lebih daripada itu mencecah 30 peratus kenaikan bagi mengurangkan jurang gaji antara pegawai serta kakitangan peringkat bawah.

"Bagi kalangan peringkat bawah, kenaikannya lebih tinggi kerana kita tidak mahu kesenjangan (jurang) terlalu tinggi antara gaji pegawai dengan peringkat bawah.

"Maknanya di peringkat bawah mungkin sampai 20, 25, dan 30 peratus peningkatan, tetapi keseluruhannya saya umumkan lebih 13 peratus," katanya.

Anwar turut menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota JBPM bukan sahaja dalam negara, malah mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia.

"Tahun lalu bila selepas gempa bumi di Turkiye, setiap kali berjumpa Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan beliau tak pernah lupa tentang bukan sahaja kehadiran ramai penyelamat negara lain hadir, tetapi dia 'salute' (tabik) kerana kecekapan, kekentalan, disiplin dan semangat kasih sayang ditunjukkan rakan pasukan bomba dan penyelamat," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... ra-aman-kerana-jasa
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 04:12 PM | Show all posts
Naik gaji tapi mutu perkhidmatan naik ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 4-5-2024 02:17 PM
Aku rasa badan berkanun, glc glic pun sedappppp gaji okeh.. mcm LHDN, EPF, PERKESO tu...

Jangan  ...

btol tu sis..
yg badan berkanun ni gaji mmg masyukk..
takkan nk cerita kt org..
ada kawan freshgrad degree akaun masuk LHDN starting masa tu rm2.7k..
yg org nmpk org gomen ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 3-5-2024 09:31 AM
JUSA plg rendah jusa C lps gred pengurusan tertinggi 54. JUSA kenaikan x silap 1k , tu yg ramai be ...

cikgu pun boleh sampai jusa tp bukan time based la..
kena mohon guru cemerlang..setiap thn pun keluar iklan jawatan guru cemerlang ni..
so nk lagi cepat naik gred mintak je GC
cikgu biasa pun ramai yg dah KUP dg54, takyah pegang jawatan pun..
skolah iols pun lebih 5org cikgu biasa dg54..52 lagi byk..
48 pulak separuh bilangan cikgu kt skolah iols
so jomla pakat2 jadi cikgu


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 4-5-2024 05:10 AM
X jugak chuols...skolah aku ad gred 48, tp tugas...alahaii...sekadar pgg klas. Jd ketua panitia pu ...

haaa ini yg masalahnya di skolah bila pihak pentadbir tak pandai agih tugasan..
patutnya lagi tinggi gred lg besar jawatan cikgu tu pegang..bukan setakat mengajar & jd guru kelas saja..
tp realiti di skolah adalah sebaliknya..
sbb yg jd pentadbir tu pun masa dia jd cikgu pun jenis pemalas..kelas pun liat nk masuk..
lega la bila jd pentadbir sbb kelas skit je & bg arahan je kt cikgu2 bawah yg buat kerja..
cikgu yg very passionate mengajar takkan minat jd pentadbir..
lebih suka masuk kelas berperang dgn budak2 dr berperang dgn cikgu yg pemalas buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 3-5-2024 09:42 AM
kena fhm..dlm skim dg rata2 semua dh 41 utk fresh graduate..
jd klu takat 44,48 mmg kerah kudrat s ...

kt skolah tak jd mcm tu uols..
yg dg52, 54 ni la yg byk tolak kerja..
kena lantik jawatan berat skit terus meroyan kt pengetua..
yg kesiannya nt yg kena ganti cikgu2 dg yg bawah2 la..
pentadbir pun geng2 depa jgk..
awal2 lagi takut nk buh nama depa tu..
sbb tu kita dgr ada cikgu yg terlampau byk kerja, ada yg mmg goyang kaki setakat jd cikgu kelas ja..
sbb x adil dr segi pemberatan tugas

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
yg korang dok kutuk2 acik gomen pemalas buat kerja tu, mesti staff sokongan or kump pelaksana..

depa yg byk mengular, pkol 12 lebih dh keluar amik anak..pkol 2 baru masuk balik pastu nk pi solat pulak..tu yg pkl 2 kaunter tak bukak2..
level officer tak sempat kot nk buat keja lagu ni kecuali kt putrajaya sana, sbb ramai officer dkt satu2 jabatan..
kalau kt skolah geng2 kerani ler yg buat keja lagu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.731135 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list