CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] TERKINI: Kenaikan gaji hingga 40 peratus penjawat awam kategori rendah – Anwar. UTAMA: Gaji penjawat awam naik 15 peratus, pendapatan menyeluruh lebih RM2,000 - PM

  [Copy link]
Post time 1-5-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cursebreaker replied at 1-5-2024 01:52 PM
kalau mcm tu, nape bangnon tak ckp kenaikan antara x% - maksima 15% , takpun 'sehingga maksima 15%? ...

Affect Jusa kott.. slalunya semua kenaikan dpt dari gred 56 ke bawah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tagas at 1-5-2024 03:26 PM

Kenaikan 15% tertinggi dlm sejarah jadah

Zaman pak lah 2007 dulu lg byk sampai 40% utk

gred bawahan
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 03:16 PM | Show all posts
tagas replied at 1-5-2024 03:13 PM
Kenaikan 15% tertinggi dlm sejarah celah mane

Zaman pak lah 2007 dulu lg byk sampai 40% utk

kan, ytjt.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ntohapehapentoh replied at 1-5-2024 03:16 PM
kan, ytjt.

Wartawan sampah dpt info dr bbnu ptd

br lapor diri kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 1-5-2024 02:49 PM
Yeaa ini yang kufikirkan. Segala2nya jadik serba mahal

Berganda-ganda meroket dowhh..semua lah.. Tax payers pun on the way mencanak naik.. Takat mampu gigit celah kuku je lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 1-5-2024 07:13 AM
Kenaikan 15% tertinggi dlm sejarah jadah

Zaman pak lah 2007 dulu lg byk sampai 40% utk

Zaman tu peratus kenaikan very der kaw2 sebab keciputan gaji zaman Tok Det.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
15% dr gaji asas ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 1-5-2024 02:59 PM
Ko cite pasal kaunter bayaran dkt Lotus ka? Sana ye kaunter banyak tapi cuma buka 2 utk yg pakai a ...

Lantak la swasta nak bukak berapa kaunter pun.. Perkhidmatan mereka bukan perkhidmatan wajib & takde alternatif. Situ tak perform, konsumer boleh pilih banyak tempat lain lagi. Hujung2 melingkup pun syarikat tu sendiri. Tak efek rakyat jelata pun. Tak hisap cukai orang ramai pun utk cover kos operasi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Farnor replied at 1-5-2024 03:35 PM
Berganda-ganda meroket dowhh..semua lah.. Tax payers pun on the way mencanak naik.. Takat mampu gi ...

Masalahnya tax payer kena teruk tu swasta..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntunglahhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih akak kerja swasta gaji RM450 jahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila la boss nk naikkan gaji cleaner mcm.akak ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cursebreaker replied at 1-5-2024 01:52 PM
kalau mcm tu, nape bangnon tak ckp kenaikan antara x% - maksima 15% , takpun 'sehingga maksima 15%? ...

Maybe utk nmpk gempak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
hidet replied at 1-5-2024 03:57 PM
Masalahnya tax payer kena teruk tu swasta..

So ada pro and kontra la kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2024 04:33 PM | Show all posts

Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam - PM


Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Noor Atiqah Sulaiman
Mei 1, 2024 @ 11:31am
bhnews@bh.com.my



PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember depan.





Perdana Menteri memaklumkan sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu.


"Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini adalah 13 peratus dan tahun ini, saya akan mengumumkan kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus.

"Maka, kita akan melaksanakan kenaikan (gaji penjawat awam) mulai 1 Disember tahun ini... sebab saya sudah berjanji," katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 bertema 'Pekerja Kesuma Bangsa' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA


Anwar berkata, pelarasan gaji penjawat awam itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlah kenaikan yang besar dan terbaik dalam sejarah negara.

Beliau menjelaskan dengan pelarasan itu nanti, pendapatan minimum penjawat awam merangkumi gaji dan elaun tetap, perlu melebihi RM2,000 sebulan.


"Saya mengaku jumlah pendapatan menyeluruh paling minimum (untuk penjawat awam) yang diterima sebelum ini, iaitu RM1,765, adalah tidak munasabah. Saya setuju jumlah diterima sebelum ini tidak munasabah.



Pekerja daripada sektor kerajaan dan swasta hadir pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA



Timbalan Penguasa Bomba II juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Mohd Farid Hussin (depan tengah) bersama anggotanya mengikuti siaran langsung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Pekerja 2024. - Foto BERNAMA


"Oleh itu pada tahun ini, melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kita menggunakan kriteria dan ukuran baharu iaitu pendapatan menyeluruh termasuk gaji dan elaun tetap, mesti lebih RM2,000," katanya.

Anwar bagaimanapun menegaskan, mana-mana penjawat awam yang tidak mempamerkan prestasi baik, pemalas dan sering lewat datang kerja, tidak layak menerima kenaikan itu.

"Kalau rekod pekerjaannya tidak membanggakan, malas, sering lambat dan tidak memberi tumpuan yang baik, tidak layak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan kerajaan.

"Ini tanggungjawab kita bersama, baik persatuan atau rakan di jabatan, untuk memastikan dua tiga orang yang lembap ini biar dia kekal di jawatan (sedia ada) selama-lamanya," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Sabah dan Sarawak bersetuju melakukan pindaan terhadap Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap 67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.

Beliau memaklumkan, Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak dijadual dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

"Jadi, akan nampak dari segi kepentingan pekerja... di Semenanjung, Sabah dan Sarawak (berada) dalam satu garisan yang sama.

"Ini termasuk umpamanya dari segi cuti bersalin, cuti paterniti, peruntukan aduan diskriminasi, perlindungan daripada gangguan seksual dan peruntukan mengenai aduan," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... inggi-dalam-sejarah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2024 04:35 PM | Show all posts
Gaji penjawat awam naik 15 peratus, tertinggi dalam sejarah


Faida Rahim
Mei 1, 2024 03:40 MYT





Anwar beramah mesra bersama para tetamu pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di PICC. - Foto BERNAMA




PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus bermula 1 Disember 2024.
Beliau berkata kenaikan gaji penjawat awam melibatkan kos mencecah RM10 bilion dan dianggap terbaik dalam sejarah Kerajaan MADANI.


Ini termasuk pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetapi mesti melebihi RM2000 sebulan bermula tahun ini.




https://www.astroawani.com/berit ... alam-sejarah-468679

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2024 04:36 PM | Show all posts
Kenaikan gaji: Penjawat awam tersenyum lebar


Oleh
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
01 Mei 2024 01:55pm



Gambar dari kiri: Mohd Nawawi, Razalina, Noor Hafiza


GEORGE TOWN - Penjawat awam teruja pengumuman kenaikan gaji lebih 13 peratus oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 pada Rabu.


Pembantu Tadbir Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Noor Hafiza Mohd Nasri, 42, berkata, pengumuman itu amat dinanti-nantikan berikutan tiada kenaikan gaji bagi penjawat awam sejak beberapa tahun lalu.




Katanya, kenaikan yang diumumkan itu jelas menunjukkan kerajaan yang dipimpin Anwar amat menitikberatkan kebajikan penjawat awam terutamanya kumpulan pelaksana.


"Syukur Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu kenaikan gaji untuk penjawat awam terutamanya kami sebagai kumpulan pelaksana, akhirnya hari ini ada berita yang menggembirakan.


"Agak lama tiada kenaikan gaji, akhirnya tahun 2024, dapat juga merasa kenaikan (gaji). Terima kasih PMX," katanya.


Noor Hafiza juga mengharap agar kerajaan sentiasa menjaga kebajikan penjawat awam yang merupakan tulang belakang pentadbiran negara.




Guru Bahasa Universiti Sains Malaysia, Razalina Mad Radzi, 47, berkata, kenaikan gaji ketika ini wajar dilaksanakan kerana penjawat awam berdepan dengan cabaran kos sara hidup yang tinggi terutama yang tinggal di bandar besar dan mempunyai anak yang ramai.


Katanya, pengumuman tersebut sudah tentu menggembirakan semua penjawat awam kerana ia amat dinanti-nantikan.




"Berita kenaikan gaji ini akan menaikkan semangat penjawat awam untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.


"Saya berharap agar kerajaan sentiasa peka dan prihatin dengan setiap keluhan penjawat awam kerana berkhidmat untuk memastikan negara sentiasa berada di hadapan.




"Saya juga berharap kerajaan dapat memantau dan mengawal harga barangan yang pastinya akan naik juga supaya kami tidak rasa kenaikan gaji tersebut tiada bezanya dengan gaji yang diperoleh sebelum ini," tambahnya lagi.


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Nawawi Abdul Ghani, 37, berkata, kenaikan itu merupakan satu usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup kakitangan awam.


"Setelah sekian lama tiada kenaikan, semestinya ia amat menggembirakan kami. Terima kasih atas usaha kerajaan dalam menyelami denyut nadi penjawat awam.


"Saya berharap agar kerajaan meneruskan lagi usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat. Setiap perkara yang baik sentiasa disambut baik oleh semua rakyat," tambahnya lagi.




https://www.sinarharian.com.my/a ... wam-tersenyum-lebar

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cursebreaker replied at 1-5-2024 01:00 PM
wah tahniah..mesti basic sis dah borderline 5 angka ni..sis gred 52/54 ya?

48 jer. Dh keje 15 tahun. Elaun kan byk. Tu campur elaun2 sekali. Tp basic pun cecah la rm100k sethn bila thn depan. Selain tmbh zakat dan anak, apa lg blh claim income tax?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2024 04:37 PM | Show all posts


Perincian kenaikan gaji penjawat awam diumum pada Belanjawan 2025, Oktober ini


Oleh Noor Atiqah Sulaiman
am@hmetro.com.my





FAHMI, gambar fail. FOTO NSTP




Putrajaya: Perdana Menteri akan mengumumkan perincian kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan Belanjawan 2025, dijangka pada Oktober ini.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, pengumuman mengenai pelarasan gaji yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.




"Kita dengar pengumuman yang sangat positif bagaimana sebelum ini kajian semula Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dibuat untuk penjawat awam. Kali terakhir (peningkatan gaji) adalah sekitar 13 peratus.


"Tetapi menjadi komitmen Kerajaan Madani (peningkatan gaji) adalah lebih tinggi daripada itu. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut memberikan komitmen kepada pekerja swasta mengenai dasar gaji progresif membabitkan 1,000 syarikat tempatan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta oleh Kementerian Ekonomi bermula Jun ini," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Pekerja 2024.




Berikutan pengumuman itu, beliau berkata, untuk tahun ini ia akan menyaksikan peningkatan gaji dalam sektor kerajaan dan swasta yang agak tinggi.


Dalam pada itu, Fahmi berkata, apa yang diumumkan ini tidak dapat dilaksanakan tanpa perjuangan 16.5 juta pekerja di negara ini untuk membanteras rasuah.


"Kerana duit yang dapat diselamatkan itu seharusnya dipulangkan kepada rakyat dan dalam bentuk gaji yang lebih baik atau elaun lebih tinggi. Inilah apa yang diperjuangkan oleh kerajaan," katanya.


Disiarkan pada: May 1, 2024 @ 2:47pm


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2024 04:44 PM | Show all posts
antikorok replied at 1-5-2024 04:36 PM
Kenaikan gaji: Penjawat awam tersenyum lebar

Acik-acik Gomen tersenyum lebar sampai ke telinga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.394951 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list