CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6852|Reply: 19

[Tempatan] SPRM peroleh semula dana diseleweng RM12.73 juta

[Copy link]
Post time 3-5-2024 09:00 AM | Show all posts |Read mode
SPRM peroleh semula dana diseleweng RM12.73 juta
Oleh TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN  Foto: MOHD HALIM ABD WAHID
02 Mei 2024 12:05pm



Sebahagian besar peranan dan fungsi SPRM melibatkan pencegahan melibatkan penyiasatan tatakelola seiring dengan siasatan jenayah.

PUTRAJAYA - Pendekatan siasatan tatakelola yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) mencapai kejayaan berimpak tinggi dengan kejayaan menangani kes penipuan transaksi dalam sistem mySikap membabitkan jumlah RM12.73 juta pada tahun lalu.

Kejayaan itu dimaklumkan Pengarah BPT, Datuk Izani Wan Ishak, hasil daripada pelaksanaan ‘Op Green’ membabitkan kerjasama Bahagian Perisikan SPRM.

"Operasi ini (Op Green) berkaitan kelemahan prosedur meminda dan mengubah butiran kenderaan bahan bakar diesel kepada diesel hijau di dalam sistem mySIKAP.

"Kegiatan tersebut yang dipercayai berlaku antara tahun 2017 hingga 2021, menyaksikan sebanyak 2,096 transaksi yang tidak sah telah diluluskan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, di sini baru-baru ini.



IZANI


Tambah Izani, hasil daripada penyiasatan tatakelola oleh BPT, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mampu mendapatkan ‘recovery loss’ yang terlibat seperti mana termaktub dalam Akta JPJ.

Akta itu memperuntukkan Ketua Pengarah JPJ boleh menuntut kerugian tersebut daripada pihak yang membuat penyelewengan setelah penyiasatan tatakelola dilaksanakan oleh BPT.

Tutup kelompangan

Izani turut memberitahu, lazimnya SPRM dikaitkan dengan siasatan jenayah rasuah, tetapi sebenarnya sebahagian besar peranan dan fungsi SPRM juga melibatkan pencegahan di mana salah satu caranya adalah dengan penyiasatan tatakelola yang dijalankan seiring dengan siasatan jenayah.


“Dana yang diseleweng dapat dikembalikan semula manakala kerugian kerajaan dapat dikawal selepas BPT mengusulkan cadangan penambahbaikan bagi menutup kelompangan dalam sistem tadbir urus agensi,” katanya.

Penambahbaikan itu bagi memastikan risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan, tambah beliau.


Op Green yang dilaksanakan BPT berjaya melumpuhkan sindiket penyelewengan sekali gus menutup kelompangan sistem yang mengakibatkan ketirisan.


"Selepas dua tahun, kami (BPT) berjaya menutup kelompangan dalam sistem tadbir urus untuk mencegah ketirisan.

“Pada masa sama, kami juga sedang dalam proses mengembalikan dana berjumlah jutaan ringgit yang diseleweng Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) berkaitan program Penjana Kerjaya serta satu lagi kes membabitkan subsidi sawit,” jelasnya.

Malah, pelaksanaan Op Green katanya telah menunjukkan keberkesanan dengan melumpuhkan sindiket di samping menutup kelompangan dalam sistem yang mengakibatkan ketirisan amalan daripada berlaku di masa depan.

Garis panduan, tatakelola

Selain itu, BPT turut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan tatakelola kutipan tabung masjid yang mana ia telah membuahkan hasil apabila satu garis panduan berkaitan penggunaan kewangan masjid telah dikeluarkan.

"Garis panduan ini bukan sahaja telah diguna pakai masjid-masjid di bawah Jakim tetapi turut menjadi model untuk digunakan oleh masjid negeri lain," kata Izani.

Keberhasilan kaedah penyiasatan tatakelola oleh BPT juga telah melonjakkan kedudukan Pelabuhan Tanjong Pelepas, Johor pada kedudukan ke-15 dunia pada tahun 2020 menerusi 'Global Ports Ranking' berbanding kedudukan ke-18 pada tahun sebelumnya.


Keberhasilan kaedah penyiasatan tatakelola oleh BPT telah melonjakkan kedudukan Pelabuhan Tanjong Pelepas, Johor pada kedudukan ke-15 dunia pada tahun 2020.


Menurutnya, kedudukan tersebut dinilai berdasarkan kapasiti kargo (TEU).

"Ada yang membuat aduan kontena lambat masuk dan dikeluarkan kerana terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang melambatkan pergerakan kontena berkenaan.

"Jadi kami sarankan mereka (pihak berkuasa pelabuhan) melakukan perubahan seperti disarankan dan hasilnya kedudukan mereka di peringkat global meningkat," katanya.

Tegas beliau, penyiasatan secara proaktif melalui penyiasatan tatakelola itu mendapat impak positif yang sangat baik yang mana ia dimulakan dari awal setelah mendapat maklumat.

Ia juga dilaksanakan bersama dengan pihak siasatan bagi membendung pelanggaran tadbir urus.

"Tatakelola yang terbaik di semua peringkat bermula daripada perancangan dan kajian keberkesanan awal sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

"Tanpa perancangan dan kajian, maka akan wujudlah projek gajah putih yakni sebagai platform untuk mengeluarkan duit dana yang disediakan walaupun kegunaannya diragui," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 10:41 AM | Show all posts
Kastam pun diaorang tatakelolakan. Nak tunggu hasilnya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 11:18 AM | Show all posts
venom1 replied at 3-5-2024 10:41 AM
Kastam pun diaorang tatakelolakan. Nak tunggu hasilnya nanti

x g mcba?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 01:44 PM | Show all posts

Untuk fasa 1 tak semua terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:00 PM | Show all posts
tahniah
mohon pmx berhenti tabur duit
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 09:58 PM | Show all posts
venom1 replied at 3-5-2024 01:44 PM
Untuk fasa 1 tak semua terlibat

Ohh ingat u pun akan ke sana. Sbb u sekali dulu dgn dato s d brussel.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni SPRM betol2 buat kerja ya. Abang aku orang SPRM baru balik Perlis siasat MB Perlis dengan anaknya..tungguuuúuuu. banyak lagi kes2 nak dirungkai. Pasal pejabat tanah tu memang seluruh Malaysia korup. Sapa2 kena scam ke minta duit tepi ke sila lapor ke SPRM terus. Identiti yang melapor dirahsiakan. Confirm kena panggil. SPRM tak sama macam polis eh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian orang India...dana diorang kena rembat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 5-5-2024 12:24 AM
Kali ni SPRM betol2 buat kerja ya. Abang aku orang SPRM baru balik Perlis siasat MB Perlis dengan an ...

Yg pjbt tanah tu mintak duit tepi utk urusan apa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 5-5-2024 08:59 AM
Yg pjbt tanah tu mintak duit tepi utk urusan apa ye?

Macam2 urusan sister..macam aku kena Ritu sebab nak claim pampasan tanah. Lambat sangat. Kena scam kata hujung tahun kerajaan dah takda bajet dah tutup akaun. Bulan Feb baru buka. Aku duk pertikaikan lah tarikh sekian2 sptt dah dapat. Lepastu tiba2 talian putus. Aku call lagi orang lain jawab yg ni plak kata nk cepat kena ada upah ckitla..ni kira korup la kan. NG BG tekanan kat kita dgn pilihan camtu. Aku naik angin la dia cakap camtu dia pun gelabah pusing2 dan end call. Laki aku terus report SISPAA cerita apa yg berlaku. Minggu depan ehhhh terus masuk pampasan. Boleh plak kan cepat. Nampak sangat saja BG orang lain pressure dengan duit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 5-5-2024 09:06 AM
Macam2 urusan sister..macam aku kena Ritu sebab nak claim pampasan tanah. Lambat sangat. Kena scam ...

Tu la pasal.....iolls ada dgr ckp2 depa byk dpt tnh masa migration rekod manual ke dlm sistem masa tu byk tanah yg lost contact last owner tnh pusaka yg x setel tup2 dh tukar nama org lain mcm kes amar bahrin, kot betul kes ni mmg aniaya la kt org lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:22 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-5-2024 03:08 AM
Kesian orang India...dana diorang kena rembat.

serius memang kesian... mana ada suara untuk dorang... yang malay pandang sebelah mata ke dorang...
yang ada kuasa, makan sorang2 atau untuk kroni jaga kekayaan masing2...





Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:26 AM | Show all posts
naina replied at 5-5-2024 12:24 AM
Kali ni SPRM betol2 buat kerja ya. Abang aku orang SPRM baru balik Perlis siasat MB Perlis dengan an ...

semoga seluruh pejabat ptg, depan pagar ada billboard besar, dalam lif ada poster, semua pintu ada poster...."wahai perasuah dan penganiaya, semoga kau segera ditimpa kecelakaan paling sakit dan hina di dunia ini hingga kematian"
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 5-5-2024 09:26 AM
semoga seluruh pejabat ptg, depan pagar ada billboard besar, dalam lif ada poster, semua pintu ada ...

Banyak sangat kes orang politik. Mahathir anak beranak pun tunggu turn. Terlalu tebal nak siasat sebab benda dah berpuluh tahun. Maybe ada hikmah kenapa Tun panjang umur dengan waras. Umur dekat 100 tahun amazing sangat masih boleh berjalan dan berfikir waras. Polis pun dalam tangan SPRM. Memang banyak harta dah disita dan dibeku. Sebab tu pmx bagi bonus rm7 juta kat staff SPRM Sebb byk kes berjaya disiasat dan selesai. Pmx setakat ni takda konar2. Maybe sebab dulu macam2 dia pernah kena. Mahathir memang tunggu masa je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 5-5-2024 09:20 AM
Tu la pasal.....iolls ada dgr ckp2 depa byk dpt tnh masa migration rekod manual ke dlm sistem masa ...

Skng kat kampung aku ada issue tanah sawit boleh berpindah nama pada orang cina. Terkejutlah..macam boleh senang2 cina beli tanah bumiputera. Orang kampung plak tu yang jual. Memang kena la orang pejabat tanah. Dia senang je takyah report ramai2. Bagi je nama sorang, yang sorang ni akan bongkar lain. Cuma kena ada yang report. Orang pejabat tanah memang korup kuat. Yela.sistem dia yang buat kan. Ramai orang tua teraniaya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:51 AM | Show all posts
naina replied at 5-5-2024 09:31 AM
Banyak sangat kes orang politik. Mahathir anak beranak pun tunggu turn. Terlalu tebal nak siasat s ...

too little too late bebeh.. really hope SPRM masa tu boleh cekup Tun Taib hoh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 5-5-2024 09:22 AM
serius memang kesian... mana ada suara untuk dorang... yang malay pandang sebelah mata ke dorang.. ...

For sure lah Dana Mitra tu disapu oleh politician India.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 05:45 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 6-5-2024 05:47 AM
Gianna111 replied at 5-5-2024 09:51 AM
too little too late bebeh.. really hope SPRM masa tu boleh cekup Tun Taib hoh!

RM 12.73 million terlal kecil dan receh sebagai hasil kerja SPRM ....

Mengapa SPRM belum berhasil mendaapatkan kembali hasil rasuah yang lebih mega dan dhasyat  yang dilakukan oleh Taib,Najib Razak, Mahathir dan pemimpin-pemimpin melayu lainnya yang telah mencuri wang negara secara leluasa di masa lalu ketika mereka berkuasa ?

Bukankah lebih mudah bagi SPRM untok mendapatkan hasil yang lebih baik  kerana SPRM  sebenarnya berstatus Pemburu di Zoo (kebon binatang) .....bukan berburu di hutan belantara ... Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 6-5-2024 02:18 AM
For sure lah Dana Mitra tu disapu oleh politician India.

Aku dr dulu lg mmg x percaya dgn kaum tu
Lantak pi la org nk ckp aku racist ke apa ke,mmg aku anti sgt2 dgn kaum tu sbb dh byk kali terkena dgn diorg
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:38 AM | Show all posts
petpom replied at 4-5-2024 09:58 PM
Ohh ingat u pun akan ke sana. Sbb u sekali dulu dgn dato s d brussel.

Dato S ada bgtau kalau nak join bgtau dia. Tapi pokcik leks-leks dulu. tengok benefit apa yg akan dioffer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.207425 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list