CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11736|Reply: 41

[Tempatan] Pasir Mas, Kuala Terengganu cecah suhu 40 darjah Celsius

  [Copy link]
Post time 3-5-2024 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Pasir Mas, Kuala Terengganu cecah suhu 40 darjah Celsius

Oleh ATIQ MAISARAH SUHAIMI
3 Mei 2024, 11:32 am






Gambar hiasan.


PETALING JAYA – Lima daerah di Pantai Timur termasuk Pasir Mas dan Kuala Terengganu dijangka menerima amaran gelombang haba dengan suhu maksimum harian mencecah 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataannya semalam memaklumkan, amaran gelombang haba yang dikeluarkan itu turut melibatkan jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan serta daerah Besut di Terengganu.

“Selain itu, beberapa kawasan lain di Pantai Timur turut mengalami gangguan cuaca panas pada tahap satu dengan suhu maksimum harian diantara 35 hingga 37 darjah Celsius iaitu Jeli, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Kota Bharu.

“Di Terengganu pula melibatkan Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun serta Jerantut, Raub, Temerloh dan Bera di Pahang,” ujar MetMalaysia.

Sementara itu, di bahagian utara Semenanjung pula, cuaca panas dengan suhu mencecah 37 darjah Celsius itu turut dikesan di Kedah melibatkan Padang Terap, Pendang dan Baling di Kedah, serta Kuala Kangsar, Perak.

“Di Sabah pula, cuaca panas sama turut berlaku di Kota Marudu dan dijangka berlarutan sehingga Ahad ini,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -40-darjah-celsius/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2024 04:33 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak berendam dlm telaga pun dah kering kontang. Sabo je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2024 05:03 PM | Show all posts

Cuaca panas: Murid, pelajar sekolah Terengganu dibenar berbaju T

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

3 Mei 2024, 1:28 pm



Gambar hiasan.


KUALA TERENGGANU – Semua murid dan pelajar sekolah di Terengganu diberi kelonggaran memakai baju T ke kelas berikutan cuaca panas mencecah 40 darjah Celcius yang sedang melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, kelonggaran etika berpakaian terbabit turut diberikan kepada pelajar yang menetap di asrama sekolah.


“Buat masa ini, murid dan pelajar sekolah di Terengganu dibenarkan memakai baju T bagi memberi keselesaan belajar pada musim panas ini selain mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Pengurusan sekolah juga diingatkan agar tidak mengadakan sebarang aktiviti luar kelas sewaktu kebanyakan kawasan di negeri ini sedang dilanda cuaca ekstrem dengan suhu harian antara 37 hingga 40 darjah Celcius pada masa ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan lima kes strok haba dan kelesuan haba disebabkan cuaca panas termasuk seorang melibatkan pelajar sekolah telah dilaporkan berlaku di Terengganu sejak dua bulan lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong menasihatkan orang ramai agar minum secukupnya, memakai pakaian nipis dan keluar rumah dengan bertopi dan berpayung bagi mengurangkan risiko implikasi cuaca panas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memberitahu lima daerah di Pantai Timur termasuk bandar raya ini dan Besut dijangka menerima amaran gelombang haba dengan suhu maksimum harian mencecah 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut sehingga lusa. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -dibenar-berbaju-t/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2024 08:35 PM | Show all posts
Pasir Mas hadapi gelombang haba tahap dua cecah 40 darjah Celcius



MetMalaysia dalam kenyataannya pada Sabtu menyatakan Pasir Mas menghadapi gelombang haba tahap dua sehingga mencecah suhu 40 darjah Celcius.


HAZELEN LIANA KAMARUDIN
04 MAY 2024 7:23 PM

PASIR MAS - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya pada Sabtu menyatakan Pasir Mas menghadapi gelombang haba tahap dua sehingga mencecah suhu 40 darjah Celcius.

Jajahan lain di Kelantan seperti Jeli, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai dan Kota Bharu pula berada di tahap satu iaitu berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.


Pada hari ini beberapa kawasan di Kelantan seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu serta beberapa kawasan lain telah menerima hujan, namun tidak menyeluruh.

Seorang penduduk Rantau Panjang yang ditemui, Mohamad Naziz Abdul Zaman, 47, yang merupakan penjual air tuak berkata, jualannya merosak teruk disebabkan musim kemarau melampau yang melanda.



Mohamad Naziz terpaksa keluar berniaga sekitar jam 4.30 petang hingga 7 malam sahaja kerana tidak sanggup hendak menjual di tepi jalan walaupun di bawah pokok kerana cuaca terlampau panas.


"Saya merupakan peniaga jalanan di bawah pokok, setiap hari keluar berniaga bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.

"Semenjak cuaca panas yang melampau ini, pelanggan hanya keluar membeli pada sebelah petang sahaja sekitar jam 4 petang ke atas," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.


Menurutnya, keadaan cuaca panas ketika ini menyebabkan orang ramai memilih berada di rumah berbanding di luar.

Dia yang telah berniaga air tuak sejak 10 tahun lalu itu berkata, tahun ini paling teruk kemarau sehingga menyebabkannya terpaksa keluar berniaga sekitar jam 4.30 petang hingga 7 malam sahaja.


"Saya sendiri tidak sanggup hendak menjual di tepi jalan walaupun di bawah pokok kerana cuaca terlampau panas," katanya.

Sementara itu, petani dari Bunut Susu di sini, Muhammad Aiman Asyraf Muhammad, 23, berkata, dia terpaksa menghadkan pergerakan susulan cuaca panas melampau ketika ini.

"Saya terpaksa turun ke kebun pada waktu malam disebabkan cuaca panas. Kalau waktu pagi, saya hanya mampu bertahan setakat jam 10.30 pagi sahaja. Selepas itu pulang ke rumah untuk berehat sebelum kembali semula jam 8 malam.

"Jika tidak berbuat demikian berkemungkinan besar saya berisiko untuk terkena strok haba," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/a ... h-40-darjah-celcius
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Panas kat sini.. minum air banyak... duduk dalam bilik.. dalam rumah aircond...

Anak aku & anak2 sedara aku mmg berendam swimming pool je le petang2... nice
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Semakin panas sebenarnya kena kerap buat aktiviti luar...tu baru betul...KKM kena betulkan kempen Strok Haba diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti panas macam kat Mekoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
bertambah malas nk blik umah mertua mcm ni...mcm neraka la
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:50 AM | Show all posts
Bahana Hari Pekerja dan Hari Wanita serta Hari Kekasih..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:29 AM | Show all posts
panas ni jangan dibuat main, sesetengah orang boleh senang kena migrain
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:31 AM | Show all posts
Bedakpowder replied at 5-5-2024 08:13 AM
bertambah malas nk blik umah mertua mcm ni...mcm neraka la

mmg pernah jadi ahli neraka ke mcmana kira...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kat kl pun panas sgt
kdg hujan syujur sgt tapi sekejap
kalau keluar pakai tudung pn rasa panas giler atas kepala terus pening kepala berdenyut2 adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu..
Pekej air bbulan² tadak pulak..
Dugaan utk org² yg beriman.
Seblah kaki dh kt sorga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:59 AM | Show all posts
sini pun panaihh wehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Air tuak tu air nira ke? Ke bukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Smalam cuaca mendung siap dengan angin kencang ingatkan hujan nk turun la tapi xde hujan pon,cuaca mmg x menentu skrg ni,stengah tempat panas terik,tempat lain pulak hujan lebat sampai banjir kilat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
fuh panasnya
sini ada la jugak hujan
tp still panas sbb high humidity
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 6-5-2024 12:01 PM
Air tuak tu air nira ke? Ke bukan

sama je
area iols panggil nira
iols kurang gemar bau dia semacam je
sedap lg air kelapa
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 4-5-2024 10:35 PM
Panas kat sini.. minum air banyak... duduk dalam bilik.. dalam rumah aircond...

Anak aku & anak2 s ...

wah bestnya
sini nak berendam kena gi gambang waterpark
jauh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.092955 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list