CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19487|Reply: 6

Warga asing itinggalkan rakan ketika dikejar MPV polis

[Copy link]
Post time 4-5-2024 12:31 AM | Show all posts |Read mode




KLANG – Gara-gara tidak mempunyai lesen menunggang motosikal, dua lelaki warga asing yang cuba melarikan diri berjaya ditahan polis di Jalan Pasar Malam, Meru di sini semalam.


Kejadian pada pukul 1 tengah hari itu berlaku ketika sebuah kereta peronda polis (MPV) sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Meru.


Aksi itu turut tular di laman X menerusi video berdurasi 45 saat yang memaparkan salah seorang daripada suspek ditinggalkan rakannya yang menunggang motosikal.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, semasa rondaan anggota MPV itu terserempak dengan sebuah motosikal Yamaha Y15 dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di lampu isyarat.


“Ketika dihampiri dan diarahkan menghentikan motosikal, dua lelaki tersebut melarikan diri. Kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun berjaya ditahan selepas 70 meter dikejar MPV,” katanya hari ini.


  



Beliau menambah, pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki itu mendapati mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal kerana tidak mempunyai lesen memandu.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 10:47 AM | Show all posts
bodoh jugak kawannya tu kalau dah sorang kena tangkap mesti lah senang2 dapat cari
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang lari takut kena tangkap ke kene pau
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 4-5-2024 11:22 AM
Dorang lari takut kena tangkap ke kene pau

Soklan KBAT ni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kena pau kot hahah
i dgr cleaner kt ofis cite dorg selalu kena pau ngn polis..xtau la betul x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kawan tak kawan ye tak
janji aku blah dulu lantak kau disitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 10:27 AM | Show all posts
tgelak2 tgok video tu....bijak sgt kwn dia .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.078390 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list