CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8734|Reply: 9

[Tempatan] Kalau selesema, tak perlu ke jabatan kecemasan - Dr Alzamani

  [Copy link]
Post time 4-5-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Kalau selesema, tak perlu ke jabatan kecemasan - Dr Alzamani

Mei 4, 2024 @ 7:48am

Oleh Latifah Arifin
latifah@bh.com.my



Petugas Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur. - Foto BH/Aswadi Alias


KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah mengenai 'tahap keterukan' penyakit yang wajar mendapatkan rawatan segera di jabatan kecemasan antara penyumbang kepada masalah kesesakan di hospital kerajaan.

Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose, berkata masih ada yang tidak memahami fungsi sebenar jabatan kecemasan sehingga ada yang hanya mengalami sakit ringan, tetapi datang untuk mendapatkan rawatan.

"Jabatan kecemasan, fungsinya untuk melayani mereka yang dalam keadaan kecemasan. Namun, ada juga yang bukan dalam kategori kecemasan, masih datang untuk dapatkan rawatan. Jadi, ini antara satu daripada punca pertambahan kes (di jabatan kecemasan).



Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose.

"(Dalam kes di hospital kerajaan), rata-rata mereka yang dalam kategori hijau, ada yang tak perlu datang, contohnya hanya alami selesema biasa. Akhirnya (pesakit ini) marah dan kecewa kerana terpaksa menunggu lama. Perlu diingat, petugas kesihatan (di jabatan kecemasan) mengutamakan kes kecemasan bagi pesakit yang berdepan isu hidup dan mati," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ruang Bicara yang membincangkan topik 'Isu kesesakan di Jabatan Kecemasan' malam tadi.


Program dihoskan pengacara, Sherkawi Jirim.

Mengulas lanjut, Dr Alzamani berkata, masyarakat mesti lebih cakna dan meneliti keadaan kesihatan diri sebelum datang ke jabatan kecemasan.

"Satu, jika (pesakit yang datang) bukan dalam kategori kecemasan, ia akan mengganggu fokus pasukan (petugas kesihatan) yang cuba memberi rawatan kepada mereka yang benar-benar dalam keadaan kecemasan.

"Bagi yang hanya sakit ringan, umpamanya untuk cucian luka, sambung ubat dan memerlukan sijil cuti sakit (MC), pergilah ke klinik kesihatan. Jangan pergi ke tempat yang salah, sedangkan ada pilihan lain termasuk memendekkan masa menunggu.

"Ada klinik kesihatan yang sudah dilanjutkan waktu operasi, sehingga 9 malam pun ada. Ini inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) untuk bantu tingkatkan kapasiti rawatan bagi kes bukan kecemasan," katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya turut memanfaatkan inisiatif Skim Perubatan MADANI yang dilancarkan sejak tahun lalu bagi membolehkan individu atau keluarga B40 mendapatkan rawatan di klinik swasta.





Menjawab persoalan mengenai punca lain kesesakan luar biasa di jabatan kecemasan, beliau berkata, dalam keadaan tertentu, pihak hospital turut berdepan masalah apabila ada penjaga yang lewat membawa pesakit pulang.

"Kita juga harap masyarakat bantu dari segi 'output'. Misalnya, wad kebiasaannya penuh kerana pesakit yang sudah boleh discaj dari wad sejak awal pagi, tetapi tidak ada (ahli keluarga) yang hadir untuk uruskan. Ada yang hanya datang selepas waktu kerja atau malam.

"Jadi, ini menyebabkan (pesakit lain yang sepatutnya dihantar ke wad) masih tersadai di jabatan kecemasan dan kuranglah katil untuk (pesakit baharu).

Kebanyakannya berlaku begitu. Saya harap ia dapat diubah. Bawalah pulang insan tersayang ke rumah pada waktunya untuk mengurangkan mereka yang masih tersadai di hospital," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... cemasan-dr-alzamani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kategori selsema yg macam mana dok yg tidak memerlukan utk mendapatkan rawatan di unit kecemasan?kalau each and every single rakyat tahu menilai...kita tak perlukan ko ler...

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sendiri very rarely dapat demam atau selsema...bukan nak menyombong...tapi ituler realitinya...tapi the minute aku dapat demam...boleh sampai dapat sawan....begitu juga selsema....so bad that setiap org yg melintas depan aku akan buat aku macam nak cepuk...org tersebut....bahaya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb namanya Emergency (keCEMASan) so ada expectation tempat ni lg cepat dpt jumpa duktur instead g kk.
Tu satu, kengkadang siang² malas nk hadap org ramai² kt kk, jd wat semak kt emergency.
Patu jenis xreti & xmau guna ubt² otc. Padahal kalo sakit ringan² menda yg sama la jugak sepital bagi.
Gigih maki hamun nk cepat tp bayor singgit & ubt free.
Sila mampoih cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
KK skang pun call time tak lama.. iols selalu tunggu setengah jam pun tak sampai.. patient memang ramai tapi sistem dah cekap lah. Doktor kk pun pantas je kadang satu bilik 2 doktor..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
KK skrang efficient. Panggilan nombor giliran tak berenti2 sampai aku yg dengar pun jadi pening. Tak sempat nak tgk hp pun sbb kena alert dgr nombor kena panggil sbb nonstop haha. Satu bilik pun ada 3 doktor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 4-5-2024 01:45 PM
KK skrang efficient. Panggilan nombor giliran tak berenti2 sampai aku yg dengar pun jadi pening. Tak ...

Iols gi KK bawak mak atas wheelchair. Dahlah 1st time guna. Masa nak masuk bilik doktor, alihkan kerusi segala tetaplah terlanggar sana sini. Last2 doktor yg tarik wheelchair tu. Terima kasihlah doktor.

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis sabtu ahad KK x bukak cmne? Kena gak g spital kalau xde bajet nak g klinik swasta. So ko bukak la kaunter triage khas utk demam n selesema kat spital gak. Xde la tembung dgn kes kecemasan lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 11:00 AM | Show all posts
teringat klinik 1 malaysia, tersangatlan function terukkkk utk kami rakyat marhaen setakat demam, batuk, selsema, dan sakit ringan utk dapatkan rawatan asas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh nak pegi kecemasan, tapi jangan komplen la tunggu berjam-jam. Untuk batuk sesema demam 2-3 hari boleh je pegi kk. Kalau takat batuk sesema demam 2 hari tak perlu pergi kecemasan. Sebab tu penting spare ubat dekat rumah atau pergi farmasi. Spare la panadol, antihistamine and ubat batuk. Ni sebab nak bayar cuma rm1 jadi macam nila.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.100605 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list