CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1098|Reply: 13

[Jenayah] Perlu ada akta baharu halang pemilik PPR sewa pada warga asing

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Wilayah Persekutuan digesa supaya melihat  secara serius isu rumah PPR disewa kepada warga asing dan perlu berbincang dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi penggubalan akta baharu. - Foto fail NSTP





KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk menggubal suatu akta baharu yang berupaya menghalang pemilik unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam (PA) daripada menyewakan keperluan asas itu kepada warga asing.

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar, berkata suatu tindakan radikal melalui penggubalan akta terbabit adalah penting bagi memastikan pemilik unit tidak mengambil kesempatan itu, sedangkan masih ramai golongan B40 berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan rumah kediaman mampu milik.

"Adalah tidak adil rumah PPR yang dibina kerajaan 'dilacurkan' pengkhianat negara dan bangsa. Tidak cukup dengan memajak lesen perniagaan, menggaji dan pasar borong Selayang dijarah warga asing.

"Kini rumah PPR pula dijadikan 'mangsa lacuran' dan diberi kemudahan kepada warga asing untuk menikmatinya. Apa hendak jadi ini.

"Justeru saya mencadangkan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa supaya melihat perkara ini secara serius dan perlu berbincang dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi penggubalan akta terbabit," katanya melalui kenyataan, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media bahawa terdapat segelintir penyewa PPR di Lembah Klang mengambil kesempatan untuk meraih untung atas angin apabila dikesan menyewakan unit sewaan mereka kepada warga asing.

Laporan itu menyebut berdasarkan risikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penyewa warga tempatan membayar sewa RM124 setiap bulan, tetapi menetapkan kadar sewa bulanan antara RM600 hingga RM1,200 kepada warga asing bergantung lokasi.

Kerajaan pada 2009 membenarkan rumah PPR dijual dengan harga nilai jualan antara RM21,000 hingga RM35,000 bagi memberi peluang kepada penyewa memiliki kediaman sendiri selain meningkatkan ekuiti hartanah Bumiputera di dalam bandar.

Pada masa sama, Gulam berkata, pemilik PPR yang berbuat demikian disifatkan sebagai pengkhianat terhadap projek dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, DBKL tiada sebarang 'locus standi' untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap perbuatan berkenaan.

Malah katanya, sehingga kini tiada akta juga diwujudkan bagi membolehkan rampasan unit dibuat kerana hak pemilikan bukan lagi di bawah pentadbiran mereka.

"Oleh itu, masyarakat di luar sana jangan salahkan dan tuding jari kepada pihak DBKL dalam hal ini sebaliknya kita kena perangi warga asing ini terutamanya yang masuk ke dalam negara secara haram," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh bikin hostel pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn dari dulu memang dah ada kannn....
Tapi org yg dpt tu sewakn jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran kena report la. Warga asing mana boleh duduk kat taman perumahan, depa perlu duduk dormitory yang disediakan majikan, ataupun shoplot.

Penduduk kena cakna dengan peraturan kerajaan tempatan, ada termaktub. Tapi org kita mana nak baca regulations, tu yang extend rumah flat mcm kondo.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:27 PM | Show all posts
Di Malaysia memang suka buat undang undang baru, baru nampak terbaru! Tapi bila dah ada undang undang baru masih tetap sama, masih ingat makcik kemboja kata apa?

semakin banyak undang undang baru semakin banyak rasuah berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang cerita, rumah PPR dengan PA Ni jangan bagi pemilik sewakan. Duduk sendiri. Ni gigih nak jadi pemilik rumah PPR, dah dapat tak sanggup pulak nak tinggal sesame dengan B40.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Really?


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sahaja Rumah PPR tetapi semua rumah kos rendah tidak boleh disewa kepada wargaasing.

Banyak Rumah Rumah Kos Rendah disewakan pada wargaasing sehingga B40 bandar menjadi miskin bandar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 5-5-2024 07:36 AM

Akta sana sini tapi monitoring and enforcement lemau.  Bukan depa tak tau bersepah tapi sekali ketuk sekali tu jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
B40 pun kapitalis dengan cara dia.
Dia dapat sewa murah,dia pergi sewakan rumah tu kepada orang lain pada kadar berlipat kali ganda. Mana boleh buat sublet.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 4-5-2024 06:59 PM
Jiran kena report la. Warga asing mana boleh duduk kat taman perumahan, depa perlu duduk dormitory y ...

Kat taman iols ni ada majikan sewa rumah teres utk letak bangla2 atau nepal ramai2 sumbat dlm tu..menakutkan tgk dorg lepak ramai2 kat balkoni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe MoM should start building foreign workers hostels mcm kat singapore tu senang nak contain pun kalau apa2 berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah pprt ni kira milik dia ke or just sewa drp pihak berkuasa? Kalau mmg milik dia mmg tak boleh nak control lah sbb ada SPA mmg hak dia.
Tapi kalau status dia sbg penyewa pihak berkuasa kena pantau lah utk terminate penyewa yg sewakan kpd org lain. Gantikan dgn golongan pprt baru.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 4-5-2024 11:27 PM
Di Malaysia memang suka buat undang undang baru, baru nampak terbaru! Tapi bila dah ada undang undan ...

Setuju.......buat undang2 tp perlaksanaan terpilih setakat ex ketua cawangan pun dh blh langgar law apatah lg yg atas2 tuh.....pastu bila break law blh plk pinda ckp x releven la x sesuai la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.354570 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list