CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1322|Reply: 15

[Tempatan] Lelaki lebih cenderung pendek umur? - Pakar

  [Copy link]
Post time 4-5-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Foto hiasan





KOTA BHARU: Golongan lelaki didapati jarang menjaga kesihatan dan tidak mengesan penyakit pada peringkat awal menyebabkan jangka hayat mereka lebih pendek dan kadar kematian juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita.

Pakar Perubatan Keluarga, Unit Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Wan Mohd Nazlee Wan Zainon, berkata kebanyakan mereka hanya datang ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan yang teruk seperti sakit jantung ataupun strok.

Katanya, golongan lelaki didapati jarang mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan dan sering mengambil mudah tahap kesihatan mereka.

"Mereka juga didapati lebih ramai mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, menghisap vape, minum arak serta sering terbabit dengan aktiviti yang berbahaya seperti lumba haram dan sebagainya.

"Hal ini menyumbang kepada peningkatan jumlah pesakit dan kematian dalam kalangan golongan lelaki," katanya.
Dr Wan Mohd Nazlee Wan Zainon.
Dr Wan Mohd Nazlee Wan Zainon.

Beliau berkata, lelaki kebiasaannya dianggap maskulin serta tahan lasak dan kesihatan yang sering dihidapi oleh golongan itu adalah mati pucuk, masalah kesuburan, kesihatan mental serta gaya hidup tidak sihat seperti merokok.

"Disfungsi ereksi atau mati pucuk adalah salah satu masalah yang dialami oleh lelaki daripada pelbagai peringkat usia," katanya.

Dr Wan berkata, penyebab utama masalah mati pucuk adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

"Penyakit kardiovaskular ini menyebabkan terjadinya penyumbatan saluran darah ke zakar (arterosclerosis) yang akhirnya menyukarkan ereksi terjadi. Statistik di Malaysia menunjukkan 80.4 peratus mati pucuk berlaku dalam kalangan pesakit kencing manis dan sakit jantung, manakala 80 peratus pesakit terdiri pesakit darah tinggi.

"Kajian terbaharu menunjukkan mereka yang mengalami penyakit jantung dalam tempoh dua hingga tiga tahun sekiranya tidak dirawat, puncanya akan menyebabkan mati pucuk," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Wan berkata, adalah penting untuk difahami ketidaksuburan boleh disebabkan oleh faktor yang berkaitan dengan kedua-dua pihak iaitu lelaki dan wanita.

"Faktor lelaki menyumbang kepada kira-kira separuh daripada semua kes infertiliti bermula daripada masalah penghasilan, kualiti atau pergerakan sperma yang membuatkan pasangan sukar untuk hamil.

"Beberapa pilihan gaya hidup boleh memberi kesan kepada kesuburan lelaki seperti merokok, pengambilan alkohol berlebihan, penyalahgunaan dadah, obesiti dan pendedahan kepada toksin alam sekitar boleh mempengaruhi kesihatan sperma," katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, menghisap rokok atau vape boleh memberi kesan serius kepada kesihatan seksual lelaki.

"Merokok merosakkan saluran darah dan mengurangkan aliran darah di seluruh badan termasuk zakar, hal ini menyebabkan masalah prestasi seksual.

"Bahan kimia dalam rokok dan cecair vape boleh mengganggu pengeluaran hormon dan aktiviti 'neurotransmitter' dalam otak yang boleh mengurangkan keinginan dan rangsangan seksual," katanya menyarankan golongan lelaki untuk membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali dan hapuskan stigma lelaki lemah jika meminta atau mendapatkan bantuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompan mmg idup lagi lama drp lelaki.. apa nak heran?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 09:12 PM | Show all posts
Dalam dunia perubatan dah berpuluh tahun bagi tau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Doktor ini seperti merojakkan hasil kajian dgn kepercayaan peribadi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
bkn mmg dah sedia maklum ke??

lagipun lelaki ni bila dah tua2 mati bini mula hidup tak tentu arah tak reti jaga diri pastu nikoh lain kalau makin ok takpe biasanya mcm2 probs yg timbul.
kalau pompuan (kebiasannya) jrg la nikoh lain bila dah tua jadi balu. aman damai bela pokok, pegi sejid, pusing umah tgk anak cucu

*** tgk sekeliling iols gitu la
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:29 AM | Show all posts
syamzana replied at 5-5-2024 10:17 AM
bkn mmg dah sedia maklum ke??

lagipun lelaki ni bila dah tua2 mati bini mula hidup tak tentu arah t ...

duk laaa bagi alasan takde sape nak jaga makan minum.siyess bodo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 10:31 AM | Show all posts
Patutlah bila buat quotation takaful libatkan pampasan kematian untuk lelak, akan jadi mahal berbanding dengan perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:06 AM | Show all posts
Bila kits tengok statistics di Malaysia memang kaum wanita yang tua lebih ramai daripada lelaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur panjang tp berpenyakit taguna jugak.  Baik jaga kesihatan, jaga poket. Sakit, ada duit, nk ke spital, klinik ke hape.  Umur x panjang x ape.  Janji x nyusahkan org.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
SEBAB KORANG JANTAN TAK SUKA MAKAN SAYUR!

HARRRRRRRRR
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:32 PM | Show all posts
ramai dh tau laki mati cepat dari pmpn
tapi ada sstgh feminist tak percaya, malah bantah poligami
dgn alasan statistik menunjukkan orang lelaki dah ramai dari pmpn, maka tak harus ada poligami

dorg tak kaji plak julat umur 'ramai' tu dari bayi ke umo bape tahun.. takkn nk suh org pmpn kawin dgn baby lelaki plak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahan letew..bini asyik MEMBEBEL JER
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak mati mak kongker anak lelaki berebut dgn menantu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul meols setuju terutama lelaki yg hidup ditanggung isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-5-2024 12:02 PM
SEBAB KORANG JANTAN TAK SUKA MAKAN SAYUR!

HARRRRRRRRR

Sayur yang tak suka dimakan Oleh kitaorg
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok laki orang lain dah rambut putih dah membotak. Laki aku steady aje rambut hitam and banyak. Aku rasa aku tak cukup bagi masalah kat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.072130 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list