CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5125|Reply: 2

[Jenayah] Penganggur cuba seludup syabu, ecstasy ditahan di jeti awam

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Mohd Nasir (tengah) pada sidang media rampasan dadah jenis syabu dan pil ecstasy pada 30 April lalu. - Foto NSTP/Abdul Rahemang Taiming





TAWAU: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar lebih 5 kilogram (kg) syabu bersama 1001 biji pil Ecstasy melalui jeti Kastam, Imigresen Dan Kuarantin (CIQ) Lama di sini, gagal apabila ditahan pihak berkuasa 30 April lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman, berkata suspek lelaki tempatan berumur 22 tahun itu dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan kira-kira jam 2.36 petang.

Beliau berkata, suspek yang juga seorang penganggur itu dipercayai menggunakan jeti awam terbabit sebelum menaiki bot ke Kampung Bergosong di Pulau Sebatik dengan membawa satu kotak berwarna coklat.

"Hasil pemeriksaan awal ke atas kotak berkenaan mendapati dua paket teh Cina yang mengandungi 5.0658kg dadah jenis Methamphetamine dan tiga paket berbalut plastik hitam berisi 1001 biji (3003 gram) pil Ecstasy.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM177,120.60," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, modus operandi suspek adalah membungkus bahan terlarang terbabit dalam bungkusan teh Cina bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape lak penganggur..Kan ada kerja tu...penyeludup
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow estacy.. duff duff..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059756 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list