View: 13260|Reply: 30
|
[Tempatan]
Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat
[Copy link]
|
|
Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat
Mei 4, 2024 @ 12:32pm
IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
"Ya, pesawat latihan, penumpang terbabit selamat.
"Kejadian berlaku pada jam 9.55 pagi dengan dua mangsa terbabit iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River," katanya.
Pesawat ringan terhempas di Sungkai. - Foto tular
Beliau berkata, setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan.
Terdahulu video kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp. - BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jerukkedondong at 4-5-2024 02:43 PM
kapal kecil flying school kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Flying school lah tu...artikel ada tulis |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik nyawa masih panjang... |
|
|
|
|
|
|
|
Musim terhempas ke?
Teringat MH370 dulu..lepastu MH17 |
|
|
|
|
|
|
|
syukur lah tak ada apa2 serius yg jadi |
|
|
|
|
|
|
|
CAAM sahkan pesawat Cessna terhempas di Felda Gunung Besout, dua terselamat
Pesawat ringan yang terhempas di kawasan ladang getah dalam Hutan Simpan Gunung Besout, Trolak di Sungkai. - Foto ihsan Polis
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat Cessna 172N Skyhawk dengan nombor pendaftaran 9M-ADA terhempas berhampiran Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak hari ini.
Pesawat kendalian Layang Layang Flying Academy membawa dua orang yang terselamat dalam kejadian itu, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada pukul 7.54 pagi, dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) menerima transmisi maklumat terakhir dari pesawat itu semasa ia berada di Slim River pada pukul 9.35 pagi.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata Pengawal Bertugas telah mengambil tindakan segera sebaik sahaja pesawat itu gagal membuat laporan berhubung kedudukan di Bidor.
"Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KLARCC) di KLATCC telah diaktifkan pada 10.15 pagi sejurus menerima maklumat mengenai nahas untuk penyelarasan operasi menyelamat, dan kedua-dua mereka telah diselamatkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan, selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu media bahawa jurulatih penerbangan, Kapten Shahrul Imran Surea, 26, dan pelatih Ho Jia Lee, 20, terselamat dalam kejadian itu. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat terhempas: Juruterbang patah kaki, pelatih bengkak muka
Keadaan seorang daripada mangsa kemalangan membabitkan pesawat ringan yang terhempas di ladang Besout 2 Tambahan pagi tadi. - Foto BERNAMA
IPOH: Dua mangsa pesawat ringan jenis Cessna 172 (9M ADA) yang terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di ladang Besout 2 Tambahan, Sungkai dekat sini pagi tadi dikenal pasti sebagai jurulatih penerbangan dan pelatih.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata Kapten Shahrul Imran Surea, 26, yang beralamat di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur disyaki patah kaki kanan, manakala Ho Jia Lee, 20, beralamat di Lahat, Perak mengalami bengkak muka di sebelah kanan.
"Pesawat adalah dari Syarikat Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd, Ipoh.
"Pesawat bergerak dari Ipoh ke Tanjung Karang pada 7.59 pagi tadi untuk latihan penerbangan, kemudian berpatah balik ke Ipoh dan terhempas di lokasi jam 9.30 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.
"Kita terima panggilan kecemasan pada 9.46 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dengan bantuan BBP Bidor dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari jalan besar," katanya.
Terdahulu, video kejadian itu tular melalui aplikasi WhatsApp. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebuah pesawat ringan terhempas di ladang Besout 2 Tambahan pagi tadi. - Foto BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan mangsa kemalangan sebuah pesawat ringan terhempas di ladang Besout 2 Tambahan pagi tadi. - Foto BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat ringan terhempas antara celahan pokok - Ketua Polis Perak
Anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa kemalangan pesawat ringan di ladang Besout 2 Tambahan pagi tadi. - BERNAMA
IPOH: Insiden pesawat ringan terhempas di kawasan ladang getah di Hutan Simpan Gunung Besout dekat Sungkai di Tanjung Malim pagi tadi dikatakan berlaku ketika sesi latihan penerbangan.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata ketika kejadian pesawat jenis Cessna 172 Skyhawk bernombor pendaftaran 9M-ADA kepunyaan syarikat Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA) berpangkalan di Ipoh sedang menjalani latihan penerbangan antara Ipoh dan Tanjung Karang di Selangor.
Terdahulu, beliau berkata pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini jam 7.59 pagi tadi.
"Dua mangsa tercedera dalam insiden itu membabitkan juruterbang, Shahrul Imran Surea, 26, yang berasal dari Kuala Lumpur dan pembantu juruterbang, Ho Jia Lee, 20, dari Ipoh yang juga pelajar penerbangan.
"Pesawat terhempas sewaktu bergerak untuk berpatah balik dari Tanjung Karang ke Ipoh untuk latihan penerbangan navigasi itu dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sekitar 9.30 pagi.
"Pada jam 9.55 pagi, bilik operasi LLA menerima panggilan bahawa pesawat itu mengalami kemalangan. Jadi pihak polis dan pihak keselamatan lain yang sampai di tempat kejadian mengambil langkah 'secure' (mengawasi) kawasan itu dan membawa mangsa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di sini, hari ini.
Mengulas kecederaan mangsa, Mohd Yusri berkata Shahrul Imran patah kaki kanan, manakala Jia Lee mengalami bengkak pada muka.
Katanya, insiden difahamkan berlaku di kawasan hutan kecil di ladang milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan pesawat jatuh antara pokok-pokok di situ.
"Kita kawal keadaan untuk pastikan tiada orang awam memasuki kawasan itu untuk kita bantu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menjalankan siasatan. Polis akan mengawal kawasan itu kemudian CAAM akan ambil alih (siasatan).
"Siasatan masih di peringkat awal dan kita akan lihat dari pelbagai sudut dan kita pastikan pihak CAAM teruskan siasatan memandangkan nahas ini membabitkan pihak swasta," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua cedera
Pesawat ringan terhempas di Sungkai. - Foto tular
TANJUNG MALIM: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang dekat Sungkai di sini, pagi tadi.
Dua individu berada di dalam pesawat jenis Cessna 172 itu adalah jurulatih penerbangan, Kapten Shahrul Imran berusia 30-an dan pelatih, Le Ho Jia berusia 20-an.
Kedua-dua mereka dilaporkan mengalami kecederaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dengan bantuan BBP Bidor dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 9.46 pagi.
Beliau berkata, makluman awal diterima memaklumkan sebuah pesawat jatuh berdekatan Ladang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Sungkai. Pesawat jenis Cessna 172 itu dikenal pasti dari Layang Layang Flying Academy, Ipoh.
"Kedua-dua mangsa ditemukan di mana jurulatih penerbangan lelaki mengalami patah paha kiri, manakala seorang pelatih wanita cedera di bahagian muka.
"Kerja pemindahan mangsa ke jalan besar dijalankan menggunakan kenderaan pacuan empat roda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat menunjukkan orang awam menemui sebuah pesawat ringan terjatuh di dalam kawasan ladang.
Video itu turut menunjukkan mangsa wanita meminta pertolongan bagi mengeluarkan seorang lagi mangsa iaitu jurulatih penerbangan.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
"Ya, pesawat latihan, penumpang terbabit selamat," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|