CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5927|Reply: 4

[Jenayah] Lima 'ulat' parkir haram ditahan penguatkuasa hensem di Melaka

  [Copy link]
Post time 4-5-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Anggota penguat kuasa MBMB dan polis menahan lima ‘ulat’ parkir dipercayai aktif mengutip caj parkir tanpa lesen di tapak letak kereta awam dalam operasi khas di Kampung Hulu lewat malam tadi. Kumpulan ulat parkir terdiri tiga lelaki dan dua wanita berusia 44 hingga 47 tahun itu mengenakan bayaran parkir kereta antara RM5 hingga RM10 bagi sebuah kereta. - Foto BERNAMA





MELAKA: Lima 'ulat parkir' yang membuat kutipan parkir tanpa lesen di tapak letak kereta awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ditahan dalam operasi khas di Kampung Hulu di sini, malam tadi.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman, berkata tiga lelaki dan dua wanita tempatan berusia 44 hingga 47 tahun itu ditahan dalam operasi membabitkan polis, anggota penguat kuasa MBMB dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula jam 9 malam tadi.

Beliau yang ditemui pemberita selepas operasi berkenaan berkata, pihak berkuasa turut merampas wang tunai RM75 dipercayai hasil kutipan parkir secara haram.

Katanya, siasatan awal mendapati kumpulan ulat parkir berkenaan mula aktif mengutip bayaran parkir pada harga antara RM5 hingga RM10 bagi sebuah kereta sejak sebulan lalu dan mereka dipercayai mampu meraih kutipan sehingga RM300 satu malam.

"Dalam operasi yang dijalankan, anggota penguat kuasa melakukan penyamaran dan semua individu terbabit sedang menjaga kawasan parkir berkenaan dan mengutip bayaran daripada orang awam," katanya.

Menurutnya, kawasan parkir awam MBMB itu hanya mengenakan bayaran parkir kenderaan sehingga jam 6 petang, namun kumpulan ulat parkir terbabit kemudian mengambil kesempatan membuat kutipan secara haram.

Shadan berkata, ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu iktiraf hensem bagi kamu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ulat yindia ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 09:09 PM | Show all posts
Saya tengok YouTube di Indonesia ada ramai seoerti ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:24 AM | Show all posts
kat mana2 pun mesti ada eh yg mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056784 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list