View: 18201|Reply: 3
|
[Tempatan]
28 ditahan merusuh guna parang
[Copy link]
|
|
Polis berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian akibat pertengkaran dan provokasi sesama suspek
Tangkap layar video menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merosakkan sebuah kenderaan di Jalan Raja Uda, Butterworth.
PETALING JAYA: Seramai 28 lelaki ditahan kerana dipercayai terbabit rusuhan bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Semua suspek berusia 17 hingga 51 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Seberang Perai Utara (SPU) hari ini.
Ketua Polis SPU, Mohd Asri Shafie berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian akibat pertengkaran dan provokasi sesama suspek.
“Usaha mengesan saki-baki suspek lain giat dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Harian Metro.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat Nasrina Darus di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Terdahulu, tular video empat saat di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merosakkan sebuah kenderaan di depan sebuah premis di Jalan Raja Uda. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-5-2024 09:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Sayang betul tak mati ja terus 28 orang tu saling tetak menetak sampai ilang nyawa kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|