View: 11710|Reply: 61
|
5 bekas penuntut UPNM cederakan Zulfarhan selesai jel tiga tahun
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Lima bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah mencederakan Zulfarhan Osman Zulkarnain dan dipenjara dihukum penjara tiga tahun menarik balik rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Rayuan, di sini hari ini.
Mereka ialah ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali yang kini semuanya berusia 28 tahun.
Semasa permulaan prosiding hari ini, peguam Amer Hamzah Arshad memaklumkan kesemua perayu itu menarik balik rayuan kerana ia kini bersifat akademik atau tidak lagi relevan.
Ia kerana kelima-limanya telah selesai menjalani hukuman penjara tiga tahun itu pada tarikh jatuh hukum yang bermula pada November 2021 yang lalu.
Perkara itu kemudian tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, K.Mangai.
Selepas mendengar makluman perkara itu, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail secara sebulat suara membatalkan rayuan kelima-lima perayu.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap kelima-limanya kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.
Justeru pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Meskipun selesai menjalani penjara selama tiga tahun lima mereka masih lagi berhadapan dan meneruskan rayuan terhadap hukuman penjara 18 tahun yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.
Selain lima perayu, 12 lagi rakan mereka turut didapati bersalah mencederakan Zulfarhan yang didakwa dibawah seksyen dan hukuman yang sama.
Mereka ialah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.
Namun Mahkamah Tinggi membenarkan penggantungan penjara hanya kepada 12 penuntut di bawah Seksyen 330 dengan jaminan denda RM7,000 dikekalkan.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
hoi kejap sangat. huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
nama sedap2, tp sia2... hidup dgn bad record... tp ada gak yg kwen ngan depa nih kan.. silap langkah lah...
sempat jugak merasa kawen dan ada anak, tp zulfarhan? parent dia? tak sempat apa2... yg terkilan tu masa arwah sakit tak dbgtau makbapaknya pun..
harap2 mereka nyesal sampai mati atas perbuatan mereka, sbb depa jugk upnm busuk nama.
|
|
|
|
|
|
|
|
kejap lagi boleh dapat pengampunan tak?
sbb budak pandai dan berkelakuan baik di penjara kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
xleh brain how mean & inhumane perlakuan mereka |
|
|
|
|
|
|
|
so dh tau ke sapa curi laptop tu?
beriya buat arwah..laptop nya jumpa tak?
sedih nya.
aku mmg xleh brain kes ni.
apa jadah buat smpai cmni sedangkan baru suspected, |
|
|
|
|
|
|
|
hukuman 18 tahun tengah berjalan kan walau dalam proses rayuan. 18 tahun bukan lama pun. awal 40 dah kuar bersenang2 hidup. anak orang mati dikerjakan nya. dalam ramai2 tuh semua hati binatang xder hati peghut. |
|
|
|
|
|
|
|
Penjara 18 tahun tu tak dapat kembalikan mangsa. Tak payah bagi diskaun2 hukuman. |
|
|
|
|
|
|
|
bila kawennya
bkn dlm jel je ke since 2021 tu
|
|
|
|
|
|
|
|
patut la yg news aku baca depa mohon batalkan sabitan kes tu, depa sebut dh kawin dah keje segala
rupanya dah bebas je 3 thn je jel
ada jugak orang nak kawin dgn dorang ni ek. tak takut ke
|
|
|
|
|
|
|
|
ada la tu tipu2 sikit, msti ckp tak salah...
neway nk tau jga sapa yg dh kawin n ada anak tuh... menci
|
|
|
|
|
|
|
|
masih lagi nak cover kan?
dorang ni semua pembunuh! |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 15-5-2024 09:45 AM
patut la yg news aku baca depa mohon batalkan sabitan kes tu, depa sebut dh kawin dah keje segala
...
yang kes ni ke ada sorang pompuan tu dulu kemain sayang dan doakan pembunuh tu terlepas hukuman..
boyfriend je pun..tapi doa dia tu macam berpuluh tahun hidup dengan jantan pembunuh tak guna ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga malaun2 ni dihantui hantu2 yang berkeliaran. Biar x boleh tido malam sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
Berhabis duit mak bapak...entah sampai ada yg jual rumah, kereta bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
kat sekolah asrama pun.. yang pandai2 dimaafkan kalau buli.. yang tak berapa pandai tu buang sekolah.... |
|
|
|
|
|
|
|
macam tu je lah, lepas bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti mahkamah acik forum tak kemana biar pun berkajang2 berbahas (bahas ka?)
|
|
|
|
|
|
|
|
pompuan tu berdoa, acik2 forum pun berdoa jua. In the end...?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|