CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4247|Reply: 3

[Tempatan] Selangor ‘juara’ jenayah seksual

[Copy link]
Post time 15-5-2024 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Selangor ‘juara’ jenayah seksual

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ra-jenayah-seksual/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
15 Mei 2024, 1:19 pm


Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Selangor menjadi negeri paling tinggi kadar jenayah seksual termasuk berkaitan kes rogol dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Menurut Siti Kamsiah, perkara itu didorong oleh jumlah kepadatan penduduk dan perkembangan ekonomi yang tinggi di negeri tersebut.

Katanya, Selangor juga mempunyai populasi penduduk yang berdekatan dengan sempadan negeri lain seperti Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perak.

“Selangor merupakan negeri maju dan capaian internetnya mudah selain banyak fasiliti termasuk ada kes berlaku di universiti.

“Jadi, banyak akses menyumbang kepada perlakuan jenayah seksual tersebut. Selangor adalah negeri tertinggi (kes jenayah seksual) dan diikuti dengan Johor,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Siti Kamsiah bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai jumlah kes yang dilaporkan di Selangor.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kira-kira 90 peratus pelaku kes jenayah seksual dikenali oleh mangsa sama ada melibatkan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang yang diberikan amanah seperti guru.

Dalam perkembangan lain, Siti Kamsiah menegaskan banyak kes jenayah seksual berlaku di negara ini adalah dalam kalangan B40 susulan tekanan ekonomi dan persekitaran rumah yang tidak kondusif. -KOSMO!ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
"Ini TIDAK ADIL...Pakis yg merogol kt jejantas tu..kenapa Selangor yg 'dpt nama'-Bdk S'gor.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 15-5-2024 07:02 PM

Terbuktiiii kata-kata bahawa SSKJP tertinggi ittew tidak benar sama sekali, eh malahan yang tertinggi negeri terpaling majooo di tanah ayer yinni.


Nanti ada la tewww yg kata, Selangor banyak kes sbb ramai ummah SSKJP... Gitewww
Padahal ramai jahhh rakyat negeri lain mcm Johor, Negeri Sembilan, Kedah kat Selangor tuh
Cuma SSKJP jahhh yg selalu jadik sasaran
Padahal kalau org Johor kat KL mana ko tau tu orang Johor khenn, cakap pon sama cam org Key Yelll mana ada slang, unless kalau Jawa lerr

Serta JANGAN DILOPA, Berjotaaaaaa ummah warga asing membiak seperti tikus kat negeri terpaling majooo takde kata apa pulek khennn, padahal 10% daripada kes tuh pelakunya warga asing,

haaaaa macam kes warga asing yang tunjok usap2 kangkang dalam lrt tuh khennn ha girtuhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendunya thread ni dik, menurut acik2 forum berkerak orang gila seks banyak dari pantai timur dik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 1.723797 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list