CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7241|Reply: 93

[Tempatan] Menteri Pendidikan tulis nota dengan tulisan jawi

  [Copy link]
Post time 16-5-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Pendidikan tulis nota dengan tulisan jawi
Oleh KOSMO!
15 Mei 2024, 2:15 pm


Nota bertulisan jawi yang dikongsi Fadhlina (gambar hiasan) di Facebook rasmi beliau.


PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ternyata merupakan seorang yang berbakat dalam penulisan jawi apabila mencatat nota dalam tulisan tersebut ketika mesyuarat ringkas dan ceramah yang dihadiri beliau.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, Fadhlina berkata, belaiu tidak begitu berbakat dalam penulisan khat, imlak dan jawi namun, bapanya menjadi jurulatih utama dalam mengajar penulisan jawi di rumah.

“Satu aspek penghargaan penting dalam sejarah pendidikan saya ialah kepada guru yang mengajar saya khat, imlak dan jawi. Kesabaran dan ketelitian serta betapa berseninya tulisan mereka sentiasa mengagumkan saya.

“Ustaz Saleh, ketika saya di sekolah rendah cukup teliti ketika mengasah bakat saya dalam tulisan khat dan jawi. Malangnya, saya tidak begitu berbakat asyiklah dapat hadiah sagu hati.

“Tetapi bapa saya menyambung tugas itu di rumah dengan memberikan sepenuh perhatian kepada proses meraut pensil khat saya setiap hari dan melatih saya menulis jawi sehingga mahir.

“Ya, bapa saya ialah jurulatih utama saya kerana kami dua beranak cukup meminati seni khat dan tulisan jawi. Tulisan jawi bapa saya sangat kemas! Bukan seperti tulisan saya yang seperti cakar ayam,” jelasnya.

Jelas Fadhlina, khazanah tulisan jawi adalah sebahagian daripada tradisi kekuatan tamadun bangsa Melayu.

“Ia mesti terus dibugar dan dipertahankan sebagai kekayaan khazanah bangsa untuk generasi akan datang. Selamat Hari Guru,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 12:12 PM | Show all posts
kesopanan dan kesusilaan
adat
istiadat
syariat - dimana asal usul
... berakar daripada raja
... istiadat - dikaitkan dengan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yoo…mama iols pn smpai skang tulis nota in jawi..
Shopping list nk g supermarket pn in jawi okehh

Ada org mmg dh sebati kot so tulis jawi lg laju.. mak iols if tulis rumi eja nama sndri pn mcm org ketar tgn menulis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 12:42 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 16-5-2024 12:53 PM
Decaffeinated replied at 16-5-2024 12:12 PM
kesopanan dan kesusilaan
adat
istiadat

Inilah cara yang betol utuk kekalkan tamadun asli melayu yang paling agong di dunia ini ...Tinggalkan  aksara rumi   dan gunakan kembali aksara jawi untuk bahasa melayu ... Hal ini juga untok mengingatkan kembali kepada dunia bahwa Islam adalah asas negara malaysia yang akan terus kekal selamanya mulai dari era empayar melaka hingga akhir dunia nanti ....

Jangan tiru langkah Indonesia yang bodoh dan bahlul itu ..... Jika Malaysia kembali menggunakan aksara jawi maka dapat dipastikan bahasa melayu  malaysia pastilah akan mengalahkan keternaran dan kekayaan bahasa indonesia dari segi jumlah populasi maupun jumlah kosa kata .... apalgi jika bahasa rojak juga diperhitungkan sebagai bagian dati bahasa melayu malaysia ...

Tahniah ... inilah langka cerdas dan bijak dari bangsa melayu mahawangsa malaysia yang juga adalah Bani Tamim  mengembalikan kebesaran dan kehaibatan empayar melaka  dan agama islam di masa kini ... sekali lagi   TAHNIAH ....Hehehehehe   


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti teman sebantal dapig meroyan ko jg yg sentap
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:00 PM | Show all posts
aechae replied at 16-5-2024 12:18 PM
Yoo…mama iols pn smpai skang tulis nota in jawi..
Shopping list nk g supermarket pn in jawi okehh ...

Menulis jawi ini laju tapi membacanya agak perlahan. Bila ditulis, ejaannya pendek dan huruf2nya bersambung. Malangnya, ini juga yang membuatkan ia susah dibaca disamping hurufnya yang boleh berubah2 bentuk apabila di awal, tengah atau hujung perkataan. Tulisan rumi tiada masalah ini kerana itu ia lebih mudah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2024 01:03 PM | Show all posts
nusaraya replied at 16-5-2024 12:42 PM
Inilah cara yang betol utuk kekalkan tamadun asli melayu yang paling agong di dunia ini ...Tinggalk ...

Dipelihara sebagai satu cabang seni mungkin, namun bukan untuk penggunaan rasmi apalagi komersial. It's just fun to learn.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 16-5-2024 12:18 PM
Yoo…mama iols pn smpai skang tulis nota in jawi..
Shopping list nk g supermarket pn in jawi okehh ...

Last skali i tengok orang2 tua tulis nota in jawi is arwah atok i & nenek i...  cantik tulisan nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-5-2024 01:00 PM
Menulis jawi ini laju tapi membacanya agak perlahan. Bila ditulis, ejaannya pendek dan huruf2nya b ...

Dulu skolah i suka tulis nota in jawi for pendidikan islam..  lebih ringkas.... but then ejaan jawi dah berubah mcm ada tambah2 huruf vowels (alif, ya)...  jadi makin lembab nak menulis sbb diff ejaan dah sbb dewan bahasa ubah new jawi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-5-2024 01:00 PM
Menulis jawi ini laju tapi membacanya agak perlahan. Bila ditulis, ejaannya pendek dan huruf2nya b ...

Dia depend pd ko dominan yg mana. Umpamanya cebok taik dgn tgn kiri x sama rasanya antara org yg kidal dgn tangan kanan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:12 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 16-5-2024 02:17 PM
Decaffeinated replied at 16-5-2024 01:03 PM
Dipelihara sebagai satu cabang seni mungkin, namun bukan untuk penggunaan rasmi apalagi komersial. ...

Jangan hanya sekedar seni saja ...
  
Perlu diingatkan bahwa aksara jawi untok bahasa melayu malaysia adalah cara yang cepat dan mudah untok membuktikan kepada dunia dan UNESCO bahwa bahasa melayu malaysia lebih layak levelnya menjadi bahasa utama dunia dibandingkan bahasa indonesia ....

Bukankah aksaea jawi juga akan membuat legitimasi bangsa melayu mahawangsa sebagai Bani Tamim juga akan lebih tinggi di mata 2,25 billion umah islam di seluruh dunia ....Hehehehe


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:13 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 16-5-2024 01:16 PM

MCA yg bantah jawi ujung2 melalak salah Dap..


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:20 PM | Show all posts
green~tea replied at 16-5-2024 01:06 PM
Dulu skolah i suka tulis nota in jawi for pendidikan islam..  lebih ringkas.... but then ejaan jaw ...

Aku suka sistem ejaan lama sebab bagi aku ia lebih intuitif. Tak perlu lah nak ikut tulisan rumi wajib ada vowel selepas setiap konsonen. Aku suka jawi lama sebab 'sentap' ditulis 'sntap' sebab jawi tak ada huruf 'e', 'saya' ditulis 'say' ikut sebutan johor. Dan lagi same vowel tidak akan buat kemunculan 2 kali berturut2 dalam satu perkataan e.g. 'makan' akan jadi 'makn', kan senang

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu sek iols nota pendidikan islam wajib tulis jawi!!!  jwb exam PAI pun wajib tulis jawi.
so semua pljr mmg pandai tulis&baca jawi tp iols sbp agama la. sampai la iols tukar sek rupanya jawi tu bkn satu kewajiban punnnnnn alahaiiiii rasa tertipu plak ingatkan semua sek mcm tu.
skrg anak iols harammmmm tak reti jawi jenuh cari buku teks PAI dlm rumi.

***tp tulisan jawi iols hodoh la sikit
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:26 PM | Show all posts
otai_g replied at 16-5-2024 01:06 PM
Dia depend pd ko dominan yg mana. Umpamanya cebok taik dgn tgn kiri x sama rasanya antara org yg k ...

Ha ha ha. Nak tau apa orang kidal rasa cebok guna tangan kiri, trylah kita cebok guna tangan kanan. Sanggup ka
Back to topic, personally aku memang rasa jawi ni tak effisyen. Aku compare juga dengan kawan2 yang pandai jawi konsensus kata jawi ni ko tak boleh glance through macam rumi.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama gila x prektis jawi... Aku kagum org yg tulis jawi simple² tp lawa & kemas. Tulisan aku mcm sheols la.. sejenis bukan seni semulajadi, so jd la cakar ayam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu muzik iols Puan Alice bangsa cina pun pandai jawi.. sampai la ni iols suka nyanyi lagu Moonriver.. tibah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku suh pi kedai beli brg pon tulis jawi. Saje nk check aku pandai baca lg ke x la tu. Nasib PI aku top2 meletop
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-5-2024 01:20 PM
Aku suka sistem ejaan lama sebab bagi aku ia lebih intuitif. Tak perlu lah nak ikut tulisan rumi w ...

Wah tak sangka ko expert tulis jawi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp kalo org biasa tulis jawi x de sapa hirau. X msk headlines pun.

Btw ayatollah pun tulis guna jawi jgk kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.075929 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list