CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1640|Reply: 11

Lelaki hilang selama 26 tahun rupanya diculik dan ditahan jiran dalam bilik bawah tanah

[Copy link]
Post time 16-5-2024 10:35 PM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan




Algiers: Seorang lelaki Algeria yang hilang selama 26 tahun, baru-baru ini, ditemukan ditawan oleh jirannya di lokasi terletak hanya beberapa minit dari rumahnya.


Omar B ditemukan di rumah jirannya, hanya beberapa minit berjalan kaki dari rumahnya sendiri, selepas mangsa hilang selama 26 tahun.


Dia dilaporkan hilang ketika berusia 19 tahun semasa Perang Saudara Algeria pada 1998, dan keluarganya menganggap bahawa dia diculik atau dibunuh.


Kini pada usia 45 tahun, dia ditemukan dalam tumpukan jerami kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya di bandar Djelfa.


Rakaman yang mengejutkan menunjukkan Omar dibantu keluar dari bilik bawah tanah yang dilitupi jerami di mana dia ditawan sejak 1998.


Dia ditemukan selepas abang penculik dilaporkan menyiarkan maklumat penculikan itu di media sosial, berikutan pertikaian harta pusaka.


Pelaku yang didakwa ialah pengawal keselamatan berusia 61 tahun di bandar El Guedid berhampiran, dan sudah ditahan reman selepas cuba melarikan diri dari tempat kejadian.


Suspek dikatakan tinggal bersendirian, dan bekerja sebagai penjawat awam.


Media sejak itu melaporkan bahawa Omar B merasakan dia tidak boleh bercakap mengenai apa yang sudah dilakukan oleh penculiknya, kerana 'jampi' ke atasnya.


Kementerian kehakiman negara itu berkata, siasatan sedang dijalankan.


Tambah mereka, mangsa sedang menerima rawatan perubatan dan psikologi selepas dikenakan jenayah yang disifatkan sebagai 'keji'.


Sumber ; Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
It's a miracle ka cemana nak describe kes ni?

Harapnya di Malaysia takda/takkan ada kes begini...

Imagine tetiba besok Sharlinie dijumpai dikurung dalam basement seseorang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh macam citer yg bapa kurung anak siap hamilkan lg anak dia smpi dpt 3 orang anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
200 meter je dari rumah mangsa
bayangkan selama 27 thn tu anak tu rupanya dekat je sebenarnya
mmg gila berani mati la lahanat ni..jampi apa dia pakai sampai terduduk dia ni 26 thn
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke kata ni the ultimate biawak hidup.. makan pakai semua org tanggung?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:56 AM | Show all posts
Omaigadd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2024 11:14 AM | Show all posts
nak tahu motip dia kurung baru boleh kecam.
suspicious sangat sbb laki yg dikurung tu tak boleh 'bercakap' sebab kena 'jampi'
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena sihir voodoo ke uols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 11:30 AM | Show all posts
kesian gila mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:32 PM | Show all posts
dah agak iols mmg percaya masih ada lagi jenayah camni. iols kesian sgt dkt mangsa. teringat ingat cerita Natasha Kampush dgn Girl in the basement. kesian sgt2, paling kesian Girl in the basement. trauma iols tgk cite ni walaupun hnya lakonan semula dari kisah sbnr
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:33 PM | Show all posts
Sumber ; Harian Metro


last2 rupanya wartawan cedok dari movie algeria ja sebab ada tulis 'inspired' by true story.

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:37 PM | Show all posts
Allahu. kesiannya dia. nauzubillah. moga ada sinar bahagia utk dia. part yg iols menitis masa baca tu, yg dia hanya mampu tgk dr jauh arwah mak dia masa arwah meninggal. dia terkurung dlm tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.382355 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list