CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suri rumah rugi lebih RM15,000 tertipu tawaran kerja

[Copy link]
Post time 18-5-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang suri rumah yang mahu mencari pendapatan dengan kerja membuat ‘review’ hotel dari rumah akhirnya berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM15,000.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa iaitu wanita berusia 33 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau petang semalam selepas berasa tertipu.

Menurutnya, hasil siasatan mangsa terpedaya dalam urusan tawaran kerja dari sebuah syarikat melalui iklan Facebook yang dikongsikan ibu saudara dan berurusan selanjutnya melalui WhatsApp pada 14 Mei lalu.

“Mangsa diterangkan perlu membuat tugasan atau ‘review’ dan pembayaran ke dalam aplikasi yang diberikan dengan pulangan komisyen antara enam hingga 10 peratus berdasarkan jumlah wang yang dibayar semula kepada akaun mangsa.

“Pada awalnya mangsa membuat 14 kali transaksi dan menerima pulangan wang dalam akaun banknya. Sehingga tugasan yang ke 15 didapati aplikasi mempunyai masalah dan mangsa diminta bayaran lain untuk dilengkapkan bagi menerima komisyen semula.

“Mangsa telah membuat transaksi bagi tujuan tersebut dan berasa tertipu selepas masih perlu membuat pembayaran dalam amaun tertentu. Dalam kes ini, mangsa mengalami kerugian RM 15,850,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... tipu-tawaran-kerja/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.117894 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list