CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riezman Khuzaimi Pernah Terima Tawaran Berlakon RM150 Sehari – ‘Saya Rasa Itu Seperti Satu Penghinaan’

22-4-2024 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6085| Komen: 23

Description: Isu bayaran murah yang diterima oleh pelakon veteran dan berpengalaman semakin mendapat perhatian ramai termasuk aktor, Riezman Khuzaimi yang turut terkesan dengan isu tersebut.


Isu bayaran murah yang diterima oleh pelakon veteran dan berpengalaman semakin mendapat perhatian ramai termasuk aktor, Riezman Khuzaimi yang turut terkesan dengan isu tersebut.

Ketika ditemui OhBulan! Riezman mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan bayaran yang rendah dan disebabkan itu juga dia jarang muncul di kaca televisyen.

"Setahun ada dua atau satu filem, drama pun begitu juga. Orang selalu tanya kenapa jarang nampak dekat TV, saya cakap terus terang sebab dia orang tak mampu bayar saya. Tak mampu bayar bukan kerana mahal, tapi bayaran itu saya rasa seperti satu penghinaan.

"Jadi saya rasa lebih baik saya jual burger boleh dapat dalam RM300 ke RM400 sehari daripada berlakon dapat RM150, itu melampaulah."

Dalam pada itu, pelakon berusia 54 tahun tersebut berkata isu berkenaan tidak wajar berlaku di dalam industri hiburan sehingga menyebabkan ramai selebriti berpengalaman menolak tawaran lakonan.


"Memang patut dia (Azlee Senario) tolak. Kalau kita tengok Senario berlakon, menyanyi dan buat lawak..kita sepatutnya kena hormati. Patutnya lagi senior lagi tinggi bukan lagi catu.

"Sama juga macam Jalil Hamid kenapa dia tak nak berlakon, sebab tawaran yang macam itu. Fauziah Nawi pun begitu."

Riezman berkata demikian di sidang media Kami Sempoi yang diadakan di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelakon filem Baik Punya Cilok itu juga berasa kecewa dengan situasi tersebut yang dikatakan boleh memberi kesan buruk terhadap industri.

"Saya pun pernah berlakon di Indonesia dan Hong Kong. Bukan sebab status tapi pengalaman. Lagi senior pelakon itu mereka sepatutnya bayar sama dengan pengalamannya.

"Perkara ini makin teruk. Ini nak merosakkan industri kita, kualiti akan jatuh."

Dalam perkembangan lain, Riezman telah dilantik sebagai duta untuk agensi Kami Sempoi iaitu sebuah agensi yang membantu dan menguruskan hos siaran langsung di platform TikTok.

Terdahulu, segelintir warganet mendakwa Azleee bersikap bongkak dan tidak bersyukur kerana menolak tawaran lakonan berikutan bayaran yang tidak berpatutan.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 22-4-2024 09:33 PM
bersyukurlah ada orang bagi tawaran.. tengok lah berapa jam kena berlakon kalau rasa tak berbaloi tolak lah..rm150 tu banyak pada orang susah
Quote jihah_kudat 22-4-2024 09:53 PM
aku okay je kalau rizman ni ke geng2 veteran nak merunggut pasal bayaran sebab dah terbukti masing2 punya bakat dan ada skill boleh buat kite tengok sampai habis cerita dieorg..tapi azlee senario euwww so tak relevan..tanpa senario siapa la beliau..so ada job tu pun dah cukup bersyukur la..
Quote MissYouSayang 22-4-2024 10:27 PM
Hina ke dpt 150….
Mujur la still lagi dipanggil berlakon...
Jgn compare industri msia dgn hollywood yg bsr tu , bagai langit n bumi..
Ckp je la gaji ciput x cukup nk tampung lifestyle sbg retis yg suke show off tu
Quote rosevelvet 22-4-2024 10:35 PM
Byrn tu based on demand. Kalau x setuju ada lg yg menunggu. Jgn nanti korang meroyan plak mintak derma sbb xde job
Quote heythere123 22-4-2024 10:54 PM
pakcik ni helok, so plis la mintak banyak2
Quote cikatilia 23-4-2024 10:31 AM
MissYouSayang: Hina ke dpt 150….Mujur la still lagi dipanggil berlakon...Jgn compare industri msia dgn hollywood yg bsr tu , bagai langit n bumi..Ckp je la gaji cip ...

org masih lagi earn sehari less than 100... 100 tu mungkin gaji 2-3 hari yg kena duduk sana 8 9 jam..
xle byg kan retis2 ni kalau kena buat kerja pejabat.. confirm meninggal esp azlee tu..



Quote cikatilia 23-4-2024 10:34 AM
jihah_kudat replied at 22-4-2024 09:53 PM
aku okay je kalau rizman ni ke geng2 veteran nak merunggut pasal bayaran sebab dah terbukti masing2  ...

azlee tu 500 yaa.... dia nak berapa?? 1500?? serupa gaji minimum dgn lawak terencat akal dia tu

Quote PinkyPie 23-4-2024 10:35 AM
Dah kawen org Kaya takyah berlakon lagi lah
Quote fifie_olin 23-4-2024 10:36 AM
rasa mcm dah lama dia x belakon
offer murahan la kot
Quote prizadane 23-4-2024 10:36 AM
jihah_kudat replied at 22-4-2024 09:53 PM
aku okay je kalau rizman ni ke geng2 veteran nak merunggut pasal bayaran sebab dah terbukti masing2  ...

Owh ya. At least Riezman ni pelakon versatile la jugak. Boleh bawa watak serious, watak kelakar.

Azlee?? Berlakon pun tah pape… selalu bawa watak bodoh-bodoh. Pastu kat tiktok, live nangis nangis hidup susah. Takde job. Orang pun kesian n bagi gift. Eh hello, he pakai vellfire okay. Makan pun mewah. Orang yang bagi gift sebab kesian tu entah entah vellfire pun tak pernah naik
Quote kakakpositifker 23-4-2024 10:40 AM
cikatilia replied at 23-4-2024 10:34 AM
azlee tu 500 yaa.... dia nak berapa?? 1500?? serupa gaji minimum dgn lawak terencat akal dia tu

...

HAIP. Mana awak tahu?
Quote jihah_kudat 23-4-2024 12:58 PM
prizadane replied at 23-4-2024 02:36 AM
Owh ya. At least Riezman ni pelakon versatile la jugak. Boleh bawa watak serious, watak kelakar.

...

yes ..azlee bukan susah pun kan..azlee patut contoh lan pet pet dah tahu job kureng usaha buat job lain meniaga..tapi sayang tetap kemaruk nak berlakon berbekalkan payment ribu2..kata dekat tiktok dapat puluh ribu stay je la dekat situ..sedangkan aaron yg dulu penuh tv pun org dah tak lalu tengok inikan pulak azlee yg forever lawak terencat tu..
Quote jihah_kudat 23-4-2024 12:59 PM
cikatilia replied at 23-4-2024 02:34 AM
azlee tu 500 yaa.... dia nak berapa?? 1500?? serupa gaji minimum dgn lawak terencat akal dia tu

...

yela nak lebih okay..berbekalkan lawak terencat dan kononnye pernah menghiburkan zaman kanak2..entah siap yg terhibur pun tak  tahu la..
Quote KamikuP 23-4-2024 02:10 PM
Rizman berlakon jadi hantu takde muka dalam Syif Malam mmg sacry yaach.. Mohon mintak bayaran lebih yaach
Quote cikatilia 23-4-2024 03:18 PM
prizadane replied at 23-4-2024 10:36 AM
Owh ya. At least Riezman ni pelakon versatile la jugak. Boleh bawa watak serious, watak kelakar.

...

seriousla aku xboleh brain menggelupur si azlee tu RM500 sehari

kalau kerja seminggu RM500 dah berapa ribu... tulah gaya hidup tu mewah2 tup2 menggelupur nak bayar komitmen yg mahal2 tu
kereta vellfire xkan rumah xde aircond dok?? mesti bill pon ribu2.

Quote cikatilia 23-4-2024 03:20 PM

ye weh
jarang dia tak bawak watak yg normal serious..
nak gak selit2 watak mcm terkinja2
time muda2 ok la.. dah tua2 ni penat nengoknya

sama aje plak tu gaya terencat tu

Quote kmbg 23-4-2024 03:24 PM
Azlee berlakon pun jadi biol2 juling sana sini sesuai la payment serupa itu.. hang ingat hang Brad Pitt kah nk demand tingi beno
Quote Orix 23-4-2024 03:28 PM
aiyo korg pun jgan la compare gaji pelakon dgn gaji marhaen yg makan gaji... lain la rizman kalau ni pelakon bbnu x ada nama...
Quote hokeypokey 23-4-2024 03:53 PM
cian abang man

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.052000 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top