CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nasihat Saya Tak Payah Lah Kahwin Dua", Datuk Red Nasihat Para Suami

23-4-2024 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3926| Komen: 6

Description: Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan suami kepada penyanyi hebat, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red memberi pesanan kepada para suami.


Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan suami kepada penyanyi hebat, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red memberi pesanan kepada para suami.

Jangan kahwin dua

Dalam video tersebut, Datuk Red ketika menghadirkan diri sebagai tetamu di stesen radio Zayyan menasihati para suami untuk tidak berpoligami.

Katanya, berdasarkan pengalaman mempunyai dua isteri, dia merasakan para suami hanya perlukan satu isteri saja.


"Nasihat saya tak payah lah (kahwin dua). Apa kurangnya dia (isteri), ubahlah sendiri. Apa yang rosak, kita perbaiki saja lah."

Dalam pada itu, Datuk Red berkata untuk menguruskan hal rumah tangga dengan mempunyai dua isteri bukanlah satu perkara yang mudah.


"Saya sebagai ahli perniagaan, ibaratnya biar lah kita uruskan 10 syarikat."

Sekadar info, Datuk Red sudah bernikah sebanyak tiga kali, di mana isteri pertama diceraikan selepas tidak lama kemudian mendirikan rumah tangga bersama Datin Red.

Manakala, Adira Suhaimi pula dijadikan isteri pada tahun 2015, di mana mereka bernikah di Songkla, Thailand.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 24-4-2024 12:23 PM
dah menyesal ke bini ramai?
Quote vanillaninja 24-4-2024 12:26 PM
Heols ni bukan bini je ramai kan. Anak pun bersusun. Anyway theyols dah tak jadi cerai ke? Both wives pun?
Quote pinkzara 24-4-2024 12:37 PM
vanillaninja replied at 24-4-2024 12:26 PM
Heols ni bukan bini je ramai kan. Anak pun bersusun. Anyway theyols dah tak jadi cerai ke? Both wive ...

Kalau dua-dua tak mohon cerai, mesti DR masih tak berubah.
Asbab mohon cerai kot yg buat DR nak berubah ni.
Quote ihtisyam1 24-4-2024 02:23 PM
Dah bercerai kan
Quote mizzmimi 24-4-2024 02:25 PM
Patutnya engko tu duduk depan cermin nasihatkan diri sendiri.. apooo
Quote ice98 24-4-2024 02:35 PM
dulu kemain berlagak kau ek! nikmat dah ditarik perlahan2 baru nak menyesal. sah dah bercerai arini...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.038340 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top