CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada lagi Dr. Azra, Ellie restui hubungan Azri Iskandar dengan usahawan

23-4-2024 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10113| Komen: 35

Description: Merestui hubungan bekas suami dengan kekasih baharunya, pelakon Ellie Suriaty memuji keperibadian baik usahawan yang dikenali sebagai Datuk Noora Kay.

Merestui hubungan bekas suami dengan kekasih baharunya, pelakon Ellie Suriaty memuji keperibadian baik usahawan yang dikenali sebagai Datuk Noora Kay.

Ujar Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 54, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kalian berdua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

“Awak sangat cantik luar dan dalam Datuk Noora Kay. Saya tumpang gembira Azri Iskandar,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Dalam hantaran tersebut pengarah filem Penanggal itu berkongsi beberapa foto bersama ahli perniagaan berkenaan serta anak-anak menikmati makan malam di sebuah hotel.

Menerusi perkongsian lain pula kelihatan produser, Datuk Ayu Puteh turut menyertai pasangan berkenaan serta Ellie menjamu selera.

Begitupun, identiti mahupun latar belakang wanita berstatus ibu tunggal itu tidak diperincikan dengan lebih mendalam.


Daripada carian, Noora menjalankan perniagaan butik serta mesin dobi layan diri yang turut dibuka di Brunei.

Sementara itu, Noora pula meluahkan rasa syukur atas perjumpaan keluarga yang disifatkan mengukuhkan lagi silaturahim.

“Mengeratkan ikatan kekeluargaan kami semalam. Kerana Allah Ta’ala. Sesungguhnya kami hanya bergantung hanya padaMu Yarob. Permudahkan segalanya.

“Terima kasih kepada Kak Ell (Ellie) dan kawan baik saya, Datuk Ayu. Saya sayangkan anda berdua hingga ke syurga Allah SWT,” ujarnya.

Sebelum bersama Noora, Azri, 56, mendedahkan sudah bertunang dengan wanita bernama Dr. Azra Diera di Perlis, pada Jun tahun lalu.

Namun dia dianggap tidak siuman disebabkan enggan menunjukkan wajah tunangnya itu sejak mereka bergelar kekasih.

Malah sekitar Oktober 2023, pelakon Sheriff itu menyatakan hubungan dengan Dr. Azra semakin renggang.

Ellie dan Azri bercerai pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun berumah tangga dan perkahwinan mereka dikurniakan dua anak iaitu Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 14. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nyoyoyenye 23-4-2024 11:18 PM
kesian dr azra the legend ikan keli
Quote jalfa 23-4-2024 11:18 PM
Tahinah......tak dapat doktor tak pe...dapat dato.....datin jeri guna ilmu apa....semua doktor datok sangkut kat dia
Quote slyfynx 24-4-2024 12:03 AM
Sampai skrg, bile kuar cite kekasih bayangan ni, aku teringat IMAN, model dari LONDON
Quote Daftpunk_shine 24-4-2024 12:11 AM
slyfynx replied at 24-4-2024 12:03 AM
Sampai skrg, bile kuar cite kekasih bayangan ni, aku teringat IMAN, model dari LONDON

Yg ni yg dgn Pekin tu kan..hahaha
Quote kerani_je 24-4-2024 12:32 AM
Akhirnye ke kuburan doc azra..kihkih..Senang jeri coverline trus dapat gf baru..Dato' plak tu..Bisnes ape dato' ni..mmg kaya benar ke..untung lerr jeri..Guna ayat ape entah bersusun perempuan nak..Ellie tu mmg sibuk yeinterframe puji melambung nau ke gf baru ex laki..Ke pasai dato' tu orka vip ko pun nk tumpang reta die?
Quote kerani_je 24-4-2024 12:34 AM
jalfa replied at 23-4-2024 11:18 PM
Tahinah......tak dapat doktor tak pe...dapat dato.....datin jeri guna ilmu apa....semua doktor datok ...

Dato' betol ke? Ada sesape boleh cek n sahkn? Jgn dato' beli sudah..X pe asalkn kaya raya bussinesswoman berjaya..masyuk la dak jeri..x pyh berlakin dah pas ni..tulung bini manage biz je la..biz megah holding projek juta juta..
Quote pocongkiutss 24-4-2024 12:46 AM
Fuhh..termakbul hajat jeri nak jadi datin!!!!
Quote silampumeja 24-4-2024 12:57 AM
Tangkap yg dpt bela dia ekk.. mcm dulu dato nora kay ni popular buat product kan
Quote oggy 24-4-2024 01:19 AM
kerani_je replied at 24-4-2024 12:32 AM
Akhirnye ke kuburan doc azra..kihkih..Senang jeri coverline trus dapat gf baru..Dato' plak tu..Bisne ...

Bukan apa la, aku speku dia lega sikit kot kalau dah ada orang lain jaga ex dia tu. Kalau tak, masih SOS mintak tolong ngan dia kan.
Quote pocongkiutss 24-4-2024 01:36 AM
oggy replied at 24-4-2024 01:19 AM
Bukan apa la, aku speku dia lega sikit kot kalau dah ada orang lain jaga ex dia tu. Kalau tak, mas ...

Ada logiknya tu

Tp cam kelakar la..selalu lelaki la yg akan fikir camtu..ni ex wife pulak nak kena fikir kebajikan ex laki
Quote Goodluckdontcry 24-4-2024 01:45 AM
Muka datuk Nora ni mcm sorg akak yg meniaga jersey jenama Qayraa dekat shopee live...tokojut den...opocot mak ko ijau.. kehkehkeh
Quote Binodino 24-4-2024 05:10 AM
Alhamdulillah pak jeri berjaya diselamatkan.
Johan sehari mudah2an dengan real person la ye
Quote hokeypokey 24-4-2024 05:37 AM
besarnya badan datuk ni
Quote sayurmayur88 24-4-2024 07:28 AM
"dato seri dr" azra is the legend catfish haha..
tahniah la bang azri , semoga semuanya baik2 shj..
Quote bedahmenjuyah 24-4-2024 07:32 AM
kerani_je replied at 24-4-2024 12:34 AM
Dato' betol ke? Ada sesape boleh cek n sahkn? Jgn dato' beli sudah..X pe asalkn kaya raya bussines ...

Hehe lesen renew lama sikit ya uncle jeri.
Quote bedahmenjuyah 24-4-2024 07:33 AM
oggy replied at 24-4-2024 01:19 AM
Bukan apa la, aku speku dia lega sikit kot kalau dah ada orang lain jaga ex dia tu. Kalau tak, mas ...

Make sense. Nak biar pun bapak k0d anak2 dia. Mmg dunia ni dah terbalik nampaknya.
Quote missHaidiD 24-4-2024 07:35 AM
Datin jeri yg cm tak mndi setiap hari pun ada dato nak okeh

Jera hnya tinggal kenangan smlm

Aku rasa jeri mesti suka elie buat posting ni. Salah 1 sebab nk tnjuk kt jera ikan keli
Quote cap_ayam 24-4-2024 08:02 AM
pocongkiutss replied at 24-4-2024 01:36 AM
Ada logiknya tu

Tp cam kelakar la..selalu lelaki la yg akan fikir camtu..ni ex wife pulak nak ken ...

Memang kelakar
Quote anilanil 24-4-2024 08:09 AM
Syukur acik jeri tak perlu menabung lagi utk belanja kahwin & road tax kereta.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050909 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top