..Tradisi Bangunkan Sahur...
Edited by seribulan at 14-3-2024 09:41 AMKakak saya rajin buat panggilan WA kejutkan keluarga...
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bsahur_1681529264.jpgAmalan bangunkan sahur dengan memukul rebana atau sebagainya semakin dilupakan. - NSTP/Arkib
https://www.bharian.com.my/hujun ... -juadah-makin-luput
Tradisi bangunkan sahur makin pupus Mohd Rosli berkata, satu lagi tradisi yang Seni bangunkan sahur patut diteruskanMohd Rosli berkata, apabila zaman silih berganti peralatan lain seperti kompang digunakan bagi mengingatkan penduduk untuk bersahur apatah lagi kampung yang tidak ada alat komunikasi seperti radio dan televisyen yang menjadi medium mendengar waktu.
Kreativiti juga semakin berubah apabila ada dalam penduduk menggunakan baldi atau tin dan dijadikan irama memanggil masyarakat dengan alunan perkataan sahur, sahur secara berulang."Ada juga yang menyanyi lagu berunsur nasihat dan ketika itu sama ada golongan muda atau tua, mereka beramai-ramai mengelilingi kampung mengejutkan orang untuk bersahur.
"Selain berjalan kaki jika kampung kecil, mereka akan menunggang motosikal beramai-ramai, malah ada menaiki lori sambil ketukan alat muzik, hon kenderaan untuk mengejutkan penduduk."Masyarakat setempat menganggap kegiatan seperti memeriahkan Ramadan dan tradisi ini dilihat sudah semakin pupus disebabkan tidak ada lagi orang yang mahu berbuat demikian berkemungkinan dengan kepesatan teknologi yang memudahkan manusia bangun sendiri.
"Budaya mengejutkan penduduk bersahur sangat berseni, indah dan wajar diteruskan kerana banyak nilai-nilai murni berkaitan masyarakat antaranya dapat menyatu padu komuniti terutama anak muda," katanya.
wowww. saya baru tau ade tradisi bangunkan sahur nie. bestnya. mst havoc giler dulu time puasa kn.
skrg sume berpandukan alarm kt hp je la. tak penah ada tradisi ni kt kpg aku. tp yg tradisi yg ada smpai skrg, sbb aku sorg je duk di perantauan, salah sorg family members aku akan call kejut aku utk bgn sahur, biasanya adik pompuan aku tp kdg mak aku (klu adik aku yg tu cuti posa) atau kdg ayah aku. yg pasti, mmg akan call walaupun sbnrnya aku dah bgn sendiri. kdg aku bgn awal dari call time dorg, aku wasep je ckp aku dah bgn, jd xyah call kat area taman perumahan iolskat shah alam nie, ada satu surau tue buat 2 kali panggilan azan.. azan pertama sejam sebelum subuh..leh consider as kejutan sahur la tue.. pastu azan kedua is utk menandakan dh masuk waktu subuh
in a way bagus juga diaorg buat mcm nie, secara tak langsung menghidupkan kembali nostalgi kejut sahur nie :loveliness: @seribulan
Kalau ada tradisi ini dekat halaman rumah saya, dah confirm kena sound and kacau bangsa lain nak tidur. Tak elok. Kita duduk berbilang kaum. Kt bandar x leh buat mcm ni. Marah jiran² non muslim kt sebelah.
Femes kt negara jiran je ni Edited by KakRumiMenari at 19-6-2024 04:57 PM
Dulu masa 90an ada la kwn2 kampung buat.. time tu katanya nak hidupkan budaya org dulu2.. rasanya mcm bertahan 2 tahun je.. lps tu x buat lagi.. xtau kenapa.. tu kwsn kmpung islam, kalau buat kt bandar sure ganggu non muslim.. X ada gambar.. tapi memang x boleh lupa pakcik kantin asrama tiap2 hari bunyikan hon motor depan aspuri kejutkan kami bangun sahur..masa tu warden asrama pun selalu terbabas tido x bunyikan siren
Pages:
[1]