CARI-HBZ Publish time 29-4-2024 10:55 PM

Mimi Lana Minta Syafiq Kyle Selit Doa Di Makkah, Serah Soal Jodoh Pada Allah – ‘Saya Follow With The Flow’

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/225424qmijpf8f1tde3t4i.png



Meskipun hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak diteruskan, namun pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle dilihat masih mempunyai perhubungan yang baik.


Ketika ditemui OhBulan! Mimi atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin berkongsi bahawa dia ada mengirim doa kepada Syafiq semasa aktor itu berada di Makkah untuk mengerjakan umrah baru-baru ini.


"Alhamdulillah, saya pun ada cakap dekat dia untuk doakan saya."


Bagaimanapun, Mimi memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut berkenaan status hubungan mereka dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.


"Saya tak nak cakaplah tentang perkara ini. Kalau asyik cakap berulang-ulang nanti orang akan kata saya cakap benda yang sama, jadi tak seronok.


"Tapi apa yang boleh saya katakan adalah ini semua kerja tuhan. Saya follow with the flow."


Mimi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Framed di Dadi Cinema, Pavillion pada Jumaat lalu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/225451amwf7w2whtsxlwfs.png



Memegang watak sebagai seorang wartawan yang perlu menguraikan masalah keluarga, aktres berusia 29 tahun itu berkata dia harus bermain dengan emosi yang mendalam kerana tidak pernah mengalami situasi tegang di dalam keluarganya.


"Saya datang daripada keluarga yang tidak pernah lalui pengalaman seperti itu jadi untuk masukkan roh ke dalam watak ini saya perlu menjadi seorang yang sangat intense."


"Saya juga tak ada masalah bekerja dengan pengarah (Sein Qudsi) walaupun dia keep pushing. Tapi saya suka dan saya enjoy sebab saya memerlukan tunjuk ajar seperti itu."


Dalam pada itu, Mimi memaklumkan bahawa dia juga ada mengambil guru lakonan untuk membantunya di set penggambaran.


"Saya ambil acting coach untuk saya mendalami lagi tentang watak ini sebab saya tak banyak tengok rujukan. Kalau boleh saya nak watak ini organik dan tidak meniru mana-mana karakter."


Drama bersiri Framed yang berkisarkan tentang jenayah dan pencemaran alam sekitar tersebut turut membariskan nama-nama besar di dalam industri antaranya Meerqeen, Zamarul Hisham, Rusdi Ramli, Nam Ron, Khir Rahman, Ka Hoe, Riz Amin, Vanida Imran dan ramai lagi.


Terdahulu, majlis pernikahan pasangan pelakon ini yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023 telah pun dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.


Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta selepas lima tahun menjalinkan hubungan namun hati mereka kembali bertaut setelah berkongsi foto majlis pertunangan di media sosial masing-masing sekitar Januari tahun lalu.


Sumber : OhBulan

bintangct Publish time 30-4-2024 12:43 AM

mcm muka anzalna pulak
mimi ni nama mcm dh sendu balik sb xde drama or film yg lonjak nama dia

BoongaKertas Publish time 30-4-2024 07:35 AM

ala mimi, xyahlah capik blkg ciked ni. iols xtau nape kat mata meols he mcm ada red flag.

zuriey Publish time 30-4-2024 07:48 AM

Jijikz la ko ni
Nak kutip balik si capik tu ke
Ko tu boleh dpt vvip nyah
Capik tak de masa depan lah

vanillaninja Publish time 30-4-2024 08:14 AM

Sheols ni lawa betul di mata I. Dah la tinggi lampai. Move on je la Mimi, you deserve better kekdahnya.

nanasno Publish time 30-4-2024 11:02 AM

walaupun iols suka betui sapik tu tapi mimi u deserve better mimi. cari la jerung kaya macam intan najuwa

mizruncing Publish time 30-4-2024 11:04 AM

bab ni boring.. nextttt :bye:

Incanto Publish time 30-4-2024 11:09 AM



rugi je Allah bagi rupa lawa, tinggi lampai kalau tak pandai move on

namieamuro Publish time 30-4-2024 12:06 PM

pegi carik org lain jelah mimi. kalau die nak kan kau, lame dh korg bgelar laki bini. ni main tarik tali. sudah2 ler mimi weh

iols stuju cadangan porumer. carik jelah laki poket tebal mcm intan najwa tu.

watachiwa Publish time 30-4-2024 12:11 PM

diorg kensel nikah aritu sebab ape?
sis mmgxbkenan kat sapik ni.

mohon move on mimilana n carik org lain

Cleocatra Publish time 30-4-2024 02:13 PM

Kita suruh mimi cari lain, tapi cinta mimi hanya pada sapik. Kau kunci cintaku dalam hati mu gitu…

Maroon_nerds Publish time 30-4-2024 02:35 PM

Kan. cari lain je la mimi. Ko pun cantik. Skrg ni pun dah masuk circle vvip dah gang ngan akak faz & permaisuri selangor. Senang je ngan wajah ko ni, ko nak sauk vvip. Sedangkan syamimyg tak glemer dulu pun boleh kawen ngan kerabat.

kira_makokao Publish time 30-4-2024 03:42 PM

Maroon_nerds replied at 30-4-2024 02:35 PM
Kan. cari lain je la mimi. Ko pun cantik. Skrg ni pun dah masuk circle vvip dah gang ngan akak faz & ...

Makcik! Syamim itu package lengkap, makcik!
Sejurus Juliana! Bukan karena you famous
atau tidak!

wxyz_abc Publish time 30-4-2024 03:50 PM

Siapa PA die ni? Ada event raya bersama permaisuri selangor, tapi die ni pakai baju nampak ketiak. Kau ni tak sekolah ke? Tade adab ke? Kemain turn off comment. Tahu pulak kau malu

MINNIElove Publish time 30-4-2024 03:55 PM

capik skrg tgh mendunia, berderet filem nk keluar. baiklah fokus dkt kerjaya

heythere123 Publish time 30-4-2024 05:20 PM

mimi capik jangan2 nak jadi bamwemy 2.0

putus sambung putus sambung

doubleA Publish time 30-4-2024 06:11 PM

Tak habis2 lagi ke deme ni, dah nak expired pun dua2 belum habis drag masa :lol:

pocongkiutss Publish time 30-4-2024 06:22 PM

wxyz_abc replied at 30-4-2024 03:50 PM
Siapa PA die ni? Ada event raya bersama permaisuri selangor, tapi die ni pakai baju nampak ketiak. K ...

Bukan iman tang ke PA dia

lolipopmanish Publish time 30-4-2024 06:50 PM

Carik lain lah lama sangat menunggu tuuuuu

Carcosa Publish time 30-4-2024 10:56 PM

Skrg ko dah sendu balik Mimi, si Capek plk tgh mendonia dgn filem boDOH dia dkt Netpelik tu, lagi ada filem nak keluar kan?
Laaaaagi lah ko ni di ayam2 kan aje, Mimi oiiiii.. Udah2 la tuuuu. Cari lah yg kayaraya. Bukan tua. Kalau si Erin Malik yg agak suam suam air suam tu pun boleh sauk orgkaya, takkan kau tak boleh.
Pages: [1] 2 3
View full version: Mimi Lana Minta Syafiq Kyle Selit Doa Di Makkah, Serah Soal Jodoh Pada Allah – ‘Saya Follow With The Flow’


ADVERTISEMENT