mattzzx Publish time 4-5-2024 04:48 PM

Buruh kampung maut dihempap pokok getah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/05/hempap.jpeg
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring selepas dihempap pokok getah di Kampung Pangkal Danan, Pasir Mas kelmarin. FOTO IHSAN PENDUDUK

PASIR MAS – Seorang buruh kampung maut selepas dihempap sebatang pokok getah ketika sedang menebang pokok tersebut di Kampung Pangkal Danan, di sini kelmarin.

Mangsa, Mohd. Razali Mohamad, 58, ditemui sudah meninggal dunia oleh rakannya yang tiba di lokasi kejadian selepas mendapati bunyi enjin gergaji pokok digunakan lelaki itu tidak berhenti kira-kira pukul 11 pagi.

Kakak mangsa, Fatimah Ali, 75, berkata, Mohd. Razali keluar dari rumah ibunya kira-kira pukul 7.30 pagi untuk menebang pokok getah berhampiran kubur selepas menikmati sarapan pagi.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian menimpa mangsa selepas dimaklumkan oleh bapa saudaranya, Umar Awang Hamat, 78, yang tiba awal di lokasi kejadian.

“Bapa saudara saya terkejut melihat Mohd. Razali dalam keadaan mengiring dengan berlumuran darah pada kepalanya.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dihempap pokok getah yang ditebangnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkal Danan, di sini hari ini.

Zainab memberitahu, mangsa kebiasaannya melakukan kerja menebang pokok bersama rakannya, namun dia dilihat keluar seorang diri sejak dua hari sebelum kejadian.

Katanya, difahamkan, pokok getah itu menghempap kepala adiknya ketika mangsa menarik pokok tersebut selepas ditebang. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05/04/buruh-kampung-maut-dihempap-pokok-getah/
Pages: [1]
View full version: Buruh kampung maut dihempap pokok getah


ADVERTISEMENT