EJALTI Publish time 6-5-2024 12:00 PM

Langkah Badan Peguam cabar ‘pengampunan’ Najib persoal kuasa Agong, kata peguam

Langkah Badan Peguam cabar ‘pengampunan’ Najib persoal kuasa Agong, kata peguam

https://www.freemalaysiatoday.co ... -agong-kata-peguam/

FMT Reporters
06 May 2024, 11:40 AM

https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F03%2Ff470a5a5-malaysian-bar-fmt-270324.webp&w=2048&q=75
Badan Peguam telah memohon semakan kehakiman mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan meringankan hukuman penjara dan mengurangkan denda bekas perdana menteri Najib Razak.

Shamsher Singh Thind turut mengkritik permintaan injunksi terhadap permohonan pengampunan selanjutnya daripada Najib Razak.

PETALING JAYA: Seorang peguam mengkritik langkah Badan Peguam memfailkan semakan kehakiman mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan meringankan hukuman penjara Najib Razak dan mengurangkan dendanya, kerana menurutnya, ia secara tidak langsung mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengurniakan pengampunan.

Menyifatkan permohonan itu sebagai “kurang cerdik”, Shamsher Singh Thind berkata, kuasa pengampunan terletak pada Agong, bukan Lembaga Pengampunan, walaupun dari segi amalannya, baginda terikat untuk mengikuti nasihat lembaga itu.

“Jadi, jika anda tidak puas hati dengan pengampunan (walaupun separuh) yang diberikan kepada Najib Razak, (bermaksud) anda tidak puas hati dengan kuasa yang dilaksanakan oleh Agong.

“Hakikat bahawa (anda tidak) berkata demikian tidak mengubah apa-apa. Anda masih mempersoalkan Agong,” katanya dalam catatan di Facebook.

Tambahnya, cadangan semakan kehakiman itu kurang mendapat penyertaan oleh para peguam, kerana “22,146 peguam malah tidak hadir mengundi” walaupun 238 peguam menyokong permohonan itu dengan hanya seorang membangkang.

Dalam permohonan yang difailkan oleh peguam cara Tetuan Amir & Rajpal Ghai di Mahkamah Tinggi pada 26 April, Badan Peguam, yang mewakili puluhan ribu peguam di Semenanjung Malaysia, memohon deklarasi bahawa keputusan kolektif lembaga itu menyalahi undang-undang, bercanggah dengan perlembagaan dan tidak sah.

Badan itu turut memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan lembaga itu.

Pada 2 Feb, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan keputusan memendekkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, dan mengurangkan dendanya daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib, 70, kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dan akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Badan Peguam juga memohon injunksi kekal menghalang Najib atau ejennya daripada mengemukakan sebarang permohonan pengampunan atau penangguhan hukuman kepada lembaga itu sehingga semua tuduhan jenayah terhadapnya selesai.

Menyelar permohonan injunksi tersebut, Shamser berkata, perkara berkaitan dengan proses pengampunan tidak boleh diadili dan mahkamah harus mengelak daripada campur tangan.

“Tugas peguam adalah untuk membela orang yang dituduh di mahkamah, bukan untuk menyebabkan mereka mendapat sabitan dan hukuman.

“Apa yang dilakukan oleh Badan Peguam itu bertentangan dengan kepentingan peguam,” katanya.

Beliau juga bertanya mengapa Badan Peguam “menjalankan tugas peguam negara”, yang menganggotai Lembaga Pengampunan.

“Jika peguam negara setuju Najib diberikan pengampunan (atau separuh daripadanya), mengapa Badan Peguam pula seperti cacing kepanasan?” soalnya.

B40tastePosh Publish time 7-5-2024 10:00 AM

Edited by B40tastePosh at 7-5-2024 10:22 AM

Serius ly memamg tak puas hati sebab pengampunan Najib akan beri kesan kepada pelabur asing dan ekonomi negara.

Najib ni dah lebih kurang George Soros, pengganas ekonomi.

Bawa keluar sovereign wealth fund ke US untuk diratah....DIRATAH....sebab tu Hakim sebut National Embarrassment

Duit KEDAULATAN KEKAYAAN NEGARA kalau direct translate ke Bahasa Melayu.

Decaffeinated Publish time 7-5-2024 01:54 PM

But is it constitutional? Kalau legit, let it be lah.

laksmanabentan Publish time 7-5-2024 02:50 PM

Raja sebelum ini da approved kann......

green~tea Publish time 7-5-2024 09:35 PM

Oh.. bar council ada function rupanya...

otai_g Publish time 8-5-2024 08:01 AM

Bar council 47 Kes zh x berkutik plk. Apo bondo

clueless_gamer Publish time 8-5-2024 08:12 AM

otai_g replied at 8-5-2024 08:01 AM
Bar council 47 Kes zh x berkutik plk. Apo bondo

betul tu

dekat situ dah boleh nampak dia side dekat siapa sebenarnya.. :lol:


double standard + hipokrit

Babai Publish time 8-5-2024 01:57 PM

otai_g replied at 8-5-2024 08:01 AM
Bar council 47 Kes zh x berkutik plk. Apo bondo

Kau pun kan tau barua council tu penyokong mana.
Pages: [1]
View full version: Langkah Badan Peguam cabar ‘pengampunan’ Najib persoal kuasa Agong, kata peguam


ADVERTISEMENT