CARI-MAL Publish time 8-5-2024 12:15 AM

Empat kawasan di Kelantan rekod cuaca panas tahap dua

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/08/001503pj7yih2g2ta742ah.png





KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan empat kawasan di Kelantan hari ini merekodkan status cuaca panas tahap dua atau gelombang haba.


Agensi itu dalam kenyataan hari ini, berkata kawasan yang terjejas itu adalah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang


Katanya, cuaca panas tahap dua dikeluarkan bagi suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 selsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.


Selain itu, rekod bacaan yang dikemas kini setakat jam 4.30 petang hari ini turut menunjukkan 11 kawasan di Semenanjung mencatatkan status cuaca panas tahap satu.


"Ia termasuk Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak; Jeli, Pasir Puteh dan Kota Bharu di Kelantan; Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Setiu) dan Raub, Rompin dan Temerloh di Pahang.


"Di Sabah pula, hanya Kota Marudu merekodkan status cuaca panas tahap satu.


"Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 selsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut," menurut kenyataan itu.


Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/


Sumber : Berita Harian

jejai Publish time 8-5-2024 11:59 AM

minggu depan nak outstation ke kelantan harap dah ok lah cuaca

Faareasd Publish time 8-5-2024 05:47 PM

I've been exploring the world of online betting and it's quite the ride! One thing I've noticed is how crucial a user-friendly interface is. It can really make or break your experience. During my exploration, I stumbled upon a site that perfectly fits the bill. It's easy to navigate and I feel in control - every option is just a click away. It's the kind of platform where everything feels smooth and intuitive. One thing I appreciate is their customer support. They're always there when you need them. They have this wide range of betting options as well. It caters to different preferences and I find that really impressive. Definitely worth a look if you're into online betting. Oh, and another site that caught my attention is https://skycrowncasino.vip/ - the experience there is just as outstanding!

kitaserupaaa Publish time 8-5-2024 07:14 PM

Aku baru balik dari gua musang 2 hari lepas. Mmg panas bahang. Agaknya sebab majoriti pokok2 area lojing - gua musang dah ditebang. Tinggal bukit & gng yg gondol

sharlenetexas Publish time 8-5-2024 09:06 PM

Salahkan musang king?

Extreme weather is real


juboqhang Publish time 14-5-2024 12:16 AM

tarah lah lagi hutan
Pages: [1]
View full version: Empat kawasan di Kelantan rekod cuaca panas tahap dua


ADVERTISEMENT