CARI-HBZ Publish time 28-1-2025 11:32 AM

Peniaga Lain Ciplak Sate Bhalut, Mark Adam Anggap Rezeki Hanya Pinjaman

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202501/28/113227vz993m419igqw07x.png




Idea sate bhalut yang diusahakannya ditiru, penyanyi Mark Adam bagaimanapun tidak melenting sebaliknya menganggap bahawa semua benda di dunia ini adalah pinjaman.


Menjawab pertanyaan netizen mengenai sebuah restoran menjual produk akan seperti sate bhalut, Mark berkata meskipun konsep resepi diambil namun rasanya berbeza.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202501/28/113241x58iep5p51p98t9i.png




“Ya saya nampak, tak ada masalah rezeki masing-masing. Semua benda dalam dunia adalah pinjaman bukan milik kita. Idea boleh ditiru tapi rasa dan kasih sayang akan berbeza,” tulisnya.


Sementara itu, Mark turut menulis kapsyen ringkas pada perkongsian berkenaan agar dimurahkan rezeki buat peniaga-peniaga di luar sana.


Terdahulu, perniagaan Mark dikecam netizen kerana harga sate bhalut didakwa dijual dengan kadar harga yang agak mahal dan dikatakan tidak berbaloi.


Bagaimanapun, Mark menjelaskan harga yang dikenakan adalah munasabah selepas mengambil kira kos penjualan termasuk bahan mentah dan sewa tapak jualan.


Sumber– mStar, Rotikaya

dua_chzy Publish time 28-1-2025 11:35 AM

Punya poyo kan. PUNYA LA POYO MACAM LA ORIGINAL IDEA DARI KAU!

pauliza Publish time 28-1-2025 01:09 PM

Haji Samuri dh bertahun jualsate balut kulit popia ni dgn harga marhaen :D

B40tastePosh Publish time 28-1-2025 01:15 PM

dua_chzy replied at 28-1-2025 11:35 AM
Punya poyo kan. PUNYA LA POYO MACAM LA ORIGINAL IDEA DARI KAU!

Pinoy Sabah memang camtu ke

dua_chzy Publish time 28-1-2025 01:19 PM

B40tastePosh replied at 28-1-2025 05:15 AM
Pinoy Sabah memang camtu ke

Dia takda ngaku Sabahan ok.

LadyCarefree Publish time 28-1-2025 01:21 PM

pauliza replied at 28-1-2025 12:09 PM
Haji Samuri dh bertahun jualsate balut kulit popia ni dgn harga marhaen

Tolonglah sesiapa komen balik kat mana acikbengap tu komen?

B40tastePosh Publish time 28-1-2025 02:12 PM

dua_chzy replied at 28-1-2025 01:19 PM
Dia takda ngaku Sabahan ok.

Sabahan makan Tulur Balut tak?

pauliza Publish time 28-1-2025 02:16 PM

LadyCarefree replied at 28-1-2025 01:21 PM
Tolonglah sesiapa komen balik kat mana acikbengap tu komen?

Tgk style post mcm kat IG mark

LipasComel Publish time 28-1-2025 02:18 PM

iols tengok komen dkt tiktok ada yg bgtau mark adam punya sate lagi sedap drpd pmatwestern punya. sapa penah try, ce review sikit

kucingitam Publish time 28-1-2025 03:49 PM

bhalut ni bukan telur itik yang ada fetus tu ke?

gorjeous Publish time 28-1-2025 03:52 PM

pauliza replied at 28-1-2025 01:09 PM
Haji Samuri dh bertahun jualsate balut kulit popia ni dgn harga marhaen

Ooo.. ye kee.

Aribaariba Publish time 28-1-2025 04:19 PM

Klu x register R tu, ckp apa pun taraguna. Redhokan je le

annehuda Publish time 28-1-2025 04:26 PM

knp sentuh nama pakmat western jah? ka memasing takmo ngaku tiru dari satay kajang haji samuri sbnrnye

orkid_amani Publish time 28-1-2025 06:49 PM

Edited by orkid_amani at 28-1-2025 06:53 PM

https://vt.tiktok.com/ZS6WVfuqB/
Setakat ni retis yg meniaga aii approved harga yahudi ni si budak raysa tuu.popia beef mc cheese dia besaq penampaq 3ketoi RM25 mmg puas hati makan popia penuh ini daging selambak besaq.

JahLupa Publish time 28-1-2025 07:11 PM

Haji samuri jual kemain murah bang. Baik aku beli situ.

hunters Publish time 28-1-2025 07:31 PM

Dlm dunia masakan xda tiru2 ni...cokes dgn pepsi beza sipi2 ja ingredients
Lekat #doneclaim indon plak pinoy ni

babynina30 Publish time 29-1-2025 11:58 AM

orkid_amani:Edited by orkid_amani at 28-1 ...

sheols walau x sekolah , omaknya ngambik peluang jual rega yahoods . Kalau sodap baguih. Nmpk iklas gebus gebas fillingnya penuh segantang

AWEKSAMURAI Publish time 29-1-2025 12:03 PM

pauliza replied at 28-1-2025 01:09 PM
Haji Samuri dh bertahun jualsate balut kulit popia ni dgn harga marhaen

Entah nya aku tiap minggu beli dh bertahun murah pun murah weh

chinta89 Publish time 4-2-2025 11:33 AM

sbnrnya idea asal ape weh?

Depolo Publish time 30-1-2026 10:19 PM

Saya tahu ramai orang di Malaysia kerja sendiri atau ada pendapatan tak tetap, jadi isu dokumen selalu jadi masalah. Bila cari maklumat tentang pinjaman peribadi tanpa slip gaji , saya jumpa penerangan yang agak realistik. Mereka jelaskan alternatif yang boleh digunakan, proses semakan, dan apa yang biasanya dinilai. Tak janji benda luar logik, cuma fokus pada situasi sebenar rakyat tempatan. Itu yang buat saya rasa lebih selesa, sebab pendekatan dia nampak faham keadaan orang biasa dan bukan sekadar teori.
Pages: [1]
View full version: Peniaga Lain Ciplak Sate Bhalut, Mark Adam Anggap Rezeki Hanya Pinjaman


ADVERTISEMENT