Raline Publish time 11-4-2025 05:37 PM

Aisyah Aziz dah kahwin!



Aisyah Aziz selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsi media di Singapura iaitu Mediacorp Warna 942 menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook.

"Alhamdulillah, kini mereka bergelar suami dan isteri. Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada Aisyah dan suami.

"Semoga dapat membina keluarga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah, insya-Allah," tulis kenyataan tersebut.

https://www.instagram.com/p/C4Nh9SPJ5DW/?hl=en&img_index=1

Pasangan itu dilaporkan melangsungkan pernikahan di The Cove, Geylang Road di Singapura dengan disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut dikongsi Mediacorp Warna 942 berhubung perkahwinan pasangan berkenaan.

Pada Februari lalu, Aisyah berkongsi khabar gembira memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya dalam masa terdekat.

https://www.instagram.com/p/DAVT7Y2zdLN/?hl=en&img_index=1

Penyanyi lagu Bila Entah itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut dan memberitahu bakal suaminya bukanlah seorang penggiat seni.

Difahamkan, jejaka yang berjaya menambat hatinya itu ialah abang kepada seorang pendakwah selebriti yang juga suami kepada pengacara popular.

Sumber: mStar

Shayang Publish time 11-4-2025 06:01 PM

Kat fb harian metro sebut nama suami dia tu Dr

Shayang Publish time 11-4-2025 06:01 PM

Kat fb harian metro sebut nama suami dia tu Dr

OsHiN_hOnEy Publish time 11-4-2025 06:10 PM

oh jadi keluarga besar neelofa lar ni
wahhh! DR dia dpt kali ni
better dari si botak DJ
congrats aisyah

cicicumel Publish time 11-4-2025 06:18 PM

Untung Aisyah dapat jodoh yg baik2 (hopefully)

apedehal Publish time 11-4-2025 06:21 PM

Ohhh...biras dgn jahlop la ni..ptt muka lakinya familiar mcm pernah nmpak

alesandra Publish time 11-4-2025 06:42 PM

tahniah.ko jgn pelik2 nanti jadi ninja ecah.tutup aurat je udah k...

milafida Publish time 11-4-2025 06:54 PM

Abg pu riz ni dulu uia kawan my nephew

caca_eric Publish time 11-4-2025 07:04 PM

Edited by caca_eric at 11-4-2025 08:44 PM

milafida replied at 11-4-2025 06:54 PM
Abg pu riz ni dulu uia kawan my nephew

Abg dia dulu Univ kat Ireland
Amik medic
Last keja hospital serdang
Lama betul dia kawan dgn Aisyah..

lotionmilo Publish time 11-4-2025 07:11 PM

caca_eric replied at 11-4-2025 07:04 PM
Abg dia dulu Univ kat Ireland
Amik medic
Last keja hospital serdang pastu mcm berhenti


Sejak bila kawan dengan aisyah?

caca_eric Publish time 11-4-2025 07:27 PM

lotionmilo replied at 11-4-2025 07:11 PM
Sejak bila kawan dengan aisyah?

Dia grad 2016..
lepas tu ada gambar dia dgn Aisyah .. tp sbgai kwn biasa. 2017/18 mcm tu kot.. time dia HO kt JB

OsHiN_hOnEy Publish time 11-4-2025 07:31 PM

caca_eric replied at 11-4-2025 07:27 PM
Dia grad 2016..
lepas tu ada gambar dia dgn Aisyah .. tp sbgai kwn biasa. 2017/18 mcm tu kot.. ti ...

sebab aisyah couple dgn mamat botak singapore tu lama jugak
but lebih sepadan dgn yg ni
semoga samawa, pandai dia simpan percintaan kali ni
tinggi lar suami dia, because aisyah ni dgn shin, tinggi dia lagi sikit

Madel Publish time 11-4-2025 07:40 PM

Jahlop tersilap pilih calon:lol:
Patutnya tangkap abang bukan adik..abangnya Doctorr nkooo:laugh3:;P bukan PU:P

caca_eric Publish time 11-4-2025 07:50 PM

Madel replied at 11-4-2025 07:40 PM
Jahlop tersilap pilih calon
Patutnya tangkap abang bukan adik..abangnya Doctorr nkooo ...

Abg dia biasa2 je nok. Bukan kaya pun
Time tu pun keja gomen je.. bukannya alim
Lopak kan suka yg alim2 tahi kucing ;P

lotionmilo Publish time 11-4-2025 08:02 PM

OsHiN_hOnEy replied at 11-4-2025 07:31 PM
sebab aisyah couple dgn mamat botak singapore tu lama jugak
but lebih sepadan dgn yg ni
semoga sam ...

Fakkahfuzz tu ke?

OsHiN_hOnEy Publish time 11-4-2025 08:37 PM

lotionmilo replied at 11-4-2025 08:02 PM
Fakkahfuzz tu ke?

ha ah
or
Fadzri Rashid
but not bad ah, he has his own netflix release
lepas break dgn dia lar aisyah slowly changed
but eh his singaporen but amik SPM?

kechikchomel Publish time 11-4-2025 08:44 PM

caca_eric replied at 11-4-2025 07:04 PM
Abg dia dulu Univ kat Ireland
Amik medic
Last keja hospital serdang pastu mcm berhenti


Iolss gigih cari kat MMC tapi takde nama dia.
Pastu iolss jumpa ni. Rasanya dia.

https://www.linkedin.com/in/fakhruddin-amir-ismail-23a259220?originalSubdomain=my

caca_eric Publish time 11-4-2025 08:45 PM

kechikchomel replied at 11-4-2025 08:44 PM
Iolss gigih cari kat MMC tapi takde nama dia.
Pastu iolss jumpa ni. Rasanya dia.



Ada . Latest 2025. Tp kena ejaan nama penuh ;P

caca_eric Publish time 11-4-2025 08:47 PM

Edited by caca_eric at 11-4-2025 09:02 PM

lyshafull Publish time 11-4-2025 09:09 PM

Tahniah ecah dia ni buat hal dia je
Tapi peminat bellahh siap kutuk lagi
X faham aq org yg obses dengan bella nie
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Aisyah Aziz dah kahwin!


ADVERTISEMENT