terataiku Publish time 24-5-2025 03:01 PM

Mangsa buli kat ofis

Salam warga forum. Ni problem anak sedara perempuan saya. Anak sedara saya ni umur 28 thn dan thn lepas ditukarkan ke branch lain sebab naik pangkat. Dah 3 hari ambik cuti tak pergi kerja. Katanya takde mood. Takde semangat.Akhirnya dia buka mulut pasal situasi kat ofis dia. Kena buli dengan senior. Senior tu pulak asyik mengarah dia sedangkan bukan job skop dia pun. Katanya lagi, asyik kena marah, kena maki je kalau ada tersilap pada laporan. Sedangkan senior tu sama level je dari segi position. Lepas tu kalau orang lain tersilap cetak takde pulak dia nak bising. Katanya lagi, bukan dia seorang yang jadi mangsa buli, ada 2,3 orang lagi yang alami masalah yang sama. Tapi diorang tak berani nak melawan sebab senior tu lagi 3 tahun nak pencen..

Kalau dalam kes ni, apa yang perlu anak saudara saya buat? Buat laporan pada HR ke, atau surat layang ke, atau pergi ke mana2 agensi. Kesian stress dia nak mengadap situasi ni.

fms016 Publish time 26-5-2025 11:11 AM

dia main politik..lawan laa balik..kene plak ade lagi 2-3 yg kene..pakat2 je kasi dia tumbang..

bab komplen kat pihak berkuasa, rasanya politik mcm ni polis x layan..
kementerian pula tunggu dipaksa resign atau diberhentikan baru amik kes..

adila39 Publish time 26-5-2025 11:35 AM

Hantar komplenlah. Lagi 3 tahun pencen apa kaitan dgn kena maki hamun?

Gigihadidnt Publish time 7-6-2025 06:07 AM

Hantar complain dekat HR, ajak sekali dengan yang kena bully tu. Kalau tak layan jugak, hantar aduan ke JTK. Tapi kena ada bukti so senyap senyap la record ke document apa-apa

per706 Publish time 7-6-2025 03:29 PM

Tiap Kali dia buat hal. letak julap dlm air dia.biar dia igt dia kena ketulahan sbb buli org yg ade pendamping.



Huhuhuuu

ninja boy Publish time 8-6-2025 01:37 AM

Cctv pasang, viral pun boleh, jgn jadi doctor suicide taw
Pages: [1]
View full version: Mangsa buli kat ofis


ADVERTISEMENT