CARI-MAL Publish time 18-6-2025 02:46 PM

Pelakon Thailand, Prom Ratchapat Worrasarn terpalit kontroversi salah laku seksual, 10 wanita mengaku jadi mangsa

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202506/18/144601qha49fs3aa9m6mmg.png





PELAKON Thailand, Prom Ratchapat Worrasarn berdepan dakwaan salah laku seksual terhadap beberapa orang wanita termasuk remaja bawah umur.


Memetik laporan, Korea Boo, pelakon berusia 26 tahun itu didakwa memaksa wanita melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.


Tuduhan itu mula timbul apabila seorang wanita membuat kenyataan di aplikasi X yang mendakwa dirinya hamil hasil hubungan sulit dengan Prom.


Wanita yang enggan dikenali identitinya itu turut mendakwa Prom enggan bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungannya.


Malah Prom juga mendesak wanita berkenaan untuk menggugurkan kandungan


Disebabkan kenyataan tersebut kira-kira 10 lagi mangsa tampil menjadi mangsa pelakon itu dan mendedahkan Prom aktif melakukan perbuatan itu sejak 2021 lagi.


Susulan itu, pihak agensinya iaitu YWPB Official memandang serius mengenai dakwaan berkenaan sekali gus memaklumkan Prom tidak lagi berada di bawah jagaan mereka.


"Pihak kami dan Prom bersetuju untuk menamatkan kontraknya berkuat kuasa serta merta.


"Keputusan ini dibuat untuk memberinya masa dan ruang menangani situasi tersebut," katanya.


Prom juga mula kehilangan pengikut di Instagram apabila rata-rata peminat mula menyahikut di media sosial miliknya.


Namun sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada Prom berhubung dakwaan berkenaan.


Sumber : mStar

royaldanish Publish time 26-6-2025 01:52 PM

haih la
bersepah nak dapat amoy sana pun masih buat hal

Page88 Publish time 12-9-2025 07:57 PM

Another one bites the dust.

ZORRO5555 Publish time 3-1-2026 09:43 AM

Disgusting
Pages: [1]
View full version: Pelakon Thailand, Prom Ratchapat Worrasarn terpalit kontroversi salah laku seksual, 10 wanita mengaku jadi mangsa


ADVERTISEMENT