JoyahMengayah Publish time 5-7-2025 01:32 AM

"Menjoyah" sesama artis, industri hiburan kita semakin ketoksikan?

Edited by JoyahMengayah at 5-7-2025 12:12 PM

Dua aktres jelita tanah air, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Nur Fazura, mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat apabila kedua-duanya tampil menyuarakan pandangan jujur mengenai kemelut yang semakin membarah dalam industri hiburan tempatan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Sarimah meluahkan kekecewaannya terhadap budaya negatif yang kini menjadi seakan-akan norma dalam kalangan sesetengah penggiat seni, dari pertelingkahan terbuka hingga pembongkaran aib rakan seindustri secara tanpa segan silu.

https://i.postimg.cc/g01QzqVQ/IMG-7465.jpg

Luahan Sarimah itu turut mendapat perhatian dan sokongan daripada Fazura yang tidak berselindung dalam menyuarakan kebimbangannya terhadap masa depan industri seni.

Pelakon dan usahawan itu menyifatkan suasana negatif yang kian berleluasa telah memudaratkan bukan sahaja hubungan sesama selebriti, malah turut menjejaskan kreativiti dan kualiti karya yang dihasilkan. Baginya, kebencian dan sikap tidak selamat yang tidak berasas menjadi racun senyap yang sedang membunuh potensi sebenar ramai anak seni.

Namun, meskipun percaya bahawa perubahan boleh berlaku dengan adanya kematangan dan pemikiran positif, Fazura secara realistik mengakui bahawa transformasi tersebut mungkin masih jauh untuk dicapai dalam masa terdekat.

Pandangan jujur daripada dua figura besar dalam dunia hiburan ini nyata mencerminkan keresahan ramai pihak terhadap hala tuju industri yang kini dilihat semakin sarat dengan drama di luar skrip, dan semakin jauh daripada nilai seni yang seharusnya menjadi teras perjuangan.


Murai.my

emma.giggs Publish time 6-7-2025 09:00 AM

Tempat keje kita ni pun byk je back stab, ngumpat sana sini smpi brgaduh sb masing2 bwk mulut..cuma dunia retis ni semua org kenal n nitizen pun tambah minyak

JoyahMengayah Publish time 5-7-2025 01:40 AM

https://i.postimg.cc/D0vtHfdw/IMG-7466.jpgimage post

noor2 Publish time 5-7-2025 05:57 AM

Samala mcm ko aibkan Fatah....

Rachel_Green Publish time 5-7-2025 07:18 AM

Edited by Rachel_Green at 4-7-2025 11:20 PM

sebab sekarang dah banyak media sosial, bukan takat netizen yg jadi batu api, malah ada artis2 itu sendiri dgn mudah boleh cipta fake akaun utk jatuhkan pesaing masing2.

sukacactus Publish time 5-7-2025 07:39 AM

Kalau dl tunggu reporter tya baru bleh mengata2
Skrg kat media sosial sdr dah boleh provoke org lain

MatDeghem Publish time 5-7-2025 07:50 AM

Rachel_Green replied at 5-7-2025 07:18 AM
sebab sekarang dah banyak media sosial, bukan takat netizen yg jadi batu api, malah ada artis2 itu s ...

Batu api. back stabbing di kala artis memang banyak dan dari dulu tapi semua cerita within the industry. tapi kerana social media....netijen pun dah enterframe. netijen pun konon dah dalam industry juga....tahu segala cerita. Retis tu....Jiran aku pun anak sedara punya suami punya anak buah.
CP Sarimah baru sedar kot kehebatan toxicidity retis bila dia berlakon dgn production Mok Cun dan Acik Dukun.
Toxic, Fake, Tunggang Agama......lagi ape?



boudinniA Publish time 5-7-2025 07:58 AM

Sesama artis-artis nak menjoyah ke nak tunjukkan sokongan pada artis lain ke, theyols tetap kena lihat dulu pada netizen. Kalau theyols salah menjoyah dan sokong artis yang majoriti netizen benci, theyols pun akan dikecam. Contoh alif dan bella. Majoriti netizen team bella. Jadi jika ada artis side alif, mesti kena kecam. Kalau artis itu side bella artis tu selamat malah fans pun bertambah.
Pasal fakta, kebenaran itu cerita lain. Yang penting artis2 tu pun nak tumpang limelight artis-artis yang disayangi netizen pada satu-satu masa.

Rogue98 Publish time 5-7-2025 08:10 AM

Padahal dua orang tu jumpa haritu menjoyah gak.. sorang tu sampai 5 jam menjoyah. Juara Joyah ialah achik Fake... Tepuk benak2 semua...{:1_509:}

Shinichikudo Publish time 5-7-2025 08:22 AM

dua dua ekor pun kuat menjoyah pastu ada hati nak mengata orang? cermin kt rumah retak ke masing2?

kekekek Publish time 5-7-2025 08:54 AM

Try hard nak stay relevant , tapi tak ada job masuk. Gitu la. Sarimah tu ok la jugak, dah Che Puan. Yang sorang lagi tu sibuk feed toxic fan kat Thread.

apedehal Publish time 5-7-2025 08:55 AM

Nape xtepek komen tizzy..tiz pun join menjoyah jugek..xadil korg eh..pastu deyol tegur industri apasal acik2 kepam sini plak yg royan..lols

ashilalat Publish time 5-7-2025 09:58 AM

Fazura tu x perasan ke diri dia pon toxic? Apa dia tulis tu sebenarnya merujuk kepada sikap dia ke?

sleepandream Publish time 5-7-2025 11:09 AM

not really last 2/3 years... sejak azali ada dah... toxic ni mana2 pun ada... yang kental survive lah... yang melayan depress sorang2

heythere123 Publish time 5-7-2025 12:44 PM

yang kakafaz tulis dia copy dari mana ek? ayat tak nampak genuine, nampak macam excerpt from a book honestly

Nozot Publish time 5-7-2025 12:59 PM

heythere123 replied at 5-7-2025 12:44 PM
yang kakafaz tulis dia copy dari mana ek? ayat tak nampak genuine, nampak macam excerpt from a book...

belh check chat got kot nak tengok she ambil dari buku mana...

vender Publish time 5-7-2025 01:02 PM

JoyahMengayah replied at 5-7-2025 01:40 AM
image post

ayat fazura tu dari chatgpt ka?

Hoola Publish time 5-7-2025 01:04 PM

generally its happening in all industry
f&b ke,seni ke, kilang ke, etc ada la sekor dua kelompok
kalu dpt sama2 genuine team ikhlas xde hasad sokong mnyokong utl kjayaan, its rezeki.

lightheaded67 Publish time 5-7-2025 01:13 PM

Hoola replied at 5-7-2025 01:04 PM
generally its happening in all industry
f&b ke,seni ke, kilang ke, etc ada la sekor dua kelompok
ka ...

kens

heythere123 Publish time 5-7-2025 01:13 PM

Nozot replied at 5-7-2025 12:59 PM
belh check chat got kot nak tengok she ambil dari buku mana...

maleh la, meols anti chatgpt gittew.

tapi chuols pon rasa macam too structured kan ayat sheols. Macam kennot imagine kakafaz taip sendiri ayat tu

KBW2 Publish time 5-7-2025 01:27 PM

Kalo tadok cermin meols boleh tolong sedekohkan
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: "Menjoyah" sesama artis, industri hiburan kita semakin ketoksikan?


ADVERTISEMENT