CARI-MAL Publish time 20-7-2025 10:11 PM

'Kantoi' curang di konsert Coldplay: CEO Astronomer letak jawatan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202507/20/221141yzekcarzsjky2z3n.png




NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma teknologi, Astronomer Inc, Andy Byron meletakkan jawatan selepas tular video beliau berpelukan dengan rakan sekerja dipercayai 'kekasih gelapnya'.


Perkara itu dimaklumkan syarikat berkenaan menerusi satu kenyataan bertulis di profil Linkedln semalam.


"Pemimpin kami sepatutnya mematuhi standard tata kelakuan dan akauntabiliti, namun baru-baru ini, ia tidak dipenuhi," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu turut memaklumkan Andy Byron menawarkan peletakan jawatannya sebagai CEO dan lembaga pengarah meluluskannya.


Byron diberi cuti pada Jumaat dan Ketua Pegawai Produk, Pete DeJoy dilantik sebagai CEO interim.


Rabu lalu, aksi mesra Byron dan Ketua Pegawai Sumber Manusia Astronomer, Kristin Cabot berpelukan dirakam melalui paparan skrin 'kiss cam' pada konsert Coldplay yang berlangsung di Gilette Stadium, Foxborough, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS).


Insiden terbabit mula tular selepas netizen membongkar identiti pasangan terbabit.


Jurucakap syarikat itu berkata, bahawa hanya pasangan itu yang kelibat mereka dirakam dalam konsert berkenaan.


Bagaimanapun, pihak syarikat enggan mengulas lanjut mengenai status semasa Cabot.


Dalam insiden terbabit, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dilihat berinteraksi dengan penonton melalui paparan skrin 'kiss cam'.


Kamera itu secara rambangnya memfokuskan ke satu pasangan yang sedang leka berpelukan.


Sebaik menyedari, lelaki terbabit panik dan cepat-cepat melepaskan pelukan sambil cuba berselindung manakala wanita itu menutup mukanya.


"Oh, ini kalau bukan hubungan sulit, mesti mereka sangat pemalu," seloroh Martin sambil disambut dengan sorakan ribuan penonton yang hadir. - REUTERS

KamikuP Publish time 21-7-2025 04:00 PM

Kemas betul si Andy Beron ni pegang kopek acik HR.. ekekek

makneng Publish time 23-7-2025 11:26 AM

HR personnel dah la kebanyakkannya mcmseal tapi acik Kristin ni lagi besor sial dia haha

Acik CEO pulak nak buat jahat tapi bodow

shernazz Publish time 24-7-2025 07:51 AM

KamikuP replied at 21-7-2025 04:00 PM
Kemas betul si Andy Beron ni pegang kopek acik HR.. ekekek

Intro dulu...panas siap2..gahah

I.K.A888990 Publish time 24-7-2025 06:44 PM

yg perempuan ni pun katanya berlakikan lelaki kaya raya gila pun still nak mendoggy eh menyondol laki lain haha

evlinne Publish time 30-7-2025 01:12 PM

makneng replied at 23-7-2025 11:26 AM
HR personnel dah la kebanyakkannya mcmseal tapi acik Kristin ni lagi besor sial dia haha

Acik CEO p ...

Dlm byk2 dept mmg paling seal HR pun
Mana2 kampeni mmg sama yach wkwkwkw
Apa ke seal tah HR ramai org benci

makneng Publish time 30-7-2025 08:56 PM

evlinne replied at 30-7-2025 01:12 PM
Dlm byk2 dept mmg paling seal HR pun
Mana2 kampeni mmg sama yach wkwkwkw
Apa ke seal tah HR ramai...

Suka bermuka2, suka jadi moral police, busy body, kedekut info eh semualahhhhh..lps tu suka paksa staff buat survey la buat career ladder apa ke lanc…padahal tu semua kpi diorg.

borrow Publish time 31-7-2025 08:43 AM

Katanya Andy ni nk saman coldplay. Aiyooo :lol:

Weller Publish time 31-7-2025 05:14 PM

borrow replied at 31-7-2025 08:43 AM
Katanya Andy ni nk saman coldplay. Aiyooo

ada. geng gossipers us cerita, chris martin gelak bila dengar cerita ni.

afie_m Publish time 5-8-2025 04:26 PM

kantoi tanpa sengaja..

Page88 Publish time 14-9-2025 01:00 AM

He got caught due to his own actions.

ZORRO5555 Publish time 3-1-2026 09:37 AM

Bertabahlah {:3_80:}
Pages: [1]
View full version: 'Kantoi' curang di konsert Coldplay: CEO Astronomer letak jawatan


ADVERTISEMENT