CARI-MAL Publish time 12-8-2025 09:48 AM

Park Si Hoo nafi 'jual' wanita kepada lelaki berkahwin

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202508/12/094829xbnma84i35nmiix6.png




Pelakon Park Si Hoo, menafikan sekeras-kerasnya khabar angin dalam talian yang mendakwanya terbabit memperkenalkan ramai wanita kepada seorang lelaki yang sudah berkahwin.


Tuduhan itu turut mengaitkannya sebagai punca utama keretakan rumah tangga individu berkenaan sehingga membawa kepada perpisahan.


Pada 7 Ogos lalu, agensi pengurusan pelakon terbabit, Hoo Factory, mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan tuduhan berkenaan. Mereka menegaskan dakwaan itu adalah palsu sama sekali dan tidak berasas.


Dalam kenyataan sama, pihak agensi turut mengesahkan bahawa tindakan undang-undang yang tegas sedang diusahakan terhadap penyebar fitnah itu.


Kontroversi berkenaan tercetus pada 5 Ogos apabila seorang pempengaruh media sosial wanita memetik nama Si Hoo secara terbuka. Menerusi hantarannya itu, dia dituduh dalang kehancuran rumah tangganya.


"Hei Park Si Hoo. Awak pernah memanggil saya 'kakak ipar' semasa keluarga saya tinggal di UN Village. Tetapi rupa-rupanya awak memperkenalkan ramai wanita kepada


Hwang (suaminya) sejak tahun 2020 lagi," katanya.


Bagi mengukuhkan dakwaannya, wanita itu turut menyiarkan beberapa bukti tangkapan skrin perbualan mesej. Selain itu, sekeping gambar wanita yang dikaitkan dengan suaminya turut didedahkan.


Sejurus selepas kontroversi itu tular, pihak Si Hoo tampil membuat penafian awal. Seorang wakil agensi memberitahu media tuduhan itu sama sekali tidak benar.


"Kami langsung tidak mengenali individu yang disebut dalam hantaran itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi," katanya.




Sumber: – Harian Metro

arnova Publish time 12-8-2025 02:29 PM

rajin betul live kat tiktok dia ni

I.K.A888990 Publish time 12-8-2025 08:42 PM

sblm ni pun ada jugak kontroversi dia kan

borrow Publish time 12-8-2025 10:45 PM

cer teka brp umur heols hehe .Satu masa dulu heols mmg top kan , plg igt film confession of murder. Ni antara actor still dpt job lps terlibat skandal.

sarah_ary2 Publish time 12-8-2025 11:33 PM

Aiols suka lakonan heols emotion tue nampakjelas kat mata dia tp ada kes rogol kot tue jadi merudum

Page88 Publish time 14-9-2025 12:59 AM

These South Korean actors always love to do such disgusting things just for extra money. Gross.

ZORRO5555 Publish time 3-1-2026 09:39 AM

X berapa minat lakonan dia
Pages: [1]
View full version: Park Si Hoo nafi 'jual' wanita kepada lelaki berkahwin


ADVERTISEMENT