CARI-MAL Publish time 19-8-2025 02:44 PM

‘Dah rosak, perlu kembali..’ – Jet Li jalani pembedahan buang tumor

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202508/19/144443ahz76z0i8hn95p69.jpeg





Bintang aksi terkenal antarabangsa, Jet Li dilaporkan selamat menjalani pembedahan membuang tumor di sebuah hospital di China baru-baru ini.
Perkara tersebut menjadi buah mulut peminatnya selepas Jet Li, 62, berkongsi foto berada di atas katil hospital tanpa menyatakan secara terperinci tentang penyakit dialami.
Namun menurut rakannya yang juga produser filem iaitu Tiffany Chen berkata, aktor tersebut dirawat di hospital disebabkan tumor.
Menerusi satu hantaran dalam Weibo, Li berkata dia ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana masalah ‘dalaman’.
“‘Perkakasan’ dalaman telah rosak dan perlu kembali ke ‘kilang’ (hospital) untuk dibaiki,” katanya berseloroh.
Dia bagaimanapun berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa prihatin dan mendoakan kesihatannya.
Terdahulu, Li pada tahun 2010 mendedahkan beliau menghidap hipertiroidisme iaitu keadaan apabila kelenjar tiroid menghasilkan hormon berlebihan.
Penghidap biasanya mengalami simptom seperti tangan menggeletar dan penurunan berat badan. – KOSMO! ONLINE

borrow Publish time 19-8-2025 03:29 PM

GWS. Ai minat ankel ni lps tgk "Once upon a time in China & America" (wong fei hung). Tp 3-4 thn lps kowt , baru tau heols pnh tinggalkan anak isteri sbb perempuan lain. Angau habis la sampai skrg deyols kekal bersama.

lasagna Publish time 20-8-2025 01:33 PM

GWS abam Jet-Li.. tak pasti heols n abam jackie chan sebaya ke tak..

per706 Publish time 20-8-2025 11:16 PM

Speedy recovery,crush den maso sekolah rendah.hensem amek ghaso eh pada aku .tpi tu le rendah je dia ni kan

Page88 Publish time 14-9-2025 12:57 AM

Hope he gets better.

ZORRO5555 Publish time 3-1-2026 09:39 AM

Get well soon....terus kuat
Pages: [1]
View full version: ‘Dah rosak, perlu kembali..’ – Jet Li jalani pembedahan buang tumor


ADVERTISEMENT