Wanita 50-an perlukan seorang suami di sisi – Awie luahkan rasa gembira dan bersyukur Erra Fazira bakal kahwin
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202512/07/120112ojl34xixlx2iqjjd.jpegMengharapkan kebahagiaan berkekalan, penyanyi Datuk Awie meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila teman lamanya, Erra Fazira bakal mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama usahawan, Ezwan Zain.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 57, sudah tiba masanya bekas tunangnya itu mempunyai seorang suami di sisi untuk menemaninya meniti hari-hari tua.
“Alhamdulillah, saya sangat gembira bila dengar berita Erra nak kahwin. Kami pernah berkawan, bertunang, bergaduh dan kembali bersahabat. Saya rasa persahabatan kami perlu diteruskan dan tak boleh putus lagi.
“Jadi sebagai seorang sahabat saya sentiasa mendoakan kebahagiaan Erra. Semoga dia ceria dengan kehadiran seorang suami di sisi.
“Wanita yang sudah berusia 50-an perlukan seorang suami untuk menjaga dia. Saya doakan dia bahagia dan perkahwinannya kekal abadi, InsyaAllah,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Sembilu, di sini baru-baru ini.
Ditanya adakah dia akan menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya itu nanti, Awie sedia hadir ke majlis resepsi yang bakal berlangsung pada 27 Disember nanti.
“Saya sudah terima undangan dan insya-Allah akan hadir di majlis resepsi pada 27 Disember nanti. Untuk majlis nikah saya rasa tak perlu. Biarlah dia nikah dengan aman,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Awie dan Erra bakal disatukan dalam sebuah Konsert Sembilu yang turut disertai Ziana Zain.
Konsert yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 7 Februari hadapan itu dianjurkan sempena mengimbau nostalgia filem Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam yang pernah mencetuskan fenomena 31 tahun lalu.
Sumber: – KOSMO! ONLINE Bang oiii...dia bkn xpnh kawen lgsg...plus dia kawen semua still baik2 hub..xmcm ko smpi kecoh 1malaya rugi bam sawie tak dpt rasa..adaanak dgn era Wanita yang sudah berusia 50-an perlukan seorang suami untuk menjaga dia.
Untuk majlis nikah saya rasa tak perlu. Biarlah dia nikah dengan aman
Bagus jawapan tokwie..sgt diplomasi
Biasa mertua2 melayu harapkan isteri jaga suami..bukan dr segi layanan je, tp termasuk jaga anak, kemas rumah, masak, cari duit, beli beras...suami goyang tulur sambil membiawak..
steady la hussein patut awie tackle balik erra
rugi rugi... kan dah melepas dgn adik beruban Edited by makcun14 at 8-12-2025 06:50 AM
apa pula pendapat normiang hakim pak mertua selam ?
edit
- erra kan cinta matik normiang , adakah heols invited to wedding sang ratu erra? makcun14 replied at 7-12-2025 10:38 PM
apa pula pendapat normiang hakim pak mertua selam ?
edit
- erra kan cinta matik normiang , adakah h ...
serius eh cinta mati? wow. sampai now ke chuols? tp geli lah citer movie depa dua dulu tu. muka normiang sampai skrg iols kenot see.
pujanggacinta replied at 8-12-2025 04:40 AM
patut awie tackle balik erra
rugi rugi... kan dah melepas dgn adik beruban
rasanya pernah dengar dalam youtube, yang awie kata,wifenya ( masa nak buat konsert awie dengan erra dulu )bagi lampu hijau klu dgn erra.
berjaya battle tiket murah sembilu hahhaha BungaKencana replied at 8-12-2025 12:33 PM
berjaya battle tiket murah sembilu hahhaha
saya pun baru je beli. dulu dah tengok masa kat istana budaya
izzah_mia replied at 8-12-2025 03:00 PM
saya pun baru je beli. dulu dah tengok masa kat istana budaya
tak sabar nk karok BoongaKertas replied at 8-12-2025 08:36 AM
serius eh cinta mati? wow. sampai now ke chuols? tp geli lah citer movie depa dua dulu tu. muka no ...
iya nyah.. yebbi sendirik sedar normiang tu actually nakkan erra bukan yebbi. tak dapat kakak ( filem pasrah) dapat adik pun jadik la kata yebbi Wah wah makcun14 replied at 8-12-2025 09:02 AM
iya nyah.. yebbi sendirik sedar normiang tu actually nakkan erra bukan yebbi. tak dapat kakak ( fi ...
ee normiang ni, nak ratu plak. dia sedar diri ke tak? tiberr. hahaha!
kubong replied at 8-12-2025 11:44 AM
rasanya pernah dengar dalam youtube, yang awie kata,wifenya ( masa nak buat konsert awie dengan...
kalau berjodohhh la kannn...memang speechless laaa...couple..putuss...pastu jumpa balik..kawin...heheh...tapi i suka sgt aura erra ngan awie nie...pernah tgk dorang jadi host meletoppp...besttt sgt2
BoongaKertas replied at 8-12-2025 08:36 AM
serius eh cinta mati? wow. sampai now ke chuols? tp geli lah citer movie depa dua dulu tu. muka no ...
kannn...sumpahhh geli...skrg pon mcm try hard sgttt...
klu la awie dgn erra kawin smpi branak pinak BoongaKertas replied at 8-12-2025 08:36 AM
serius eh cinta mati? wow. sampai now ke chuols? tp geli lah citer movie depa dua dulu tu. muka no ...
Ahaks muvi kepasrahan tu ek.. yg best psl muvi tu lagu pasrah je.. bab2 lain mcm tudung bawal diorang tu takleh blah, buruk nau pesyen tudung zaman tu. But this is the first time meols dgr yg normiang penah bercinta ngn erra. Serius la..apesal meols taktau??? izzah_mia replied at 8-12-2025 03:00 PM
saya pun baru je beli. dulu dah tengok masa kat istana budaya
Meols obses ngn sembuli 2 dulu tp kan..nape konsert deyols meols tak rase nk tgk? Lagu2 dia mmg khatam la sbb dulu mak pak beli kaset ost tu. Lagu fav meols ukiran jawi.. tp nape ek konsert tak rase nk tgk? Mungkin sbb meols nk mengingati deyols yg muda2 dulu je kot..