CARI-MAL Publish time 2-1-2026 03:56 PM

Penyanyi Rain hentikan persembahan, penonton Singapura ‘kaku’

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202601/02/155524wnzuuc2reynqn2ru.jpeg




Penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain, menghentikan persembahan sebelum mendakwa penonton di Singapura membosankan ketika membuat persembahan sempena sambutan tahun baharu, kelmarin, mencetuskan kemarahan daripada penonton.

Menerusi hantaran TikTok, Rain dilihat cuba menghidupkan suasana beberapa kali dengan berinteraksi bersama penonton dalam nada sarkastik, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton yang hadir.

“Kecewa dengan penonton di festival ini. Rain menghentikan persembahan di tengah jalan,” katanya.

Difahamkan, penyanyi tersebut terpaksa menghentikan persembahan di tengah jalan selepas melihat penonton terlalu diam dan membosankan.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk rata-rata turut bersependapat penonton kelihatan kaku.

“Ini bukan kali pertama penyanyi mengeluh dengan penonton dari Singapura. Blackpink pun meluahkan perasaan yang sama dari konsert,” komen @Lightwalker90.

“Konsert di Singapura seperti makan malam tahunan bersama syarikat tempat kerja,” komen @Seanzraft.

Turut meninggalkan komen, peminat yang kecewa dengan sikap Rain yang dikatakan tidak profesional.

“Awak sebagai penyanyi perlu menghidupkan suasana sebab dibayar untuk menghiburkan. Bukannya mempersoalkan penonton. Hiburkan sahaja mereka,” komen @Gjieau.


7590227149945244948

Sumber:-KOSMO! ONLINE

prince_marhaen Publish time 2-1-2026 04:29 PM

Dah dekat 90% pun Cina China bodoh tak pandai English apa lagi bahasa Korea.. hahahatu yang diam je bangsa kiasu ni... acah2 keras nak enjoy pun ego.. hahahahaha

ZORRO5555 Publish time 2-1-2026 07:57 PM

Eeeee

orkid_amani Publish time 2-1-2026 09:08 PM

Baik laaa mai nyanyi dekat Msia dah confirm2 raaaaammmmmmmmaaaaaaaiiiiii fans. EO tak tau ka crowds dekat Msia lg enjoy & fun dari audiences dekat Spore?

Cassieopeia Publish time 5-1-2026 09:40 AM

mmg dia stop terus ke sambung nyanyi lepas tu? alahai org bayo ko nyanyi je la

BoongaKertas Publish time 5-1-2026 11:30 AM

pdn muka retis2 yg skip msia tp pergi perform kat sgpore sana. hadap jer lah abam rain oi.

borrow Publish time 5-1-2026 02:01 PM

Mmg tak best pun klo crowd sepi ja.

Page88 Publish time 5-1-2026 11:01 PM

This is why going to concerts nowadays sucks.

lasagna Publish time 9-1-2026 09:17 AM

crowd concert kat spore mmg bapak bosan tahap dewata raya!
pegi laa tya yg prnh pegi concert coldplay + tay tay 2023 dulu,
org msia jer buat crowd best..
nk berdiri tak boleh nk nyanyi tak boleh, bosaaaaaaaaaan giler crowd spore! crowd kat bangkok pun fun giler and sporting!

Page88 Publish time 10-1-2026 11:15 PM

Hate such artists.

gerbera.memopad Publish time 15-1-2026 09:20 PM

Crowd Malaysia selalu semangat tau. Siap hafal lirik meski bahasa Korea. Yang pergi & beli tiket tu memang mostly peminat tegar.
Pages: [1]
View full version: Penyanyi Rain hentikan persembahan, penonton Singapura ‘kaku’


ADVERTISEMENT