CARI-MRO Publish time 12-1-2026 05:47 PM

‘Mereka cakap suara saya tak bagus’ – Golden menang Lagu Asal Terbaik

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202601/12/174718gvx9op9z9i7cx6fc.jpeg



“SAYA kerja tanpa rasa putus asa selama 10 tahun untuk jadi idola K-pop, namun banyak kali berdepan penolakan.”

Demikian kata komposer dan penyanyi lagu popular, Golden iaitu Kim Eun-jae atau Ejae saat karya itu mencipta satu lagi sejarah apabila dinobatkan sebagai Lagu Asal Terbaik pada Golden Globe Awards ke-83.

Ejae, 35, berkata, saat mula berkecimpung dalam dunia nyanyian, dia acapkali dikritik kerana ramai yang tidak percaya dengan kemampuan vokalnya.

Sehubungan itu, dia bekerja di belakang tabir dan mencari magis dalam dunia gubahan lagu sehinggalah Golden menjadi siulan seantero dunia.

“Banyak kali dikecewakan ramai cakap suara saya tak bagus.

“Jadi, saya cari sinar dalam dunia (gubahan) lagu dan muzik. Tapi itu dulu, sekarang saya seorang penyanyi dan juga penulis lagu.

“Macam mimpi jadi kenyataan untuk menjadi bahagian satu karya yang membantu lelaki, wanita dan semua orang berdepan kepayahan dan menerima siapa diri mereka.

“Saya cuma nak cakap, trofi ini untuk semua yang pintu mereka tertutup. Sekarang saya yakin bahawa, penolakan itu pelencongan dan jangan pernah mengalah,” kata komposer asal Seoul, Korea Selatan itu.

Golden yang merupakan runut bunyi filem animasi fenomena global, KPop Demon Hunters menewaskan lima lagi pesaing lain iaitu Train Dreams ciptaan Nick Cave dan Bryce Dessner, No Place Like Home (Stephen Schwartz), Dream As One (Miley Cyrus, Andrew Wyatt, Mark Ronson and Simon Franglen), I Lied to You (Raphael Saadiq and Ludwig Göransson), The Girl in the Bubble (Stephen Schwartz).

Terdahulu, Golden diangkat sebagai Lagu Terbaik pada Critics’ Choice Movie Awards selain menerima tiga pencalonan pada Grammy Awards 2026 termasuk Lagu Terbaik (Song of the Year)

Sumber – KOSMO! ONLINE

Page88 Publish time 12-1-2026 07:23 PM

Interesting news.

PULANGKAN Publish time 13-1-2026 01:52 AM

yebNIHKAC4A

oo lagu ni ke. 1 billion views dah, wow. selalu gak dengar radio ulang, and budak2 nyanyi.
so I guess, ni macam Elsa baru eh? i mean, the old Let it Go hype?
gosh i sound so old..

nisako Publish time 13-1-2026 08:17 AM

wowwwwwww

adelea Publish time 13-1-2026 10:10 AM

tahniahhh

BoongaKertas Publish time 14-1-2026 02:23 PM

tp sedaplah suara dia. lagu tu pun best.
Pages: [1]
View full version: ‘Mereka cakap suara saya tak bagus’ – Golden menang Lagu Asal Terbaik


ADVERTISEMENT