CARI-HBZ Publish time 20-1-2026 04:23 PM

Jefri Nichol Di Tangga Ke-19 Lelaki Paling Kacak di Dunia 2026, Setanding Jacob Elordi

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202601/20/162124sl8lbsmwjbl8tgmj.png




Undian peminat menerusi carta Shining Awards bagi kategori Lelaki Paling Kacak di Dunia 2026 menyaksikan Jefri Nichol tersenarai bersama selebriti dunia lain yang disifatkan menawan dan berkarisma.

Jefri Nichol duduk di tangga ke-19 dalam senarai kategori Lelaki Paling Kacak di Dunia 2026 versi pilihan peminat di Shining Awards sementara tempat pertama ditakluk oleh bintang Australia, Jacob Elordi.

Selain Jefri, dua lagi bintang Indonesia yang disifatkan paling kacak di dunia adalah Bryan Domani dan Angga Yunanda ; yang masing-masing diundi lebih tinggi daripada bekas kekasih Ameera Khan itu.

Menerusi undian yang dilakukan oleh peminat di platform yang juga meletakkan beberapa kategori lain mengikut cita rasa, Shining Awards disifatkan sebagai satu bentuk penghargaan terhadap keunikan individu, keaslian, gaya peribadi dan karisma yang ditunjukkan kepada dunia.

Turut serta dalam senarai Shining Awards dalam kategori sama adalah selebriti terkenal dari seluruh dunia.

Mereka termasuklah Xhio Zhan (China), Ranveer Singh (India), Jungkook (Korea Selatan), Bright Vachirawit (Thailand), Chris Hemsworth (Australia), David Beckham, Robbert Pattinson dan Zayn Malik (United Kingdom) serta Tom Cruise dari Amerika Syarikat.

Sumber : Gempak

Page88 Publish time 20-1-2026 09:58 PM

Jacob Elordi is handsome.

BoongaKertas Publish time 21-1-2026 08:45 AM

jiks seh tgk muka dia, hensem ke?

cucutokwan89 Publish time 21-1-2026 11:34 AM

{:gif_seriously:}

QueenPlatypus Publish time 24-1-2026 11:03 PM

Yucksssss!

ZORRO5555 Publish time 31-1-2026 11:17 AM

Geli jer

batman76 Publish time 5-2-2026 02:29 PM

saya rasa biase biase je muke dia.

borrow Publish time 6-2-2026 08:53 AM

jLnJ9kCb6uw
Pages: [1]
View full version: Jefri Nichol Di Tangga Ke-19 Lelaki Paling Kacak di Dunia 2026, Setanding Jacob Elordi


ADVERTISEMENT