CARI-HBZ Publish time 27-1-2026 05:38 PM

Pelakon wanita tersohor China, Zhao Lusi berniaga pasar malam

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202601/27/173840rddpp8fdp98jss84.png




BEIJING – Aktres terkenal China, Zhao Lusi dilaporkan membuka gerai pankek di pasar malam di Hainan, perkembangan yang digambarkan sebagai dirinya ‘berehat daripada dunia hiburan’, lapor laman berita VNExpress semalam.

Pelakon berusia 27 tahun itu dikenali oleh pelanggan pada 20 Januari lepas.

Mereka yang bertemu Lusi berkata, tiada kru produksi hadir, mencetuskan spekulasi bahawa penampilan itu bukan bertujuan komersial.

Video yang dikongsi di laman sosial menunjukkan Lusi mengendalikan gerai itu sendiri, daripada memasak dan membungkus makanan hinggalah mengambil bayaran.

Dia juga dilihat berbual dengan pelanggan, bergambar bersama peminat dan mengedarkan tanghulu (buah-buahan) kepada pengunjung di gerainya.

“Saya ada bercakap tentang hasrat untuk membuka perniagaan mi dalam siaran langsung pada musim panas lalu. Pada masa itu, saya mempunyai perasaan bahawa saya mungkin akan meninggalkan dunia hiburan,” kata Lusi.

Sebilangan netizen kemudian berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan aktres itu di gerainya.

“Pankek yang dibuat oleh Lusi sangat lazat. Saya lalu di sebuah gerai kecil dan tertanya-tanya sama ada saya patut mencubanya, jadi saya memutuskan untuk membelinya dan menyedari bahawa orang yang membuatnya ialah Lusi!” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

Sumber :– KOSMO! ONLINE

TTun_Teja Publish time 27-1-2026 08:41 PM

Pilihan masing2. Bahagia itu subjective..

TTun_Teja Publish time 27-1-2026 08:41 PM

Pilihan masing2. Bahagia itu subjective..

delia3003 Publish time 27-1-2026 10:36 PM

Meniaga untuk suka² le ni, bukan sebab takde job atau jatuh miskin.

Page88 Publish time 28-1-2026 12:07 AM

Well...her life her choice.

nisako Publish time 28-1-2026 08:16 AM

pilihan dia

j3m4h Publish time 28-1-2026 10:08 AM

Harga pancake sheol marhaen or sama je mcm rate retis malaywood?

babelina Publish time 28-1-2026 03:47 PM

y not.. x salah berniaga jika itu lg berhasil pada dia..

Page88 Publish time 28-1-2026 05:16 PM

Sometimes, life takes you in places you may never expect.

BoongaKertas Publish time 29-1-2026 09:10 AM

sheols comel lah. iols suka tgk lakonan sheols. mcm comel tp gedik yg boleh diterima.

primarikey Publish time 30-1-2026 05:11 AM

Iols suka muka dia masa zaman hidden love

borrow Publish time 30-1-2026 09:11 AM

Last year sheols lemah sgt sampai pakai wheelchair. Pastu klaim agensi aniaya sheols jugak. Skrg dh terlepas , berniaga suka2 gini boleh hilangkan stress dunia hiburan jugak. Beralih angin kejap. Nanti berlakon balik. Hero Nirvana on Fire , Hu Ge , stop berlakon kejap, sambung study kat US , sbb populariti drama tu bgi tekanan.

ZORRO5555 Publish time 31-1-2026 11:09 AM

At least dia x menyakau duit orang lain

lasagna Publish time 4-2-2026 09:14 AM

xpe mncarik rejeki halal.. aaagittewwww...

batman76 Publish time 5-2-2026 02:28 PM

ingat pasar malam di malaysia....boleh saya pi check sikit hehehe.

marchikobonzo Publish time 5-2-2026 04:43 PM

Sheols ni very the comel..geram tengok dia

Paiya Publish time 7-2-2026 07:27 PM

oo..nak try juga masakan Lusi

royaldanish Publish time 20-2-2026 11:08 AM

minat dia ni lawa... sweet2
Pages: [1]
View full version: Pelakon wanita tersohor China, Zhao Lusi berniaga pasar malam


ADVERTISEMENT