Ismail Izzani berjaya pujuk ibunya Suliza Salam buat 'comeback'
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202601/28/160235a67sqbp6if00bpcp.jpgSelepas sekian lama menyepi daripada dunia seni, penyanyi veteran, Suliza Salam akhirnya 'tewas' dengan pujukan anaknya yang juga penyanyi dan komposer, Ismail Izzani untuk kembali ke studio rakaman.
Ismail, 26, mendedahkan dia mengambil masa berbulan-bulan bagi meyakinkan ibunya yang juga penyanyi lagu Untuk Sekali Lagi bagi membuat kemunculan istimewa dalam album terbaharunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
"Sejujurnya, berbulan-bulan juga saya ambil masa untuk memujuk. Saya perlu pujuk perlahan-lahan, bawa dia bermain pickleball dan gembirakan hatinya, barulah dia bersetuju," katanya kepada Harian Metro.
Menurut penyanyi lagu Luar Biasa itu, pada mulanya ibunya berasa bimbang untuk kembali menyanyi secara serius kerana faktor sudah lama meninggalkan bidang seni.
"Ibu bimbang dan takut tidak dapat memberikan hasil yang terbaik. Namun, saya yakinkan dia bahawa apa sahaja yang datang daripadanya adalah yang terbaik buat saya," katanya.
Kemunculan Suliza dalam album itu dianggap Ismail sebagai pencapaian peribadi amat bermakna memandangkan ibunya adalah tulang belakang yang sentiasa menemani perjalanannya dalam dunia seni sejak awal lagi.
Bercerita lanjut mengenai karya istimewa itu, Ismail berkata, lagu itu hasil ciptaannya sendiri dan diberi judul Janji Mama.
"Inspirasi lagu itu datang selepas saya berbual dengan ibu di telefon selama dua jam. Perbualan itu membuatkan saya sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu demi melihat anaknya berjaya mencapai cita-cita," katanya.
Proses rakaman demo bagi lagu itu sudah selesai dan Ismail menyasarkan rakaman penuh akan disiapkan sebelum menjelang Aidilfitri ini.
Selain lagu bersama ibunya, Ismail yang kini fokus untuk berkolaborasi dengan artis tempatan sedang giat menyiapkan album yang bakal memuatkan sekitar 12 hingga 15 lagu baharu.
Sumber: Harian Metro Bukan sedap pun mak dia menyanyi kehkehkeh Kambek apa dah tetua ni. Miejaaa replied at 28-1-2026 04:10 PM
Bukan sedap pun mak dia menyanyi kehkehkeh
tahnye
pnh jgk tgk video lama2 maknya nyanyi kt youtube
ya ampunnnnnn
very the tibaiunta
Meolls suka tengok dia menari dlm yt lagu bertajuk 'Adikku Nina'.. ekekeke Paktiri benarkan kah?
supernaturalee replied at 28-1-2026 04:16 PM
tahnye
pnh jgk tgk video lama2 maknya nyanyi kt youtube
Nenek ni pun start nyanyi kat club jugak khuens?
Baru 26 mael ni. macam lama dah tgk dia ni nanyi.
Kiranya waktu mula mula nanyi tu memang very the mentah la. tapi tetap kontroversi kemain bersepah sabo je la Mak ko masa artis pun sejuk beku nokkk... suara pun tak sedap... feeling je lebih. prince_marhaen replied at 29-1-2026 09:24 AM
Mak ko masa artis pun sejuk beku nokkk... suara pun tak sedap... feeling je lebih.
Seb baik cpt kena pinang dpt title datin leh dok umah nyanyi kat umah je pastu Tak payah la. Biarlah mak tu habiskan masa tua dengan beribadah dan berehat. https://youtu.be/I330RcEc6qs?si=f1CC2yGZWq1CE3vq
terjumpa plak video ni
angin_menderu replied at 28-1-2026 05:06 PM
Baru 26 mael ni. macam lama dah tgk dia ni nanyi.
Kiranya waktu mula mula nanyi tu memang very the m ...
Mael teenager masa mula nyanyi
dulu kecoh dia tak nak ambil SPM sbb nak jadi penyanyi
cepat masa berlalu , dah 26 dah skrg
Pages:
[1]