CARI-MAL Publish time 29-1-2026 11:31 AM

“Tiada Niat Melagakan Mana-Mana Pihak” – Pemilihan Fazura Bukan Untuk Balas Dendam Kata Muzaffar Jakel

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202601/29/113110lm0ke0akk9ye0z0z.png




Sejak beberapa hari lalu pemilihan pelakon Nur Fazura sebagai wajah kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya Jakel 2026 menjadi bualan ramai.

Memetik Oh Bulan, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pemasaran dan Promosi Jakel iaitu Muzaffar Jakel berkata pemilihan Fazura bukan tujuan melagakan mana-mana pihak seperti yang didakwa.

“Sebenarnya kami melamar semua artis yang kami rasakan mempunyai rekod peribadi yang bersih dan tidak terpalit dengan sebarang masalah.

“Tiada sebarang niat untuk melagakan mana-mana pihak. Saya dan pasukan buat ini adalah semata-mata untuk kempen Jakel.

“Pemilihan Fazura bukan sebagai duta, tetapi kontrak sebagai kolaborasi eksklusif Koleksi Raya 2026. Pihak kami menyediakan reka bentuk, namun idea keseluruhan datang daripada Fazura sendiri. Kami juga tiada sebarang niat memilih Fazura dengan tujuan mahu mencetuskan isu,” katanya.

Sementara itu, Muzaffar berkata perbincangan mengenai kolaborasi bersama Fazura sudah dilakukan sejak lapan bulan lalu.

“Perbincangan telah dibuat sejak tujuh atau lapan bulan lepas. Ada juga duta sebelum ini yang menyambung kerjasama dan ada juga yang tidak. Ini bukan soal balas dendam atau apa-apa niat lain,” katanya.

Mengulas mengenai Fattah Amin yang sebelum ini merupakan duta Jakel dan kini bersama jenama lain, Muzaffar berkata itu adalah rezeki masing-masing.

“Itu sudah menjadi rezeki dia, bukan saya boleh ikat dia. Terpulang kepadanya. Selebriti ini akan sentiasa ada yang datang dan pergi.

“Untuk tahun ini, Jakel juga memilih lebih ramai selebriti termasuk memperkenalkan koleksi bersama duta Gen Z,” katanya.

Sumber: Oh Bulan,Rotikaya

ZORRO5555 Publish time 29-1-2026 06:04 PM

Sila hadam yer

nolya Publish time 29-1-2026 06:33 PM

Patah tumbuh, hilang berganti
Rezeki Allah bertukar2 di beri
Thn lalu si A, tahun ini giliran si B
Jgnlah iri, jgn berdengki


MatDeghem Publish time 29-1-2026 06:48 PM

Kita tunggu keledeks bagi kata dua....

MatDeghem Publish time 29-1-2026 06:54 PM

Kan rejeki patamin dan isteri sorga nya melimpah ruah. Duta elrah dan emira . Meletop. Sampai ke Turki ... bayaran mesti juta2.

Elrah kata top brand in Asia. Bukan brand sembarangan atau kampung fella...

Incanto Publish time 29-1-2026 07:28 PM

kalau aku jadi Muzaffar aku bolayan je komen komen bodooh

aku punya syarikat…suka hati aku lah nak collab dgn siapa

yg penting baju Faz xjakel laku mcm goreng pisang panas

MatDeghem Publish time 29-1-2026 07:39 PM

Incanto replied at 29-1-2026 07:28 PM
kalau aku jadi Muzaffar aku bolayan je komen komen bodooh

aku punya syarikat…suka hati aku lah nak ...

ini mesti wartawan2 sangkak hadap makan pree yang tanya lah......

-ECJ_inapAs?si=LKESQs0u1bXEjnu8

burberry99 Publish time 29-1-2026 09:41 PM

capybara tersakiti yang over dengki dgn rezeki pajura

boudinniA Publish time 29-1-2026 10:26 PM

Kenapa ada yang dengki dan busuk hati dengan fazura. Sampai jakel pula dituduh macam2 dan perlu keluarkan kenyataan ni.
Fans fattah sendiri kata heols makin berjaya, kaya, murah rezeki sejak cerai dan kahwin baru. Fans heols suka komen rezeki tak pernah salah alamat. Jadi tak perlu nak fikir bukan2 pasal rezeki orang lain.
Entah2 tahun depan fattmira dengan jakel semula. Buat kolaborasi macam fazura juga.

angin_menderu Publish time 29-1-2026 10:41 PM

jauh sikit tak selesa. kemain nak bercium muka heols kat muka depan porum :lol::lol:

anarina Publish time 29-1-2026 10:46 PM

Dedulu okaylah now very da fake

allshares Publish time 29-1-2026 11:03 PM

Ok la tu, dah rezeki Patimah gak, last yr anaknya duta, this yr emaknya duta.

Lampuled Publish time 29-1-2026 11:04 PM

Power jakkell ni. Org nampak mcm retis marketkan products dia. Tp sebenarnya dia yg market kan nama retis. Tak hairan kalau makin ramai nnti retis beratur nk kejasama dgn jakkel.

bambimo Publish time 29-1-2026 11:35 PM

Buying power fans Fazura hebat ya...belum pun puasa dh org membeli..jakel tak salah memilih duta...{:1_509:}{:1_509:}

TeropongThaico Publish time 30-1-2026 12:14 AM

Rezeki masing2... Tu pun tak puas ati ker

sweetfasha Publish time 30-1-2026 08:16 AM

geng haters aka keledeks kepams .. sila hadams yer...

kemahen kan siap pitenah queen tetapkan syarat tak mahu ex sekali tahun ni

kemahen kan siap cakap mana bukti queen design baju baju tu

kemahen kan siap cakap queen menunggang rezeki nyama

korang pi jelah support brand idolat syurga korang tu.. jangan berlaga laga. design baju brand idolat dah sampai turkiye dah.. kemahen lagi.. kih kih kih

farralemkova Publish time 30-1-2026 08:47 AM

sedangkan internationale brand pun berubah duta....
kalau nak hire 1 duta ja... buat bisnes sndiri lepas tu sndiri jadi duta....
Pages: [1]
View full version: “Tiada Niat Melagakan Mana-Mana Pihak” – Pemilihan Fazura Bukan Untuk Balas Dendam Kata Muzaffar Jakel


ADVERTISEMENT