CARI-MAL Publish time 29-1-2026 12:05 PM

Luna Maya tegur Baim Wong, nasihat elak buat pembedahan plastik ubah bentuk hidung

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202601/29/120449sai02ww6syjje23j.png



PERKONGSIAN pelakon dan pengarah, Baim Wong, ketika berada di sebuah klinik kecantikan di Korea Selatan menimbulkan tanda tanya ramai sehingga ada yang menyangka dia melakukan pembedahan plastik.

Bukan hanya dalam kalangan peminat, malah rakan artis seperti pelakon Luna Maya turut meluahkan rasa kurang setuju sekiranya Baim mahu melakukan sebarang perubahan pada wajahnya menerusi kaedah pembedahan.

Luna sempat meninggalkan pesan supaya rakannya itu tidak meneruskan hasrat berkenaan sekiranya benar sangkaan ramai bahawa Baim mahu melakukan pembedahan.

“Jangan buat perkara pelik-pelik, muka dah cantik. Buat rawatan saja,” tulisnya di ruangan komen.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202601/29/120506bxgk1xitt1uku3i3.png

Baim, menerusi hantaran yang dimuat naik, berkongsi momen dia berkunjung ke sebuah klinik bagi mendapatkan khidmat nasihat doktor.

Meskipun tiada sebarang kata putus, namun gambar-gambar yang dikongsi seolah-olah memberi gambaran dia sedang menjalani prosedur rhinoplasty atau pembedahan hidung.

Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, Baim mengakui masih ragu-ragu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Rasanya tak mungkinlah. Macam perempuan saja. Saya ini lelaki,” ujarnya.


Sumber:mstar

piyek92 Publish time 29-1-2026 12:50 PM

buat2 jangan tak buat dah tua nanti baru menuai hasil apa yg kita buat

Page88 Publish time 29-1-2026 09:09 PM

Interesting news.

ZORRO5555 Publish time 31-1-2026 11:16 AM

Bukan acik Maya pun bust muka ke?

lasagna Publish time 4-2-2026 08:33 AM

ZORRO5555: Bukan acik Maya pun bust muka ke?

ye laaa... dia yg menegur pun tegang2 kulit buat..
lg renovate lg nmpk tua maya tu..
ni dia sibukkan hidung kwn dia plakkkk..
apoooooooo.

papazolla76 Publish time 19-2-2026 08:44 AM

biar la dia. dia bkn islam kan?
Pages: [1]
View full version: Luna Maya tegur Baim Wong, nasihat elak buat pembedahan plastik ubah bentuk hidung


ADVERTISEMENT