CARI-MAL Publish time 30-1-2026 04:29 PM

“InsyaAllah Tahun Ini Tahun Yang Sangat Bermakna & Istimewa” - Syed Saddiq

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202601/30/162830faa6ugeaffavpogv.png




Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq menafikan dakwaan kononnya dia mengedarkan kad undangan perkahwinannya dengan Bella Astilah seperti yang tular.

Memetik HibGlam, Syed Saddiq menjelaskan sampul surat berkenaan bukanlah kad kahwin seperti diperkatakan ramai sebaliknya berkenaan urusan tugasnya sebagai wakil rakyat.

“Saya nak bercakap jujur, bila kad itu disampaikan di parlimen, itu sebenarnya adalah permohonan saya mewakili orang Muar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Itu adalah tugas saya untuk sampaikan kepada kepimpinan negara. Ini adalah tanggungjawab hakiki saya,” katanya.

Sementara itu, Saddiq memaklumkan jika benar ianya kad undangan perkahwinan sudah pasti dia akan umumkan serta menyifatkan tahun ini sangat istimewa.

“Kalau betul ada kad undangan perkahwinan, anda semua akan tahu. Jangan risau. Waktu saya akan tiba. Saya rasa perkara ini pun bukan perkara baru bagi saya dan wanita istimewa, Bella.

“Saya selalu minta untuk doakan saya. Kerana dia itu sangat penting. Insya-Allah tahun ini tahun yang sangat bermakna dan istimewa,” katanya.

Sumber: HibGlam, Rotikaya

sarah_ary2 Publish time 30-1-2026 05:01 PM

Sanggup x nak panggil gf , lebih baik panggilwanita istimewa ????

prince_marhaen Publish time 30-1-2026 05:06 PM

berapa kali friendzone sampai tak panggil girlfriend eh... ehehehehe..

Minamini Publish time 30-1-2026 05:22 PM

Just wanita istimewa. Not even bertunang pun lg hahaha. Tggu lah sampai raya tahun depan pulak bella :lol::lol:

cawanmilosuam Publish time 30-1-2026 05:36 PM

ss akan umumkan untuk berkahwin...tp bkn dgn bell.. dgn org lain.. kahkahkah

Shayang Publish time 30-1-2026 06:06 PM

Kenapa plak dia nak kena edar kad kahwin, nak kahwin ngn sapa??

ZORRO5555 Publish time 30-1-2026 06:31 PM

Propa la dia ni

makadek Publish time 30-1-2026 06:47 PM

maka delulu lah bassturd dn ada tugas baru utk sebarkan naratif ...dpt payment tak bastaiq semua tu

kaseh80 Publish time 30-1-2026 06:50 PM

PolitaiK yg lapak attention {:politeo

ninja boy Publish time 30-1-2026 07:10 PM

Kena sidai brp lama atau ghosting
Pru 2027 ka 2028 effect juga vs kehidupan peribadi

likilu Publish time 30-1-2026 07:46 PM

Job raya la apa lagi

Nanti bwk balik baju raya free untuk rakyat muo

Disamping hadiah kasut atau basikal untuk diri sendiri. Maklumlah dengar kata fee ironman tahun ni pun makin mahal, takkan orang taknak sponsor dia, lagi dah rekrut iron kid sorang, socmed engagement katanya, engagement lain bagi bayang bayang je, supaya bila dia kawen n gf dia, dia boleh kata saya mana ada pernah cakap nak kawen dgn bella

emma.giggs Publish time 30-1-2026 07:52 PM

Ayat dia pun kata ..jgn risau, waktu saya akan tiba…mcm lbh ckp diri sendiri, tiada kaitan dgn bela

telracs Publish time 30-1-2026 09:24 PM

Sed sadiq segaraga???
Who are yus???
Artis kategori apa???
Penyanyi???
Pelakon???
Pelawak???
Pencipta lagu???
Pengarah muzik???
Penulis lirik???
{:questiono

Whodunit Publish time 30-1-2026 09:32 PM

emma.giggs replied at 30-1-2026 07:52 PM
Ayat dia pun kata ..jgn risau, waktu saya akan tiba…mcm lbh ckp diri sendiri, tiada kaitan dgn bela ...

BEFORE (Original)

“Kalau betul ada kad undangan perkahwinan, anda semua akan tahu. Jangan risau.
Waktu saya akan tiba.
Saya rasa perkara ini pun bukan perkara baru bagi
saya dan wanita istimewa, Bella.

Saya selalu minta untuk doakan
saya.
Insya-Allah tahun ini tahun yang sangat bermakna dan istimewa.”

AFTER (Kalau bercinta)

“Kalau betul ada kad undangan perkahwinan,
kami akan maklumkan kepada semua. Jangan risau.
Waktu kami akan tiba.
Saya rasa perkara ini pun bukan perkara baru bagi
kami sebagai pasangan.
Bella adalah
wanita istimewa saya.

Kami selalu minta agar
kami didoakan.
Insya-Allah
urusan kami dipermudahkan.”

Whodunit Publish time 30-1-2026 09:34 PM

likilu replied at 30-1-2026 07:46 PM
Job raya la apa lagi

Nanti bwk balik baju raya free untuk rakyat muo


:sweat3::lol::lol:

Bedak_Carrie Publish time 30-1-2026 09:51 PM

Dah berkepit ke hulu ke hilir kannn..
of course para pemenat mengharap kan to next level.

angin_menderu Publish time 30-1-2026 09:51 PM

Propa teroksss dua ekor ni pastu org pun duk memuja lagi padehal terang terang semua itu lakonan murahan semata.
Dan udah udah la tu ngeship deyols ni, takde mau nya si ss ni nak kahwin dengan gadis hingusan tu lamberttt lagi nokk. berpijak lah di bumi yang nyata sekiannn

talia Publish time 30-1-2026 10:41 PM

Sorang kaki propa, sorang lagi dalam propa tu desperate untuk dihalalkan ;P

Minamini Publish time 30-1-2026 10:45 PM

Whodunit replied at 30-1-2026 09:32 PM
BEFORE (Original)

“Kalau betul ada kad undangan perkahwinan, anda semua akan tahu. Jangan risau. ...

Ya..saddiq tak pernah pun gelar or bagitau bella tu tunangan or gf dia kan..tiap kali ditanya wartawan asyik bagi jawapan yg play safe mcm ni je..itu pun peminat bass tak boleh nak tangkap lg..peminat bass dgn bella sama je delulu hidup dalam dunia khayalan dunia impian~~
{:8_665:}

LadyCarefree Publish time 30-1-2026 10:47 PM

likilu replied at 30-1-2026 06:46 PM
Job raya la apa lagi

Nanti bwk balik baju raya free untuk rakyat muo


Takde ke SPRM nak siasat mamat ni?
Pages: [1] 2 3
View full version: “InsyaAllah Tahun Ini Tahun Yang Sangat Bermakna & Istimewa” - Syed Saddiq


ADVERTISEMENT