Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelakiOleh Muhaamad Hafis Nawawi - Februari 2, 2026 @ 4:18pm
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sudah merakam keterangan pelakon lelaki yang mendakwa menjadi mangsa seks luar tabii pengarah drama.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus, berkata lelaki berusia 35 tahun itu dirakam percakapannya semalam, susulan kejadian yang didakwa berlaku pada 2005.
"Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan," katanya melalui kenyataan hari ini.
Media semalam melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan kejadian seks luar tabii daripada seorang pelakon lelaki.
Pelakon itu melalui laman Threads mendedahkan pernah melalui detik silam ketika kanak-kanak apabila menjadi mangsa gangguan seksual.
Semalam, pelakon berkenaan, Alqal Sahar berharap siasatan yang telus dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan dia diserang secara seksual ketika remaja.
Alqal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan memberi ruang siasatan dijalankan pihak berkuasa.
"Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan secara adil dan profesional, buat masa ini saya tidak akan memberikan sebarang komen lanjut," katanya seperti dilaporkan media semalam.
Dia mengulas demikian selepas polis mengesahkan menerima laporan daripadanya yang dibuat pada jam 6.11 petang Sabtu lalu.
Alqal yang pernah tampil dalam beberapa drama popular di televisyen, antaranya Diari Ramadhan Rafique, mendedahkan perkara itu di laman Threads.
Bagaimanapun pelakon itu ketika dihubungi sebuah portal berita menjelaskan makna sebenar yang ingin ditekankan bukan diliwat seperti ditulis, sebaliknya pernah menjadi mangsa amang seksual ketika zaman kanak-kanak.
Sapo ey?? Bagaimanapun pelakon itu ketika dihubungi sebuah portal berita menjelaskan makna sebenar yang ingin ditekankan bukan diliwat seperti ditulis, sebaliknya pernah menjadi mangsa amang seksual ketika zaman kanak-kanak
eh kau ni
cer ckp betul2 yg mana 1
seks luar tabii boleh jd oral sx , bukan liwat je.Kes pedo raba2 bebudak pun byk berlaku. Dulu ada beritabudak mengadu kat ayah , nampak kawan dipaksa dotdot anu driver bas skolah . Budak yg jd victim tu tak bagitau parent pun ,nasib kawan kepoci. Barulah terbongkar. Yg takut skrg klo ada family pedo. Pastu tumpang kat rumah . Digroomingnya anak, tunjuk porn tunjuk anu . Hati2 lah korang.
Pages:
[1]