Burong_Hantuk Publish time 3-2-2026 08:14 AM

Sheila Majid terima menantu lelaki, anak sulung Kayda Aziz sah bergelar isteri

PENYANYI jazz legenda, Datuk Sheila Majid menerima menantu lelaki apabila anak sulungnya,Kayda Aziz selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Syafiq pada Isnin.

Menerusi hantaran penyanyi, rapper dan hos terkenal Hunny Madu, Kayda atau nama penuhnya Wan Nur Khaleda memakai sepersalinan kurung moden putih manakala suaminya pula berbaju Melayu teluk belanga.

Turut kelihatan dalam majlis berkenaan ialah penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.

Terdahulu, Kayda mengikat tali pertunangan dengan jejaka tersebut pada Jun 2025.

Kayda Aziz merupakan seorang penyanyi yang memilih genre rap. Dia mula akti dalam bidang seni sejak berusia 12 tahun lagi.

Sekadar info, Kayda dan Megat Abdul Majid ialah cahaya mata Sheila daripada rumah tangga pertamanya bersama pemuzik terkenal, Roslan Aziz yang dibina pada 14 Februari 1989.Mereka kemudian berpisah pada 4 April 2000.

Sheila kemudian mendirikan rumah tangga dengan Datuk Hashridz Murshim atau Acis pada 3 Jun 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim
https://www.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2026/02/02/thumbs/900x900/3421730.jpg




Burong_Hantuk Publish time 3-2-2026 08:15 AM

Anak lelaki dia pun dh 2 kali kawen

scrocth Publish time 3-2-2026 08:35 AM

Akhirnya nampak jugak sheila majid n roslan aziz dalam 1 frame masa akad nikah tu. Yelah anak pompuan yg nikah xkanlah pak tiri plak yg nikahkan menantu kan?

Kancilkering Publish time 3-2-2026 08:56 AM

tahniah Roslan n SM dpt menantu

nightwinkle Publish time 3-2-2026 10:16 AM

sehari seblm buat majlis khatam quran

aliviaaspen Publish time 3-2-2026 10:25 AM

Tahniah

supernaturalee Publish time 3-2-2026 10:49 AM

scrocth replied at 3-2-2026 08:35 AM
Akhirnya nampak jugak sheila majid n roslan aziz dalam 1 frame masa akad nikah tu. Yelah anak pompua ...

owh yeke

macam yg megat sblm ni mcm xde kan



anyway tahniah ye

btw kayda pernah dicalonkan di aim

hannan_rayyan Publish time 3-2-2026 11:01 AM

supernaturalee replied at 3-2-2026 10:49 AM
owh yeke

macam yg megat sblm ni mcm xde kan


masa first marriage megat to alia ada roslan datang majlis nikah dia org
tapi yg second marriage megat tu mmg dia takde

supernaturalee Publish time 3-2-2026 11:06 AM

hannan_rayyan replied at 3-2-2026 11:01 AM
masa first marriage megat to alia ada roslan datang majlis nikah dia org
tapi yg second marriage m ...

oooowh kesahnya


{:8_667:}

DARSITA Publish time 4-2-2026 04:20 AM


waitt ,,,, bukan anak dia ni dah kawin beberapa bulan lepas? pernah tengok di insta/utbe majlis anak perempuan dia ni.

famiza Publish time 4-2-2026 06:32 AM

Tahniah buat Tok Sheila, Roslan & Kayda….

cm_vungtau Publish time 4-2-2026 07:58 AM

Dah ku agak mesti nama dia Khaleeda. :lol: Kayda konon

jambatannetizen Publish time 4-2-2026 08:15 AM

Anak perempuan dia ini muka busuk :lol:

lasagna Publish time 4-2-2026 08:17 AM

DARSITA replied at 4-2-2026 04:20 AM
waitt ,,,, bukan anak dia ni dah kawin beberapa bulan lepas? pernah tengok di insta/utbe majlis ana ...

bertunang...

hyie Publish time 4-2-2026 12:14 PM

anak2 sheila ni semuanya bagus attitudenya, pandai sheols mendidik anak2..

Incanto Publish time 4-2-2026 01:32 PM

Tahniah Kayda

afie_m Publish time 4-2-2026 03:06 PM

tahniah

sharlenetexas Publish time 4-2-2026 03:28 PM

hyie replied at 4-2-2026 12:14 PM
anak2 sheila ni semuanya bagus attitudenya, pandai sheols mendidik anak2..

Eh ada jugak kayda tweet carut kat bapak dia.


sharlenetexas Publish time 4-2-2026 03:30 PM

Kayda ke dalam gambar tu. Nmpk muka lain.


scrocth Publish time 4-2-2026 04:25 PM

supernaturalee replied at 3-2-2026 10:49 AM
owh yeke

macam yg megat sblm ni mcm xde kan


Yg megat sblm ni ada. At least yg dia nikah first dulu. Tp kali ni mmg roslan aziz mst jd watak utama lah sbb dia wali n orang paling penting masa akad nikah. Kalau time megat dulu sheila xperlu bertembung pun dgn roslan walaupun dorang attend wedding anak sekali. Hopefully terbuka hati sheila utk collab balik dgn roslan aziz at least for one single pun xpa. Myb kayda n megat boleh jd mediator ke?
Pages: [1] 2
View full version: Sheila Majid terima menantu lelaki, anak sulung Kayda Aziz sah bergelar isteri


ADVERTISEMENT