Skyline_84 Publish time 6-2-2026 08:18 AM

Edisi Bau Nasi Minyak:Lelaki berjambang kekasih baharu Noor Nabila, Mr AA 10 tahun lebih muda… “Keluarga dah restu, Alhamdulillah”

Edited by Skyline_84 at 6-2-2026 08:41 AM

Usahawan Noor Nabila mengesahkan gambar lelaki berjambang yang dimuat naik di Insta Story miliknya adalah kekasih hatinya yang dikenali sebagai MR AA.Memetik mStar Online, Nabila berkata dia sudah mengenali Mr AA sejak April tahun lalu dan masih dalam fasa mengenali satu sama lain.
“Dia adalah lelaki yang sedang saya kenali rapat sekarang ini. Dia merupakan seorang jurulatih peribadi dan sekarang rakan kongsi untuk perniagaan yang saya usahakan.
“Pada tahap usia dan pengalaman hidup saya sekarang ini, saya lebih menghargai ketenangan, nak rasa selamat daripada segi emosi serta cara berfikir berbanding perkara lain.
“Kami dah kawan sejak April tahun lalu dan terbuka ke arah perkahwinan. Kedua-dua keluarga pun dah restu hubungan ini. Alhamdulillah,” katanya.
Sementara itu, Nabila berkata meskipun mereka berbeza usia 10 tahun namun dia menyifatkan Mr AA seorang yang penyayang serta pandai memasak.
“Sifatnya ceria, tenang, penyayang dan sangat menghormati saya serta keluarga terutama anak saya. Dia juga miliki naluri kebapaan semula jadi. Itu yang sangat saya hargai sebagai seorang ibu.
“Apa yang buatkan saya lebih tertarik adalah dia pandai memasak. Kami juga buat persiapan untuk mengusahakan perniagaan makanan Jepun bersama,” katanya.]
Dalam pada itu, Nabila berkata selepas melalui pengalaman perkahwinan sebelum ini dia kini lebih berhati-hati untuk mengenali seseorang serta meminta mendoakan hubungan mereka dipermudahkan.

Sumber & kredit gambar: mStar Online, RotiKaya
https://www.rotikaya.com/kekasih-noor-nabila-10-tahun-lebih-muda-keluarga-dah-restu/https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2026/02/05/lelaki-berjambang-kekasih-baharu-noor-nabila--mr-aa-10-tahun-lebih-muda-keluarga-dah-restu-alhamdulillah







sfrnna Publish time 8-2-2026 12:15 AM

Tuka jate macam tukar baju. Senyap2 je okay kot. Awak tu bukan muda remaja macam baru 1st time bercinta. Skrg main beskal lagi takk??

LadyCarefree Publish time 8-2-2026 12:17 AM

Entahlah. Nampak serabut busuk je mamat tu. Kaya ke?

manopp Publish time 8-2-2026 07:51 AM

Berani ko mat masuk kultus budu ni...esok2 ko dibuat cam pelapik kaki je.
Lari cepat... :lol:

Joysparta Publish time 8-2-2026 12:05 PM

Emang kena pelok2 eh. Dulu seblm kawen ngn EE pun camtu gak.

kuyu Publish time 9-2-2026 04:36 PM

Belum nikah blh hugs erk..
Pages: [1]
View full version: Edisi Bau Nasi Minyak:Lelaki berjambang kekasih baharu Noor Nabila, Mr AA 10 tahun lebih muda… “Keluarga dah restu, Alhamdulillah”


ADVERTISEMENT