CARI-MAL Publish time 6-2-2026 10:51 AM

Dakwaan Farid Kamil Terlibat Kes Dadah, Diana Danielle Harap Berita Tidak Benar - "Saya Memang Tak Tahu Apa-Apa"

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202602/06/105051mdcumgk1315igmhm.png



Pelakon Diana Danielle enggan mengulas mengenai dakwaan bekas suaminya, Farid Kamil didakwa terlibat dengan kes dadah.

Memetik mStar Online, Diana berkata dia tidak tahu mengenai berita berkenaan serta berharap dakwaan itu tidak benar.

“Saya tak boleh nak komen lebih lanjut sebab saya pun tak tahu apa yang berlaku. Saya harap berita ini tidak benar. Saya memang tak tahu apa-apa. Apa yang boleh saya cakap, saya mendoakan yang terbaik,” katanya.

Minggu lalu, polis menahan pelakon terkenal selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah. Sumber turut memberitahu pelakon itu akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Sumber: mStar Online, Rotikaya

Lily_Elizabeth_ Publish time 6-2-2026 07:16 PM

Dah nampak kan muka Ambil substance.
Jadi kecut. Sebab darah tak sebati dgn substance tu.
Rugi je. Elok hensem jadi hansap.

Bedak_Carrie Publish time 6-2-2026 07:48 PM

Akak DD busy jaga anak sakit.
Itu lebih penting.

ThierryHenry Publish time 6-2-2026 08:34 PM

No doubt this is an excellent post I got a lot of knowledge after reading good luck. Theme of blog is excellent there is almost everything to read, Brilliant post.ginger ale

supernaturalee Publish time 7-2-2026 10:38 AM

ape projek terbaru dd ni

lama tak tengok dia berlakon

tak habis2 berita hal ex & anak2 je

Pages: [1]
View full version: Dakwaan Farid Kamil Terlibat Kes Dadah, Diana Danielle Harap Berita Tidak Benar - "Saya Memang Tak Tahu Apa-Apa"


ADVERTISEMENT