Scha Alyahya tak nampak Lara Alana minat ikut jejak seni, lebih cenderung akademik
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/18/120824datc2w7522a6w279.pngDI SEBALIK perhatian yang sering diterima sejak kecil, pelakon Scha Alyahya melihat anak sulungnya iaitu Lara Alana tidak cenderung untuk mengikut jejak langkah dalam bidang seni.
Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, berkata Lara, 12, yang kini semakin membesar lebih menunjukkan minat terhadap pelajaran dan bidang akademik.
Menurut Scha, sejak awal lagi dia sudah menekankan kepentingan pendidikan sebelum menyerahkan sebarang keputusan kepada anaknya sendiri pada masa depan.
"Saya tak nampak kecenderungan dia dalam industri. Mungkin dia pun tak fikir terlalu jauh untuk masuk ke dalam bidang seni.
"Cara saya praktis dengan Lara, nombor satu kena utamakan pendidikan dahulu. Habis belajar terserah pada dia.
"Tapi itulah saya nampak Lara lebih cenderung kepada akademik. Balik sekolah dia tahu nak buat homework, kejap lagi aktiviti apa dia perlu sertai," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Scha turut memberitahu anak sulungnya itu mempunyai disiplin tinggi dalam kehidupan seharian.
Malah, Lara merupakan seorang yang sangat menepati masa dan teratur dalam menguruskan rutin harian.
"Lara sangat menepati masa. Dia tahu apa yang perlu buat dan dia tahu pukul berapa nak kena tidur.
"Cara saya praktis dengan Lara, nombor satu kena utamakan pendidikan dahulu.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/18/120841bq3yy5431yefyqaq.png
"Kadang-kadang saya kasihan juga tengok dia, nampak terlalu serius (menguruskan masa). Muda lagi janganlah macam ini.
"Tapi tak mengapa, itulah karakter dia jadi saya harap semakin dewasa, dia tahu juga untuk berseronok," ujarnya.
Pelakon filem 5 Bomoh ini bagaimanapun menjelaskan bahawa Lara sudah lama terdedah dengan dunia hiburan dan kini lebih selesa untuk tidak terlalu menonjol atau mencari perhatian.
"Macam Lara sejak dia baru lahir dah dapat pendedahan dalam industri ini. Jadi saya perasan dia ada karakter, pemikiran dan sendiri.
"Kalau boleh dia tidak lagi mahu perhatian. Dia pun dah nak masuk usia remaja, saya hanya hormati permintaannya. Dia lebih serius, fokus pada akademik. Dia tahu apa dia nak," katanya.
Untuk rekod, Scha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Awal Ashaari pada 4 Mei 2012.
Selain Lara, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Lyla Amina yang kini berusia lima tahun.
Sumber : Mstar Dia ni makin berumur nmpk makin pelik muka. Ada buat apa2 ke Kat muka? Anyway, tolong jgn masuk TTMM klu Ada lagi next year muka she nampak pelik dlm cerita griya tu.. elok la....folo jer la minat anak2 toksah paksa masuk industri... bukan lara ada akaun tiktok ke? ada nampak dia menari2... Besar dah Lana hmm Besar dah Lana hmm Anak ko pandai...nmpak cerdik budak nya...pegi la ke akademik belajar Dan terus belajar Kalau mak bapak banyak duit tapi anak belajar hauk tu memang bermasalah la. Kalau mak bapak duit banyak boleh aje hantar anak masuk international school, hantar tuition, pergi camp. Kalau mak bapak tak berduit lain cerita Si scha ni dah nmpk tua ye dgn suara n cara bercakapdah ke arah makcik2 skit cm_vungtau replied at 19-5-2026 12:09 AM
Kalau mak bapak banyak duit tapi anak belajar hauk tu memang bermasalah la. Kalau mak bapak duit ban ...
kannn
banyak duit hantar belajar tinggi2, jauh2
macam spain ke{:8_631:}
Budak budak yang masuk intenesyenel skul ni memang betul betul bijak ke?ke sebab Mak bapak berduit? TomyamPuteh replied at 19-5-2026 11:55 AM
Budak budak yang masuk intenesyenel skul ni memang betul betul bijak ke?ke sebab Mak bapak berduit?
sebab berduit
tapidi sekolah int'l dapat perhatian penuh dari cikgu sbb kelas kecil , so yg tak pandai pun boleh jadi pandai
tapi lana memang nampak bijak Bagus Scha, galakkan Lara Alana ke bidang akademik, macam Engku Aleesya tu. Suka betul tengok anak2 artis yg bijak pandai dan parents support sehabis baik, tak melulu paksa anak jadi artis. Ok la fokus pada belajo, jadi artis takde pakej le pulekk.. huhuhuhu Cantiknya bag scha celine Boleh je kalau pandai dan ada minat nak jadi retis macam Alyssa Dezek tu. Cuma industri ni mementingkan rupa. Kalau tak cukup pakej, keje balik tabir je la. Up la sket jadi EP ke, academy founder so boleh la bijak tu dimanfaatkan jugak. Muka dia da sbjik kakak tok alip Dia ni jenis ada class. Lifestyle dan karektor dia nampak classy...
Pages:
[1]
2