15 tahun kahwin, Norreen Iman sah bercerai talak satu
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/21/172713gtl61tatw6272i1e.jpeg15 tahun usia perkahwinan, pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohd. Raizi Abdul Razak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.
Tanpa sepatah kata kepada media, kedua-duanya dilihat tenang namun memilih untuk mengunci rapat kisah peribadi sebaik sahaja prosiding selesai.
Sebelum itu, Norreen, 32, sempat menitipkan luahan ringkas penuh makna dalam laman Threads miliknya seolah-olah memberi bayangan tentang keputusan besar tersebut.
âBismillahirrahmanirrahim,â tulisnya ringkas.
Kehadiran pasangan itu ke mahkamah sebelum ini pada 29 April lalu sudah mula mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, apatah lagi apabila mereka dilihat hadir bagi tujuan pengesahan lafaz cerai.
Namun, kedua-duanya terus berdiam diri tanpa memberikan sebarang kenyataan lanjut, seakan-akan memilih jalan sunyi untuk menutup episod rumah tangga mereka.
Dalam diam, keretakan rumah tangga pasangan tersebut sebenarnya sudah lama dihidu apabila mereka tidak lagi berkongsi momen bersama dalam media sosial, sekali gus menguatkan spekulasi pergolakan yang berlaku.
Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber - KOSMO! ONLINE kawen masa umur 17 ke ni???? Mmmm ada teh keeeer... tengok elok jer selama ni.. {:1_273:} wenever knew what goes behind the closed doors:o RosVilla13 replied at 21-5-2026 06:45 PM
Mmmm ada teh keeeer... tengok elok jer selama ni..wenever knew what goes behind the clo ...
Teh takde sbb...
Tanpa sepatah kata kepada media, kedua-duanya dilihat tenang namun memilih untuk mengunci rapat kisah peribadi sebaik sahaja prosiding selesai.
Bagus kan gini.. Kunci rapat so org tak done nak bancuh teh.
Gianna111 replied at 21-5-2026 05:34 PM
kawen masa umur 17 ke ni????
boleh jadi selepas habis spm
contoh: tarikh lahir dia 31.12.1993
kawen 1.1.2011
so masa ni umur sebenar adalah 17 tahun 1 hari
org kita kan klu bab umur ni suka pukul rata, main tolak tahun je
tak tengok tarikh lahir dah
kecuali kk, hosp, dia akn tulis exactly umur tu ikut tahun dan bulan
so, berapa hb tarikh lahir dia sbnrnya
bg meng'clear'kan teori di atas ;P
Bedak_Carrie replied at 21-5-2026 06:52 PM
Teh takde sbb...
Tanpa sepatah kata kepada media, kedua-duanya dilihat tenang namun memilih untuk ...
Ya mcm ni okay lah.. okayy teh tak tumpah kali ni. Let's see..semoga sampai bila2 mcmtu :shutup: Dah lama rupanya dia kahwin Hidup tak ada kemajuan kot
Semua bini kena fikir dan tanggung RosVilla13 replied at 23-5-2026 10:30 AM
Ya mcm ni okay lah.. okayy teh tak tumpah kali ni. Let's see..semoga sampai bila2 mcmtu
Kebanyakan nya lama2 teh akan tumpah jugak you...
Tp org dah x berapa nak hadap sbb benda dah lama.... Teh dah sejuk..
Pages:
[1]