Fatin Afeefa Syukur Dapat Hak Jagaan Penuh Anak
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/22/105041up2lzipwcwgszq8e.pngPelakoh Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur mendapat hak penjagaan penuh bagi anak perempuannya, Ivy Herra Sophia.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fatin berkata selepas tiga tahun kes hadanah melibatkan penjagaan anaknya itu akhirnya selesai.
https://www.instagram.com/fatinafeefa/p/DYleYQJRfMD/
“Alhamdulillah. Selepas tiga tahun kes hadanah ini akhirnya selesai. Hak penjagaan penuh diberikan kepada saya sebagai ibu kandung,” tulisnya.
Dalam hantaran itu lagi, Fatin berkata apa yang penting adalah untuk terus bergerak ke hadapan dan memberi fokus pada anaknya itu.
“Now it’s time to move forward peacefully and focus on what truly matters, Ivy. Tiada lagi alasan, tiada lagi desakan yang tidak perlu.
“Suara Ivy juga penting, dan dia berhak didengari. Mari kita laksanakan peranan kita dengan sewajarnya untuknya.” katanya.
Terdahulu, Fatin meluahkan rasa syukur tuntutan nafkah anak berpihak padanya selepas tiga tahun turun naik mahkamah.
Fatin memaklumkan mahkamah memutuskan nafkah anaknya dinaikkan, yuran sekolah ditanggung sepenuhnya dan tidak lagi bergantung kepada dirinya sahaja.
Sumber : Rotikaya Alhamdulillah selesai dgn penghakiman Mahkamah bacakan td.. tahniah @adamshahz kerana berjuang utk hak anak utk kekalkan aksess quality time dgn anak wlpn setelah bercerai.. tiada isu tntg siapa kalah siapa menang sbb dr awal tuntutan Adam tidak pernah menuntut utk mengambil tmpt “ibu” sbg penjaga. Apa yg dituntut hnya tntg hak aksess brjumpa bermalam brsm anak.. Ya, Adam jadi plaintif Adam yang mohon utk ada perintah setelah berlakunya dihalang berjumpa dgn anak. Nampak lama kan 3 tahun tapi ada perintah interim sepanjang brjlnnya kes induk hadhanah.. maka tetap ada perjumpaan dgn anak..hari ini YA telah bacakan penghakiman yg diputuskan olehnya berkaitan hak berjumpa tanpa brmalam, 2x sebulan bermalam, hak smarata cuti sekolah, hak gilir2 hari raya dan adab utk tidak mngaibkan dan mnghlang pihak2 dr berkomunikasi dgn anak.. Alhamdulillah semua terma adalah sperti yg dituntut dr awal oleh Adam dan semua diberikan oleh Mahkamah.. dlm kes hadhanah kebajikan anak adalah penting dan diutamakan bukan kemahuan ibu atau ayah.. tahniah sekali lagi wlpn panjang tapi manisnya bila dimaterai dan diendorskan oleh Mahkamab utk dipatuhi..signed off utk kes ini???? #xsempat bergambar dgn anakguam lps kes td ???? #hadhanah #kesmahkamahsyariah #hakjagaananakkekal #diaripeguamsyarie
Sumber : Facebook Liyana Sihar Kalau tengok komen post fb peguam adam ni ada tulis bab nafkah masih ongoing. Macam mana FA boleh cakap mahkamah dah putuskan? FA nmpk sgt nk tunjuk die menang walaupun tuntutan AS utk jmp dan bermalam dh diputuskan. Pelakoh Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur mendapat hak penjagaan penuh bagi anak perempuannya, Ivy Herra Sophia.
Kenapa kenyataan FA macam tu eh? Nak buat plot twist?
Berbeza dengan kenyataan LS :
"Dari awal tuntutan Adam tidak pernah menuntut utk mengambil tmpt “ibu” sbg penjaga. Apa yg dituntut hnya tntg hak aksess brjumpa bermalam brsm anak.. Ya, Adam jadi plaintif Adam yang mohon utk ada perintah setelah berlakunya dihalang berjumpa dgn anak."
Yang sulong tu bukan anak ex dia juga ke?
Pages:
[1]